Tuesday, July 15, 2008

Program Pembangunan Belia Negeri Selangor DUN Batu Caves


Alhamdullillah, pada 3 Julai yang lepas saya telah menyempurnakan majlis penutupan Program Pembangunan Belia Negeri Selangor DUN Batu Caves yang berlangsung di Kem Bina Semangat Ampang Pecah. Seramai 40 orang belia dari DUN Batu Caves telah menyertai program tersebut walaupun jumlah tersebut agak jauh tersasar dari apa yang saya harapkan.Namun apa yang lebih penting ialah pendedahan yang diperolehi oleh belia-belia tersebut. Insyaallah saya akan usahakan agar fasa ke 2 program ini akan dapat menarik lebih ramai lagi golongan belia dari Batu Caves dalam masa yang terdekat ini.

1 comment:

War4x said...

Assalamualaikum,
Bapa mertua saya adalah warga emas anak Selangor. Dia mendapat berita bahawa ada kelayakan untuk mendapat elaun RM3,000 setahun dari kerajaan negeri.
Saya ingin tahu samaada ini benar atau tidak.
Sekiranya benar, boleh beritahu bagaimana caranya untuk memohon.
emel saya ialah 4xmyworld@gmail.com

Sekian terima kasih.
N Zulkarnain