Wednesday, February 23, 2011

Kenyataan Menteri-Menteri Besar & Ketua Menteri Pakatan Rakyat: Hubungan lebih erat antara negeri-negeri Pakatan Rakyat

by Abdul Khalid Ibrahim on Wednesday, February 23, 2011 at 8:43pm
Kami, para Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bermesyuarat bersama para Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada hari ini 23 Februari 2011 di Kuala Lumpur, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan berikut:

1.    Pimpinan negeri Pakatan Rakyat terus komited untuk memimpin dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sebagaimana dipersetujui dalam Resolusi Shah Alam sempena Persidangan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat November lepas;

2.    Sehubungan dengan itu, kita akan meneruskan Sekretariat Bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat yang telah ditubuhkan demi memperkukuhkan kerjasama di antara negeri Pakatan Rakyat dan menggembeling sumber dan kepakaran. Sekretariat ini akan memberikan penumpuan kepada 5 aspek utama iaitu Pelaburan, Kerajaan tempatan, Pengurusan, Pengurusan Sumber Air, Pertanian dan Pelancongan.

3.    Mengiktiraf usaha cemerlang yang dibuat oleh semua negeri-negeri Pakatan Rakyat  selama ini sehingga mencatat kadar tertinggi pelabur asing di negara ini. Kami bersepakat menyusun kerangka strategi bersama bagi menarik pelaburan luar dalam projek-projek ekonomi. Negeri-negeri Pakatan Rakyat juga akan memanfaatkan dana benih 10 juta yang telah sumbangkan oleh Negeri Selangor bagi meningkatkan pelaburan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;

Sunday, February 20, 2011

Program Tuisyen Rakyat Secara Negeri Selangor 2011 ( Percuma )

Borang-borang boleh di dapati di Pusat Khidmat Adun Batu Caves mulai 21 Februari 2011. Hubungi Pejabat 03-61875950 atau Ko-Ordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) Batu Caves, Cik Faridah 013-3834241

YB.Amirudin bersama Menyambut Maulidur Rasul di Kg.Melayu Batu Caves




Sekitar Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Pemberimilikan Tanah Notis 5A di Kampung Gombak Setia





YB.Amirudin bersama Menyambut Maulidur Rasul Peringkat Mukim Batu

Tarikh : 19 Feb 2011
Tempat : Dewan JKKK Kg. Nakhoda
Program : Maulidur Rasul Peringkat Mukim Batu





Wednesday, February 16, 2011

YB.Amirudin menziarahi Exco AMK Gombak Sdr. Azrin yang dapat anak


Sambutan Maulidur Rasul JKKK Kg.Nakhoda dan LKPI Kg.Nakhoda








Khusrin akhirnya angkat sumpah simpan rahsia
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamad Khusrin Munawi akhirnya mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Mohamad Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari ini.

NONEPelantikan Mohamad Khusrin pada mulanya menjadi kontroversi apabila Abdul Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, namun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamad Khusrin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada 6 Jan lalu.

Bagaimanapun, majlis angkat sumpah simpan rahsia ditangguhkan sehingga hari ini.

YB.Amirudin di Kursus Kepimpinan Pebt Negeri Selangor



Tuesday, February 15, 2011

YB.Amirudin bersama Menyambut Maulidur Rasul di Masjid Kg.Nakhoda




Tarikh : 15 Februari 2011
Tempat : Masjid Kg.Nakhoda Batu Caves
Program : Maulidur Rasul

Pusat Komuniti Wanita (PKW) DUN Batu Caves diRasmikan







Tarikh : 12 Februari 2011
Tempat : Dewan MPS Kg.Laksamana, Batu Caves
Dirasmikan oleh : YB.Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Monday, February 14, 2011

Raja Tan Sri Arshad Canselor Baru Universiti Selangor


Unisel: Pelantikan Raja Arshad bukti Selangor telus
Harakahdaily 

SHAH ALAM, 14 Feb: Pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (gambar) sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bukti ketelusan dan kebertanggungjawab Kerajaan Selangor yang memilih professional berpengalaman luas sebagai peneraju sebuah universiti yang berperanan melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi dan berilmu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, Raja Arshad dilantik Canselor Unisel yang baharu bagi menggantikan Datin Seri Rosmah Mansor manakala Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Pro-Canselor Unisel.

“Pelantikan kedua-dua tokoh ini berkuatkuasa pada 21 Februari 2011. Tempoh pelantikan Rosmah sebagai Canselor Unisel telah tamat pada 5 Februari lalu,” ujarnya pada sidang media mengenai pelantikan itu, di sini, petang.