Thursday, October 29, 2009

CERAMAH DUN BATU CAVES





SKUAD MOTOR DUN BATU CAVES



PROGRAM MESRA RAKYAT KG.LAKSAMANA







18 Oktober, YB.Amirudin sempat hadir ke program mesra rakyat Kg.Laksamana dan seterusnya merasmikan Tapak Padang Permainan Kanak-kanak dan Skuad Keselamatan Kg.Laksamana

Friday, October 23, 2009

RM5,000 menanti juara keseluruhan

SHAH ALAM - Sebanyak RM5,000 menanti johan keseluruhan Kejohanan Jelajah Futsal Gen-S Selangor 2009 yang akan berlangsung bermula pada 31 Oktober ini.

Kejohanan jelajah melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) anjuran Sekretariat Belia Negeri Selangor (SENS) itu turut menawarkan RMl ,000 bagi juara setiap kawasan mengikut PBT pasukan bertanding.

Pengarah SENS, Muaz Omar berkata, pertandingan ini akan diadakan melibatkan 12 PBT mengikut tarikh yang ditetapkan dan juara setiap kawasan akan beraksi dipertandingan akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati,pada 12 Disember nanti.

"Penyertaan kini mula di buka di setiap kawasan dan pasukan yang berminat boleh menghubungi waMl-waMl di setiap kawasan untuk membuat pendaftaran," katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Raja Restam Azhar Raja Jaafar berkata, pihak FAS sendiri akan memantau pertandingan ini dengan meng-hantar wakil mereka untuk menilai pemain yang boleh diserapkan menjalani latih-an bersama pasuk¬an futsal negeri untuk menghadapi pelbagai kejohanan futsal tahun hadapan.

Yuran sebanyak RMl 60 dikenakan setiap pasukan bertanding dan pasukan yang berminat mesti mendaftar di kawasan PBT masing-masing. Juara setiap pusingan akan membawa pulang RMl ,000, kedua RM500 dan ketiga RM250 manakala juara Pusingan Akhir akan membawa pulang RM5,000, RM3,000 kedua' dan RM2,000 ketiga.

Penyertaan pasukan wanita juga di buka di setiap kawasan dan jika kurang penyertaan, pasukan wanita yang mendaftar akan di-kumpulkan beraksi di pusingan akhir pada 12 Disember nanti.

Penyertaan di buka kepada semua pemain-pemain di bawah 35 tahun dan setiap pasukan bertanding hanya dibenarkan bertanding di kawasan PBT masing-masing.

Maklumat lanjut pertandingan boleh menghubungi SBNS menerusi talian 03-55117005 atau Raja Mahadi (012-687993R).

Wednesday, October 21, 2009

Ketua Audit Negara Puji Urustadbir Selangor


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan sukacita beliau akan pujian yang diterima kerajaan negeri dalam Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen semalam.

Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan.

Mengulas laporan ini, Khalid berkata Pakatan Rakyat meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan terus menambahbaik pengurusan di negeri ini.

"Kita merasakan laporan yang dibuat oleh Audit Negara telah memberikan kita keputusan yang sangat memuaskan ,walaupun empat star maknanya telah dapat menunjukkan bahawa pengurusan kewangan negeri dapat di uruskan dengan baik dan teratur walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara biasa dalam pengurusan kewangan yang boleh ditegur oleh pihak audit negara ini telah kita ada jawapan dan usaha penyelesaian,"katanya.

Tambahnya ketika ini, kerajaan negeri juga telah menyiapkan memorandum mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 13 hingga 17 November ini.

Sementara itu, Abdul Khalid Ibrahim turut menyentuh kelemahan perlaksanaan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (Speks) seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Katanya, proses penggunaan Speks itu juga didapati masih lagi belum mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan selain peralihan sistem perakaunan secara manual kepada berkomputer ketika ini masih belum berkuatkuasa secara total.

"Sistem-sistem komputer itu menunjukkan kelemahan audit negara juga sebab dia tidak clear the system, sistem tu dia proses untuk mengggunakan sistem itu mendapat kelulusan penggunaan daripada pihak audit dan kementerian kewangan tapi proses itu masih lagi dalam perlaksanaan",katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan pengurusan Speks Selangor menghadapi risiko keselamatan sistem operasi, aplikasi serta integriti data yang akan memberi kesan kepada ketepatan Penyata Kewangan Berkomputer yang dijana siste

Berita Sumbangan YB.Amirudin di Sinar

Sumbangan Deepavali- Kg.Laksamana

Wednesday, October 14, 2009

Happy Deepavali


YB.Amirudin Shari dan Pengurusan DUN Batu Caves mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut Ugama Hindu di DUN Batu Caves khasnya.

Majlis Sumbangan Deepavali oleh YB.Amirudin Shari, Adun Batu Caves akan diadakan ditempat dan masa seperti berikut :-

15 Oktober - 5 ptg - Balai Penghulu Mukim Batu - Kg.Laksamana & Sekitar (32 penerima)
- 6 ptg - Dewan Taman Batu Caves - Indian Settlement ( 31 penerima )
- 7 ptg - Dewan Putri Laksamana - ( 28 penerima )
- 8 mlm - Flet Cempaka & sekitar - ( 41 penerima )
16 Oktober - 10 pagi - Selayang Makmur & sekitar - ( 50 penerima )

Tuesday, October 13, 2009

Deepavali Peringkat Negeri Selangor



salam,

Tuan/Puan

JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA DEEPAVALI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2009, BERSAMA MBPJ

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan dengan sukacitanya bahawa Majlis Rumah Terbuka Deepavali peringkat Negeri Selangor, bersama MBPJ, akan diadakan mengikut butir-butir berikut :-

Tarikh : 24 Oktober 2009 (SABTU)

Masa : 6:00 PM – 10:00 PM

Tempat : Dataran PJ, Petaling Jaya

(bersebelahan AmCorp Mall)

3. Dengan segala hormatnya Tuan /Puan dijemput hadir

bagi memeriahkan majlis tersebut dan kehadiran Tuan /Puan dialu-alukan dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Sunday, October 11, 2009

Sekitar Jamuan Hari Raya Parlimen Gombak & ADUN Batu Caves

Sekitar 10,000 rakyat hadir ke jamuan Hari Raya Parlimen Gombak, Adun Batu Caves dan Adun Hulu Klang yang diadakan pada 11 oktober yang lalu. Pelbagai hidangan di saji antaranya sate, kambing panggang, kebab, mee goreng, roti canai dan sebagainya. Kanak-kanak juga mendapat duit raya dari ketiga-tiga Yang Berhormat. Pelbagai kaum hadir memeriahkan lagi suasana rumah terbuka tersebut.





Thursday, October 8, 2009

Jemputan Rumah Terbuka Eidul Fitri Parlimen Gombak & ADUN Batu Caves


Rumah Terbuka Eidul Fitri Peringkat Parlimen Gombak dan ADUN Batu Caves akan diadakan pada :-

Tarikh : 11 Oktober 2009
Masa : 2 ptg - 5 ptg.
Tempat : Pejabat Ahli Parlimen Gombak
2, Lorong Perak,
Pusat Bandar Taman Melawati
Kuala Lumpur

Semua warga Gombak dan Batu Caves khasnya di jemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan.

Tuesday, October 6, 2009

Selangor buka 12,000 peluang pekerjaan

Muhammad Arif Ismail
Fri | Oct 02, 09 | 9:58:27 am MYT

SHAH ALAM, 2 Okt: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali berkata, sebanyak 12,000 peluang pekerjaan ditawarkan di negeri Selangor. Iklan

Menurut beliau berdasarkan statistik pada ketika ini, terdapat lebih kurang 11,500 peluang pekerjaan kilang-kilang di negeri selangor.

Beliau yang juga merupakan ADUN Selat Klang berkata, kerajaan negeri bersama-sama dengan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia telah membuat perancangan untuk mengadakan siri jelajah ke seluruh pelusuk negeri bagi membantu penganggur dan juga ibu tunggal memperolehi perkerjaan.

Hal ini, katanya, dapat dilakukan dengan mengerakkan jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) di negeri ini serta dengan kerjasama ADUN dan Ahli Parlimen.

Seramai 25,000 ibu tunggal dan para belia yang masih tidak mempunyai perkerjaan di negeri ini,ujar beliau.

Beliau juga menyeru rakyat di negeri ini terutamanya belia dan ibu tunggal merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dengan satu satu siri jelajah akan dilakukan dalam masa terdekat. - mks. _

Wira-wira Batu Caves di PRK Bagan Pinang


Program Jejak Fakir YB.Amirudin sempena Syawal





Thursday, October 1, 2009

Dakwaan Noh hanya palsu







Dakwaan Noh Omar, Menteri Pertanian menyatakan tiada bantuan awal di beri oleh Kerajaan Negeri adalah tidak benar sama sekali.Agensi kerajaan seperti Jabatan Haiwan Negeri malahan MPS sendiri telah memberi bantuan awal kepada mangsa pada hari pertama lagi. Ahli Majlis MPS juga telah turut sama memberi pertolongan awal. Demikian dinyatakan oleh YB.Amirudin sewaktu melawat tapak kejadian bersama dengan Pengurusan DUN dan Ahli Majlis MPS Nanto Gopalan. Malah menurut YB.Amirudin lagi, Noh hanya datang melawat tempat kejadian hanya pada hari ke tujuh kejadian.

Lawatan YB.Amirudin ke Tapak Ternak Lembu Yang di Timpa Bencana





100 ekar tanah untuk penternak lembu Sungai Kertas

Wed | Sep 30, 09 | 5:42:28 pm MYT

SHAH ALAM, 30 Sept: Mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor hari ini mengenalpasti tapak seluas 100 ekar di Hulu Selangor untuk dijadikan tapak penternakan untuk penternak di Kampung Sungai Kertas yang tertimbus lembu mereka baru-baru ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kedua-dua penternak Kampung Sungai Kertas berkenaan akan dipindahkan ke kawasan tersebut untuk sementara waktu.

Bagaimanapun, mereka boleh membuat permohonan untuk menyewa tapak berkenaan secara tetap. Tanah seluas 100 ekar ini juga boleh disewakan kepada penternak Selangor lain yang berminat.

Baru-baru ini, 70 penternak lembu berhimpun di perkarangan bangunan SUK Selangor dengan membawa sekali lembu mereka bagi menuntut bantuan kerajaan negeri ekoran dari lapan lembu mereka tertimbus oleh timbunan sampah yang runtuh.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini telah diberi penerangan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pegawai Daerah Gombak berhubung runtuhan tapak pelupusan haram diKampung Sungai kertas, Gombak pada 23 September 2009 serta kerosakan kepada dua ladang ternakan yang berdekatan.

ImageEXCO juga dimaklumkan bahawa tapak pelupusan seluas 20 ekar itu telah beroperasi lebih dari lima tahun.

Kawasan tersebut telah diisytihar sebagai �kawasan bencana� semenjak 4 September 2009 dan usaha memadamkan kebakaran sampah yang telah mencecah ketinggian 300 kaki.

MPS juga memaklumkan beberapa kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik tanah dalam usaha menghentikan kegiatan pelupusan sampah haram ini, dan dalam usaha membawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi menghentikan aktiviti pelupusan ini.

EXCO juga telah dimaklumkan bahawa pada 25 Januari 2007, Pegawai Daerah Gombak telah mengemukakan Borang 7A (Notis Untuk Memulihkan Pelanggaran Syarat) dibawah Seksyen 128, Kanun Tanah Negara kepada pemilik tanah untuk memulihkan pelanggaran syarat kegunaan tanah tersebut.

Oleh kerana tiada tindakan yang dibuat sehingga sekarang, EXCO pada hari ini telah mengarahkan pegawai daerah mengemukakan Borang 8A (Notis Pengembalian Tanah Kepada Kerajaan) dibawah seksyen 130 Kanun Tanah Negara untuk merampas semula tanah berkenaan daripada pemilik berkenaan.

Setelah usaha rampasan telah selesai, MPS telah diarahkan untuk memantau dan membersihkan kawasan tersebut serta mendapatkan khidmat nasihat pakar daripada Worldwide Holding Berhad dalam usaha pemuliharaan kawasan tersebut.

Berkenaan dua penternak yang terlibat, EXCO juga dimaklumkan oleh MPS bahawa aktiviti penternakan yang dijalankan adalah tidak sah.

Kerajaan juga percaya aktiviti penternakan tidak sesuai untuk dijalankan lagi dikawasan tersebut oleh kerana pencemaran yang telah berlaku, kata Khalid._