Tuesday, June 30, 2009

Bolasepak 9 Sebelah Piala YB.Amirudin Shari


Juara Bawah 18 tahun



Final bawah 18 tahun


YB.Amirudin sewaktu perasmian



Team-team yang terlibat

Sekitar Karnival Belia Batu Caves 2009 ( 2 )


Persembahan Silat Gayung Ma'arifat


Persembahan base jump yang mengkagumkan


Urusetia yang bertungkus lumus selama 2 hari



Peesembahan As-Saufee yang menarik


Team pilihan YB. lawan team pilihan JKKK Wira Damai

Sekitar Karnival Belia Batu Caves 2009


Pertunjukan Tomoi

YB.Nik Nazmi membuat kick off pertandingan futsal

Menyerah bola kepada persatuan belia di DUN batu Caves

Pertunjukan Base jump

Wednesday, June 24, 2009

Tentatif Program Karnival Mesra Belia Batu Caves 2009

27 Jun 2009
8.00 pagi - Pendaftaran Gerai jualan & Kaunter
8.30 pagi - Senamrobik
9.15 pagi - Ketibaan VVIP
9.30 pagi - Ucapan aluan oleh YB.Amirudin Shari
9.45 pagi - Ucapan oleh YB.Azmin Ali
10.00 pagi - Perasmian oleh YB.Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad
Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Selangor
10.25 pagi - Demonstrasi Seni Pertahanan Diri
Silat ,Tae Kwon Do
10.55 pagi - Penyampaian Cenderahati VVIP
11.00 pagi - Lawatan VVIP ke Gerai-gerai & Kaunter
11.30 pagi - Jamuan VVIP & Aktiviti X-treme ( Flying Fox ) bermula
11.35 pagi - Cabutan Bertuah ( 1 )
11.40 pagi - Futsal ( Pusingan Awal )
11.50 pagi - Sembang Santai Belia Bersama YB.Amirudin Shari / YB.Nik Nazmi
12.30 t/hari - Bimbingan Usahawan Muda Oleh Yahya Sahri dari YSP
1.00 t/hari - Rehat ( Gerai dan kaunter berjalan )
2.00 ptg - Persembahan Kebudayaan India
2.45 ptg - Cabutan Bertuah ( 2 )
3.00 ptg - Pertandingan Mini Futsal ( Sambungan )
3.30 ptg - Persembahan Kumpulan Zaidan
4.15 ptg - Pertandingan Tarik Tali
5.00 ptg - Teka Lagu
9.00 mlm - Sembang-sembang Anak Muda Bersama :
Shamsul Iskandar Mohd Akin ( Ketua AMK )
Khairul Anuar ( Jonah )
Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan ( Ketua DPP Selangor )
Jaffrein Mohamad ( Moderator )
10.00 mlm - Persembahan Blank & Kumpulan Nasyid As-Saufee
11.00 mlm - Penyampaian Cenderahati kepada ahli panel


28 Jun 2009
8.30 pagi - Gerai & kaunter bermula
9.00 pagi - Mini Futsal ( Sambungan ) & Xtreme sport
9.30 pagi - Pertandingan Mewarna Kanak-kanak & Permintaan Lagu ( wanita )
10.00 pagi - Pertandingan Timang Bola Takraw
11.00 pagi - Bersama Universiti Selangor ( Unisel )
12.00 t/hari - Cabutan Bertuah ( 3 )
12.30 t/hari - Bersama Penggerak Belia Tempatan (PeBT)
1.00 t/hari - Rehat ( Jualan gerai & kaunter berjalan )
2.00 ptg - Motivasi Belia Bersama Ustaz Farhan @Kamalulhysham Mohd Suhut
3.00 ptg - Pertandingan memasang tayar belakang motosikal
4.05 ptg - Cabutan Bertuah ( 4 )
4.15 ptg - Futsal akhir & Tarik Tali akhir
5.00 ptg - Penyampaian sijil penyertaan kepada Persatuan Belia dan
Semua pihak yang terlibat oleh YB.Amirudin Shari
5.30 ptg - Tamat

Wednesday, June 17, 2009

Bolasepak 9 Sebelah Piala YB.Amirudin Shari


Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah Piala YB.Amirudin Shari akan diadakan pada :

Tarikh : 20 Jun 2009
Tempat : Padang Bolasepak Sg. Tua,
Jalan Sg. Tua
Batu Caves
Jam : 8.30 pagi - 6.30 ptg

Semua Dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan tersebut. Sebanyak 30 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut bagi 2 kategori iaitu Bawah 18 dan Terbuka. Juara akan menerima hadiah wang tunai RM1,500.00 untuk kategori terbuka dan RM800.00 untuk kategori bawah 18 tahun.

Selangor akan perkukuhkan program belia dan masyarakat

Muhammad Arif Ismail
Mon | Jun 15, 09 | 5:30:31 pm MYT

TAMAN MEDAN, 15 Jun (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Belia, Dr. Ahmad Yunus Hairi menegaskan kerajaan Selangor akan memperkukuhkan program kemasyarakatan dengan melibatkan golongan belia. Iklan

"Saya ditugaskan dalam portfolio pendidikan dan kemsyarakatan serta akan memberi tumpuan kepada aspek ini dengan sebaik mungkin dan antara yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) supaya ada program belia dalam masyarakat.

"Kita akan mengadakan program belia dalam aktiviti kemasyarakatan yang pertama di negeri Selangor iaiatu pada minggu depan, 21 Jun di Sijangkang," beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis Perasmian Dataran Anak Muda Petaling Jaya Selatan yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam.

Menurut beliau, program belia bersama masyarakat itu bakal diadakan, di Taman Telok Panglima Garang dan Taman Jaya Utama, di mana semua belia sama ada belia tempatan di kawasan taman itu dan juga Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ada di sekitar supaya turun bersama-sama masyarakat bagi membuat satu program belia.

Program itu katanya, "akan diadakan di padang, kerja untuk meratakan tanah merah dan kita beli tanah merah, kita juga akan melibatkan belia-belia tempatan di kawasan itu.

"Ini merupakan satu permintaan daripada Ahli Jawatankuasa Penduduk supaya kawasan padang kecil itu diperuntukkan untuk dijadikan tempat permainan kanak-kanak. Oleh itu, kita libat semua tempat lain termasuk jugak program yang diadakan di Balai Raya dan Surau yang berdekatan dengan padang itu," katanya.

Beliau menambah, pihak kerajaan negeri akan membuat program yang sama di seluruh negeri Selangor dan di setiap 24 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilaksanakan bagi pembangunan belia.

Jadi katanya, "kita mahu semua belia di Selangor, terlibat dalam semua program kemasyarakatan dan kita tidak mahu belia ada hala tuju mereka sendiri serta masyarakat dengan hala tujunya sendiri."

Ketika diminta mengulas mengenai perasmian Program Dataran Anak Muda Petaling Jaya Selatan, Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Medan, beliau berkata," program yang diadakan pada hari ini pun sangat cantik, sekurang-kurangnya belia mempunyai tempat untuk mereka membuat program yang berfaedah dan sekaligus gejala sosial dapat dihapuskan.

"Apabila ada wadahnya pandailah belia buat program mereka, di samping itu, kita akan selia dan memantau program ini setiap masa agar ia berjalan dengan sewajarnya," katanya. - mks._

Friday, June 5, 2009

Selamat Bermuktamar kepada ahli-ahli PAS

Pas merupakan salah satu organisasi politik yang tertua di negara ini. Perjuangannya tercetus kerana mahu Islam dihayati oleh pimpinan negara, memastikan keadilan untuk semua dan menolak belenggu penjajah yang masih jelas kelihatan terhadap Perikatan ketika itu.

Sosok seperti Dr Burhanuddin al Helmy, Prof. Zulkifli Mohammad dan Ustaz Abu Bakar al Baqir dari Gunung Semanggol menyuntik semangat kepada saya untuk terlibat bersama-sama memaknai perjuangan memerdekakan bangsa melalui wadah Abim.

Terkesan dengan pemikiran tokoh-tokoh tersebut yang ada di antaranya disampaikan melalui tulisan, seumpama Falsafah Kebangsaan Melayu oleh Dr Burhanudin serta Masyarakat dan Syariat oleh Prof Zulkifli, melebarkan pemahaman saya mengenai kehendak maqasid keadilan Islam. Tulisan mereka malah menyedarkan kami aktivis Islam ketika itu untuk bersikap merangkul dan tidak meminggirkan, walau apapun agama dan bangsa seseorang itu.

Kini keringat dan jerih perih para pejuang Pas telah pun membuahkan hasil.Tidak ada pihak yang berhak menafikan sumbangan Pas kepada amalan demokrasi di Malaysia. Momokan ciptaan umno-bn bahawa Pas tidak mungkin meraih sokongan masyarakat bukan Islam hanya tinggal sebagai mitos. Pilihanraya Mac 2008 membuktikan kerjasama Pas dengan Keadilan dan Dap merupakan pilihan terbaik buat rakyat Malaysia untuk melaksanakan Perubahan.

Alhamdulillah kerjasama tersebut semakin utuh di bawah Pakatan Rakyat. Hari ini rakan-rakan kita ahli-ahli Parti Islam SeMalaysia akan berhimpun untuk bermuktamar di Shah Alam buat kali ke 55. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bermuktamar kepada saudara semua dan moga doa agar Perubahan yang kita hasratkan untuk Rakyat Malaysia keseluruhannya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

ANWAR IBRAHIM