Sunday, April 26, 2009

Tahniah skuad Selangor






Seluruh warga DUN Batu Caves mengucapkan tahniah kepada skuad Selangor atas kejayaan memenangi Piala FA menewaskan Kelantan 4-1 (sepakan penalti ). Kepada Kelantan , cuba lagi tahun depan. Kita sama-sama Negeri PR. Kekalkan setiakawan kita antara Selangor dan kelantan.

Thursday, April 23, 2009

Khir Toyo lepas peluang bersih nama


Saidah Hairan
Fri | Apr 24, 09 | 9:39:17 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) - Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo menyifatkan pendengaran awam secara terbuka oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hanya bertujuan membuat serangan peribadi dan menjatuhkan reputasinya daripada memenangi kerusi Ketua Pemuda Umno.
Iklan

Selcat yang dipengerusikan Speaker Dun, Teng Chang Khim telah mengadakan pendengaran awam selama lapan hari di Dewan Annex, Shah Alam berhubung isu sumbangan anak syarikat kerajaan Selangor (GLC) ke dalam dana Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis).

Dalam pendengaran awam, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datin Khairiyah Abu Hasan mendedahkan (PNSB) memperuntukkan sumbangan RM1 juta setiap tahun bermula tahun 2002 hingga 2007 kepada Balkis dan sumbangan dalam tempoh itu sebanyak RM5,186,588.20.

Beliau turut mengaku menerima arahan Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik mengiringi beliau melawat anaknya di Melbourne, Australia pada 6 Februari 2007 dengan kos perbelanjaan rasmi RM14,900.

PNSB memberi sumbangan kepada Khir sepasang jaket jenama 'Summer Man' bernilai RM3,600 sempena sambutan Tahun Baru Cina selain jam tangan bernilai RM159,000.

Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Mohamad Nordin Darhan, Pengerusi KDEB Abdul Karim Munisar dan bekas Pengurus Besar PKNS, Dato' Harun Salim turut mengakui membayar segala perbelanjaan Balkis.

Antaranya, tajaan majlis makan malam bernilai lebih RM700,000, pembelian coklat kira-kira RM25,000 dan perbelanjaan penerbangan oleh pemimpin Balkis lebih RM170,000 ke China bagi membeli cenderahati untuk programnya.

Mengulas dakwaan tersebut, ahli Jawatankuasa Selcat, Saari Sungib menegaskan, Selcat membuat pendengaran awam berdasarkan maklumat yang tercatat dalam fail Khairiyah sebagai CEO PNSB.

Katanya, AJK Selcat menerima maklumat tersebut berdasarkan angka dan butiran yang dikemukakan Khairiyah yang bertanggungjawab pada keseluruhan syarikat PNSB.

"Mungkin Khairiyah menjawab dengan fakta, andaian dan ulasan ketika disoal siasat. AJK Selcat akan membuat kajian dan menilai selepas dibentang dalam sesi sidang Dun Julai nanti," katanya.

Menurut Saari, yang juga Adun Hulu Kelang, laporan itu akan dibahaskan dan diluluskan mengikut persetujuan sidang Dun dan jika ada Adun BN yang menentang keputusan itu selepas dibahaskan mereka dianggap menghina Dewan.

Justeru, katanya, Khir dan Zaharah yang diberi peluang sama dengan PNSB, KDEB, PKNS dan saksi yang lain rugi kerana tidak menggunakan peluang yang ada untuk menjelaskan persoalan Balkis dan perjalanan GLC.

"Kita mendengar pengakuan Khairiyah menerima arahan dan banyak menjawab 'terpaksa', jadi siapa yang paksa atau memberi arahan sudah tentu `orang atasan' dalam PNSB iaitu bekas Menteri Besar Selangor," tegasnya.

Beliau berkata, jawapan itu yang AJK Selcat dan semua yang hadir dengar, bukan hendak memburuk-burukkan Khir Toyo.

"Kita terkejut apabila dimaklumkan PNSB turut menaja antaranya perjalanan anak, isteri dan pembantu rumah Khir ke Dubai dan Yaman," katanya.

Beliau menegaskan, semua dokumen yang didedahkan PNSB, KDEB, PKNS melibatkan ratusan ribu ringgit telah disumbangkan kepada Balkis dari tahun 2002 hingga 2007.

Menurut Saari, Selcat bertujuan mengkaji kelemahan agar kerajaan Pakatan Rakyat tidak lagi mengulangi kesilapan lalu dengan penyalahgunaan kuasa kerajaan BN.

Katanya, kerajaan terdahulu (BN) dan sekarang (Pakatan Rakyat) mempunyai jentera pentadbiran yang sama dan dibantu anak-anak syarikat, cuma bezanya pertukaran Adun, ahli Parlimen serta anggota exco.

Beliau menegaskan jika betul Selcat telah menjatuhkan imej Khir, kenapa bekas Menteri Besar Selangor itu tidak menggunakan peluang untuk membersihkan namanya dalam pendengaran awam secara terbuka.

"Sudah tentu beliau boleh menjawab dengan panjang lebar," katanya. - azm _

Masjid dijadikan tapak pembuangan najis oleh Kerajaan BN

Muhammad Arif Ismail
Tue | Apr 21, 09 | 12:13:14 pm MYT

SUNGAI BULOH, 21 April (Hrkh) - Dalam era pemerintahan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Khir Toyo, satu projek pembangunan dan menjadikan tapak masjid sebagai tempat pembuangan najis telah diluluskan.
Iklan

Pekara ini ditegaskan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Dr. Syafie Abu Bakar ketika ditemui selepas melancarkan penubuhan al Hidayah, rumah anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin dekat sini, 18 April lalu.

"Kerajaan Negeri bakal membayar balik kepada pemaju tersebut dan kami akan mengambil alih pembinaan masjid baru serta masjid yang sedia ada sekarang dijadikan rumah anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal, al Hidayah.

"Kerana projek pembangunan pangsapuri itu terletak dalam tanah masjid dan Kerajaan Negeri melalui agensi seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan menguruskan pembinaanya semula," katanya.

Menurut beliau, ahli jawatankuasa mahu tapak masjid lama dikekalkan dan meminta Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mempercepatkan pembinaan masjid baru memandangkan jumlah jemaah yang semakin meningkat.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal serta membuat lawatan ke tapak Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh.

Menurut seorang penduduk, Md. Nor Sapari, 48, masjid yang hendak diganti itu dengan tempat kumbahan najis merupakan perbuatan yang menghina kita sebagai orang Islam yang berjemaah di masjid itu.

"Pada ketika itu, baginda merupakan Raja Muda Selangor dan merasmikan masjid ini pada tahun 1967. Perbuatan yang menukarkan taraf masjid kepada tapak pembuangan najis sememangnya tidak boleh diterima oleh semua orang Islam," katanya. - mns_

Iran iktiraf program pengajian di Unisel

Muhammad Arif Ismail
Thu | Apr 23, 09 | 3:03:20 pm MYT

SHAH ALAM, 23 April (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Dr Halimah Ali hari ini mengumumkan kursus pengajian di Universiti Industri Selangor (Unisel) telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Republik Islam Iran.
Iklan

"Pada 21 April lalu, Dr. Vahid Ali, Research Counsellor and Director for Iranian student affair South Pacific Region, telah menyerahkan surat pengiktirafan Kerajaan Republik Islam Iran terhadap semua kursus di Unisel.

"Ini bermakna graduan-graduan dari Unisel tidak akan menghadapi masalah untuk memohon kerja di Republik itu terutama sekali bagi warganegara itu apabila mereka pulang ke tanah air," katanya dalam sidang media yang diadakan semalam.

"Mudah-mudahan ia akan menjadi batu lonjatan bagi Unisel untuk terus maju ke hadapan dan menjadi ia satu institusi yang bertaraf antarabangsa," katanya.

Pada masa ini, terdapat keperluan untuk memasuki Universiti di Iran dengan jumlah pusat pengajian tinggi awam hanya 80 buah ditambah pula dengan jumlah penduduk yang berjumlah 70 juta.

Tiap-tiap tahun, seramai 1.2 juta pelajar akan mengambil peperiksaan kemasukan ke Universiti awam dan hanya satu juta layak diterima memasuki pengajian tinggi itu. Oleh itu, 200,000 rakyatnya terpaksa mencari pendidikan di luar negara,katanya. - m

Monday, April 20, 2009

Program Tuisyen Rakyat DUN Batu Caves






Program tuisyen rakyat anjuran Kerajaan Selangor di bawah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan peringkat DUN Batu Caves telah berjaya menarik penyertaan seramai 60 pelajar SPM 2009 pada minggu pertama ianya diadakan. Ianya dijangka akan mencapai sasaran 100 pelajar pada minggu-minggu berikutnya. Kelas diadakan di KAFA Masjid Amaniah , pada setiap hari ahad jam 8 pagi - 1 tengahari.Penyertaan masih dibuka kepada mana-mana pelajar SPM 2009 di kawasan DUN Batu Caves.

Kenyataan YB.Amirudin

Sunday, April 19, 2009

Saturday, April 18, 2009

Hari Wanita DUN Batu Caves

Tilawah Al-Quran Peringkat Mukim Batu






Tarikh : 10 April 2009
Tempat : Masjid Al-Amaniah Batu Caves