Friday, September 26, 2008

RUMAH TERBUKA ADUN BATU CAVES

Semua dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka ADUN Batu Caves pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut :-

Tarikh : 18 Oktober 2008

Tempat : Dewan Sri Siantan, Jalan Sg Tua
Batu Caves

Masa : 11 pagi - 2 ptg

Saturday, September 6, 2008

Jadual YB.Amirudin Shari dari 7 Sept - 14 Sept

7 Sept
7.00 mlm Majlis Berbuka Puasa di Surau Al-Hijrah, Tanah Gantian, Sg Tua
8.30 mlm Solat Isya' di Masjid Sg Tua

8 sept
3.30 ptg Sumbangan Beras di Kg Melayu Wira Damai Penyampaian

10 sept
5.00 ptg Kunjungan ke Pasar Ramadhan Kg Nakhoda
6.30 ptg Majlis Berbuka Puasa di Rumah MB

12 sept
5.00 ptg Kunjungan ke Pasar Ramadhan Selayang Baru

13 sept
6.30 ptg Berbuka Puasa di Masjid Kg Nakhoda Anjuran ADUN Bt Caves

14 sept
5.00 ptg Kunjungan ke Pasar Ramadhan Warta Lama
6.30 ptg Berbuka Puasa di Masjid Sg Tua anjuran ADUN Batu Caves

Friday, September 5, 2008

Meriah dan gemilang






Karnival Tarik Tali Merdeka Selangor 2008 yang berlangsung selama 3 hari dari 29 - 31 Ogos telah berlangsung dalam suasana yang cukup gemilang dan meriah sekali. Program kelolaan Kerajaan Negeri Selangor dan beberapa pihak lain ini berjaya menarik hampir 50 pasukan untuk turut serta dalam pesta tersebut dalam pelbagai kategori. Tan Sri Khalid, MB Selangor telah sudi merasmikan program tersebut. Hadir sama YB.William Leong, Ahli Parlimen Selayang dan YB Amirudin Shari, ADUN Batu Caves.

Beberapa pasukan profesional dan amatur telah berentap dalam acara tarik tali. Tahniah juga pasukan Batu Caves 68100 yang telah berjaya menjadi naib juara dalam kategori Terbuka. Tewas kepada pasukan Bandar Baru Selayang yang diwakili oleh pekerja-pekerja MPS. Pasukan Batu Caves 68100 juga telah berjaya menewaskan pasukan pilihan MB dala acara pembukaan.

Acara lain juga turut diadakan seperti peraduan Mewarna kanak-kanak dan Makan Durian Percuma di bawah kendalian Jawatankuasa Pengurusan DUN Batu Caves, turut menarik penyertaan orang ramai khususnya kanak-kanak.

Karnival Tarik Tali Merdeka Selangor 2008





Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor



Sepertimana yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, program pemberian beras percuma kepada golongan miskin, OKU dan ibu tunggal telah kini sampai ke DUN Batu Caves. Pejabat saya mula menerima sumbangan beras dari kerajaan Negeri pada pertengahan ogos lalu. Namun kesibukan pilihanraya kecil Permatang Pauh telah melambatkan kita menyampaikan sumabangan tersebut kepada rakyat.

Namun pada awal puasa kita telah mula mengagih-agihkan sumbangan beras tersebut mengikut kawasan. Beberapa kawasan telah mula menerimanya seperti Selayang Baru, Selayang Makmur, Indian settlement dan Taman Sri Batu Caves. Insyalallah kawasan-kawasan lain akan mula menerima pada minggu hadapan. Saya hanya berkesempatan menyampaikan beras tersebut di kawasan Taman Sri Batu Caves. Kawasan lain di wakilkan oleh Pengarah Pengurusan DUN Batu Caves. Sdr.Shaharudin Hj Abu Bakar.

Pada minggu hadapan, saya sendiri akan sampaikan sumbangan tersebut di kawasan Kg Laksamana, Kg Nakhoda, Sg Tua, Kg Baru Batu Caves dan Wira Damai, insyaallah.

Program Bubur Lambuk Masjid Amaniah






Alhamdullillah, pada hari pertama ramadhan saya berkesempatan melancarkan Program Bubur Lambuk Masjid Amaniah iaitu pada 1 September 2008. Saya difahamkan program ini berjalan setiap tahun secara gotong royong. Tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa program ini. Saya juga telah menyumbang sebanyak RM3,000 kepada jawatankuasa program ini supaya ianya dapat berjalan dengan lebih lancar lagi. Moga-moga program seumapama ini akan turut di ikuti oleh masjid dan juga surau-surau lain di DUN Batu Caves.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakyat di DUN Batu Caves khususnya dan Selangor amnya. Semoga Ramadhan ini memberi kita kekuatan iman, di jauhkan segala dosa dan maksiat dan menambah iman dan amalan kita. Insyaallah saya akan melakukan beberapa kunjungan dan berbuka puasa serta melakukan solat tarawikh di semua masjid di DUN Batu Caves dan beberapa surau yang termasuk dalam jadual saya yang disusun oleh Jawatankuasa Pengurusan DUN Batu Caves