Tuesday, September 8, 2009

SELCAT pertikai peruntukan ADUN BN

SHAH ALAM, 8 Sept - Selcat hari ini mempertikaian penggunaan peruntukan Dun untuk tujuan kempen politik pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Teng Chang Khim Teng berkata peruntukan itu sepatutnya digunakan untuk program mesra rakyat,bukan dibelanjakan pada parti politik seperti yang didapati pada baucer pembayaran oleh pejabat daerah.

Selcat hari ini memanggil dua pegawai daerah iaitu pegawai daerah Petaling dan Gombak untuk menjelaskan butir-butir perbelanjaan Adun Barisan Nasional yang dihabiskan dalam tempoh dua bulan.

Menjelang pilihanraya lalu, setiap adun diperuntukan antara RM500,000 hingga RM600,00 ringgit untuk melaksanakan program mesra rakyat sepanjang tahun lalu.
Bagaimanapun semua peruntukan berkenaan didapati habis dibelanjakan pada pilihan raya umum lalu.

Teng juga mempertikaian pembayaran yang dibuat selepas Dewan Negeri selangor dibubarkan pada 3 Mac 2008.

Selcat yang dipengerusikan Speaker Dun, memulakan sesi pendengaran berhubung peruntukan Dun kira-kira jam 10 pagi tadi.

Selain Teng, lima anggota jawatankuasa tersebut terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha, Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib, Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak, Adun Dusun Tua, Ismail Sani dan Adun Bukit Gasing, Edward Lee.

Dalam sesi pendengaran pagi tadi, Teng mempertikaian tindakan pejabat Daerah Petaling yang tidak mempuyai rekod, nombor cek dan tarikh untuk meluluskan 13 permohonan bertarikh 26 Februari 2008.

Saksi pertama,Pegawai Daerahnya, Zulkifli Ahmad bagaimanapun mengakui kesilapan mereka dan meminta untuk mengemukakan perkara tersebut kemudian.

Selcat hari ini turut memanggil saksi kedua, Pegawai Daerah Gombak, Huzaimi Samsi, untuk memberi keterangan.

Shaari memberitahu Selcat bahawa duit peruntukan Adun ada juga digunakan untuk tujuan parti politik.

Katanya, pejabat daerah pernah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM400 untuk membayar sewa Bilik Gerakan Umno Batu 7,di Gombak Setia.

Huzaini:Yang ini YB seperti yang saya katakan, memang kalau kita tak lulus pun kita susah juga ,nak lulus pun susah juga.Inilah yang jadi tension kita. Nak release tension kita lulus jugalah”

Shaari: Yang susah tu apa,macam mana?

Huzaini:Dia duk kejar kita YB,susah la kita, itu yang kita lulus juga.

Shaari:Adakah pegawai takut dengan Adun?

Huzaini:Bukan takut dengan Adun,orang cari kita naik tak selesa.

Huzaini berkata demikian ketika membalas pertanyaan Shaari mengenai peruntukan adun yang digunakan untuk parti politik.

Sementara itu,Teng dalam sidang media tengah hari tadi berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan pendengaran awam hari ini.

Menurutnya dua orang pegawai daerah yang dipanggil telahpun memberi kerjasama bagi membantu Selcat mempertingkatkan lagi pentadbiran kewanagan khususnya dalam peruntukan Dun dalam negeri Selangor.

Sesi pendengaran bersambung esok.

No comments: