Thursday, September 2, 2010

Gambar Kebakaran di Wira Damai









Kebakaran 5 buah Rumah di Wira Damai

Sebanyak 5 buah rumah telah terlibat dalam kebakaran yang berlaku semalam 2 september sekitar jam 5.30 petang disaat-saat umat islam sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa. Seramai lebih kurang 20 mangsa yang terlibat terdiri dari 5 keluarga. Pihak Pengurusan DUN Batu Caves, JKM, Zakat, Unit Amal Gombak, Ahli Majlis MPS , Ketua Kampung Wira Damai dan penduduk sekitar telah berjaya membantu mangsa malam tadi. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

Wednesday, September 1, 2010

Sumbangan Hari Raya YB.Amirudin Shari di Kg.Nakhoda

Seramai 30 keluarga telah terpilih menerima kunjungan YB.Amirudin , Adun Batu Caves sempena menyambut Hari Raya. Bermula dengan 5 buah keluarga di Kg. Nakhoda pada 1 september yang lalu. Turut bersama menyertai YB. Amirudin ialah Ustaz Hasbullah Ridzwan, Ketua DPP Selangor, Sdr. Shaharudin Abu Bakar,Pengarah Pengurusan DUN Batu Caves , Sdr. Azizul Abu Bakar , Ahli Majlis MPS Zon 14 dan beberapa teman dari Pengurusan DUN dan JJKP. Sumbangan berupa wang tunai dan juga hamper.






Sekitar Majlis Sumbangan Hari Raya YB.Amirudin di Kg.Melayu Batu Caves Selatan