Thursday, September 3, 2009

Rakyat mula terima kepimpinan Pakatan Rakyat

Muhammad Arif Ismail
Thu | Aug 27, 09 | 12:4http://www.blogger.com/img/blank.gif1:33 pm MYT

SHAH ALAM, 27 Ogos (Hrkh) -Kemenangan Ustaz Mohd Salleh Man dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir baru-baru ini jelas menjadi bukti betapa rakyat negara ini sudah boleh menerima kepimpinan yang diterajui Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyaurat exco mengatakan Pakatan Rakyat semakin diterima oleh penduduk Malaysia selepas pilihan raya kecil di Permatang Pasir.

Ini adalah ekoran daripada kemenangan Ustaz Salleh Man daripada PAS yang mengalahkan calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti sebanyak 4,551.

Menteri Besar berkata, dengan perkembangan ini, kerajaan negeri Selangor merasakan rakyat sudah mula menerima kepimpinan Pakatan apabila berjaya mengalahkan Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dekat sini semalam yang turut dihadiri oleh anggota exco seperti Dato' Dr Hasan Ali, Dr. Xavier Jeyakumar, Teressa Kok dan Ronnie Liu.

Tan Sri Khalid yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Selangor (Adun) Ijok menambah, situasi ini menunjukkan tahap kepercayaan tinggi kepada barisan kepimpinan agar dapat melakukan tugas yang terbaik kepada rakyat.

"Kita berharap kepercayaan ini dapat diteruskan supaya dapat pengurusan negeri dapat dilakukan dengan telus dan adil agar manfaat dari ketelusan ini dapat dinikmati oleh semua rakyat," katanya. _

No comments: