Tuesday, July 29, 2008

Pertemuan dengan pihak KTMB, YTL dan Peniaga



Satu mesyuarat telah saya aturkan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di Batu Caves yang melibatkan 3 pihak iaitu KTMB, YTL dan para peniaga seramai 14 orang. Ianya semata-mata untuk menyelesaikan masalah yang telah berlarutan agak lama sehingga menjejaskan pembinaan Stesyen Komuter di Batu Caves. Alahamdullillah, satu penyelesaian telah dapat di rangka .Para peniaga telah bersetuju untuk berp[indah dalam jangka masa terdekat bagi memberi laluan pihak KTMB dan YTL meneruskan pembinaan. Terima kasih kepada semua pihak terutama kepada pihak peniaga yang faham akan keadaan semasa.

Kaunter Aduan Bergerak ADUN Batu Caves







Alhamdullillah, kaunter aduan bergerak ADUN Batu Caves berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat setempat. Kaunter yang di buka pada 19 Julai lalu bertempat di Restoran Money Corner bermula dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Ramai yang datang membuat pelbagai aduan dan pendaftaran khususnya Hadiah Anak Masuk Universiti dan Skim Takaful Warga Emas.

Program ini akan terus diadakan 2 minggu sekali mengikut kawasan dan lokasi yang akan ditentukan dan diberitahu kelak.

Friday, July 25, 2008

Program Terdekat

1. Program Israk & Mikraj
Tarikh : 31 Julai 2008
Masa : 8 Malam
Tempat : Masjid An-Nur, Kg Melayu Wira Damai, Batu Caves

2.Dialog dan Ramah Mesra YB.Amirudin, MPS dan Peniaga & Penjaja
Tarikh : 2 Ogos 2008
Masa : 2 Petang
Tempat : Dewan Orang Ramai, Kg Laksamana , Batu Caves

Semua Dijemput hadir.

Program Pembangunan Usahawan Belia

Seperti yang saya war-warkan sedikit masa lalu, hasrat saya ingin melahirkan 5 Usahawan Belia di DUN Batu Caves setiap tahun, saya mengalu-alukan sebarang kertas kerja projek untuk dimajukan ke pejabat saya. Saya akan menilai dan meneliti setiap kertas kerja projek yang difikirkan berdaya maju untuk saya bantu dalam pemberian modal asas sebanyak RM5,000.00. Sila berhubung dengan pegawai saya untuk tindakan segera.

Borang-borang Program Kebajikan Negeri Selangor

Borang-borang yang berkaitan dengan program kebajikan Negeri Selangor seperti Hadiah Anak Masuk Universiti, TAWAS dan Skim Takaful Warga Emas boleh didapati di pejabat saya di Balai Penghulu Mukim Batu, Jalan Sg Tua. Pegawai-pegawai saya berada disana untuk membantu jika terdapat sebarang kemusykilan.

Gambar sekitar pelancaran Kaunter Bergerak dan Khidmat Guaman Percuma





Tuesday, July 15, 2008

Khidmat Guaman Percuma

Pada 19 Julai 2008, satu program Khidmat Guaman percuma akan diadakan di Balai Penghulu Mukim Batu, Jalan Sg Tua anjuran Pejabat ADUN Batu Caves. Mana-mana pihak yang ada kemusykilan atau masalah yang berkaitan undang-undang di alu-alukan hadir bagi mendapatkan khidmat guaman dari barisan peguam-peguam kita. Program berlangsung dari jam 11 pagi hingga 1 tengahari.

Ianya akan diadakan 2 minggu sekali.

Program Pembangunan Belia Negeri Selangor DUN Batu Caves


Alhamdullillah, pada 3 Julai yang lepas saya telah menyempurnakan majlis penutupan Program Pembangunan Belia Negeri Selangor DUN Batu Caves yang berlangsung di Kem Bina Semangat Ampang Pecah. Seramai 40 orang belia dari DUN Batu Caves telah menyertai program tersebut walaupun jumlah tersebut agak jauh tersasar dari apa yang saya harapkan.Namun apa yang lebih penting ialah pendedahan yang diperolehi oleh belia-belia tersebut. Insyaallah saya akan usahakan agar fasa ke 2 program ini akan dapat menarik lebih ramai lagi golongan belia dari Batu Caves dalam masa yang terdekat ini.

Sekitar SUKMA 2008 Terengganu