Sunday, August 30, 2009

Kerajaan Selangor Kutuk Kes Kepala Lembu





SHAH ALAM, 30 Ogos - Kerajaan Selangor hari ini mengutuk dan melahirkan rasa kecewa terhadap bantahan "provokatif, tindakan kasar dan penggunaan secara sengaja" kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan terhadap cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 23, di sini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto), dalam satu kenyataan, berkata: "Kami mengutuk insiden dan tindakan keji itu kerana ia menyebabkan seluruh negara mundur ke belakang di sebalik segala usaha ke arah menghormati satu sama lain dalam kalangan pelbagai kaum dan agama. “Sesungguhnya ia suatu tindakan menyedihkan kerana sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain masih wujud di kalangan rakyat Malaysia." Jumaat lalu, sekumpulan 50 orang mendakwa sebagai penduduk Seksyen 23 meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor dalam satu protes membantah pemindahan kuil itu. Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyiasat insiden berkenaan. Terdahulu semalam, kira-kira jam 10 pagi, empat wakil rakyat pakatan mengadakan perbincangan berhubung insiden itu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin di pejabatnya di sini.

[Sewajarnya tindakan mengheret kepala lembu yang dilakukan oleh pihak terbabit jelas sekali menghina kaum tertentu di negara ini. Walhal mereka sepatutnya tahu binatang terbabit dianggap suci bagi kaum terbabit. Padah yang lebih besar akan menimpa selepas ini. Biar pun UMNO menafikan pembabitan mereka dalam hal ini. Namun, melihat kepada gambaran wajah-wajah penunjuk perasaan dan juga tindakan pihak polis yang "melihat sahaja" perhimpunan haram ini berjalan tanpa halangan, jelas sekali menggambarkan kepada kita bahawa ia mendapat "lampu hijau" daripada pihak tertentu. Apapun. kes ini akan menambahkan lagi sokongan rakyat Selangor terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya].
KENYATAAN MEDIA
29 OGOS 2009
KERAJAAN NEGERI KECAM TINDAKAN HINA AGAMA

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kesal terhadap tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, di sini.

Pada ketika rakyat Selangor sedang bersiap-sedia untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih wujud dalam kalangan segelintir warganegara Malaysia itu, sangatlah dikesali. Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan.

Walhal usaha tersebut, sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara bangsa yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti. Seterusnya, Kerajaan Negeri berharap semua rakyat supaya bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum.

Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan. Sehubungan ini, Kerajaan Negeri meminta supaya pihak polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada Sabtu, 5 September 2009, yang dihadiri oleh penduduk sebenar Seksyen 23, pegawai-pegawai MBSA dan pegawai-pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, Kerajaan Negeri menggesa supaya penduduk Seksyen 23 bertenang dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh fakta-fakta yang tidak benar yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik Kerajaan Negeri Selangor. Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini.



TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Thursday, August 20, 2009

Hari Keluarga Flet SunwayMas









YB.Amirudin Shari menghadiri program Hari Keluarga Flet SunwayMas anjuran bersama Pejabat YB.Amirudin Shari dan Persatuan Penduduk.Hampir 300 penduduk telah memeriahkan program ini. YB.Amirudin turut menyertai beberapa acara yang dijalankan.

Program Menggapai Bintang








Seramai 60 pelajar miskin yang bakal menghadapi UPSR dan PMR di DUN Batu Caves i yang tinggi kepada mereka"menggapai Bintang" anjuran Pejabat YB.Amirudin Shari dan 4E-Motivation Group . Program ini berjaya memberi semangat dan motivasi yang tinggi kepada mereka menghadapi peperiksaan yang tidak lama lagi.

Malam Perutusan Ihya Ramadhan 1430H





Wednesday, August 12, 2009

PR Selangor Usul Pengasingan Kuasa

Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selangor menyerlahkan komitmen mendokong sistem demokrasi apabila mengusulkan pengasingan kuasa legislatif dari esekutif sepenuhnya. Kuasa legislatif atau perundangan ialah majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasikan undang-undang.

Selain daripada menggubal undang-undang, badan legislafif biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran legislatif juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian atau mengisytiharkan perang.

Kesungguhan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengasingkan kedua- dua kuasa ini bakal memperlihatkan amalan demokrasi yang hakiki tanpa sebarang pertindihan kuasa.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah berpendapat keputusan kerajaan negeri mengusulkan cadangan itu jelas membezakan pegangan Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan mentaliti pimpinan UMNO Barisan Nasional yang mencampuradukkan kedua-dua kuasa berkenaan.

"Ini bermaksud keputusan- keputusan DUN itu bukan dibawah pentadbiran kerajaan negeri, tapi dialihkan kepada satu badan bebas, satu suruhanjaya yang akan diketuai oleh tuan Speaker dan semua keputusan daripada pengurusan akan dibuat disana. Bermakna kebebasan institusi DUN itu daripada pengurusan kerajaan negeri," kata Sivarasa. Corak pemerintahan parti pemerintah kini dilihat sering terbabas mencampuradukkan legislatif dan esekutif sehingga menimbulkan huru- hara yang parah.

7 Mei lalu Dewan Undangan Negeri Perak menyaksikan kecelaruan kuasa apabila polis dan pegawai-pegawai dewan dibawah telunjuk Ketua Setiausaha Negeri mencemarkan kemuliaan dewan dengan menceroboh masuk dan mengheret speaker Pakatan Rakyat V. Sivakumar.

Insiden yang memalukan ini jelas membuktikan kerapuhan pegangan UMNO Barisan Nasional mendokong demokrasi.

Sivarasa berkata, pengasingan kuasa yang diusulkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah kritikal kepada pembentukan kerajaan demokratik dan perlu bagi mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang.

"Ini amalan di semua parlimen di negara yang demokratik. Amalan yang kukuhkan pengasingan kuasa diantara pihak yang membuat undnag- undang dan pihak yang mentadbir dan memerintah dan ini akan mengukuhkan amalan demokrasi di negeri ini. Cadangan yang baik yang menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat Selangor mengukuhkan amalan demokrasi negara," tambah beliau.

Rancangan BN Tak Akan Berjaya

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, "Rancangan Najib untuk menawan Selangor takkan menjadi realiti kerana saya nampak perpaduan di peringkat Pakatan Rakyat dan akar umbi berada di tahap paling tinggi, isu-isu yang timbul seperti perbezaan pendapat hanyalah satu fenomena biasa, dan biasa juga berlaku dalam pimpinan Barisan Nasional.

Isu arak ini adalah isu yang memperlihatkan kepelbagaian budaya politik di Negara ini dan kita perlu menerima hakikat bahawa samaada org itu ahli politik atau tidak, kita perlu terima hakikat bahawa Negara ini adalah Negara majmuk, maka masing-masing ada pandangan, dan gaya hidup sendiri. Kita bersaing di satu platform yang adil, atas dasar pentadbiran, bukan melalui sabotaj, bukan melalui isu pengapian dan isu perkauman dan agama,".

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, "Saya rasa rancangan Perdana Menteri untuk rampas semula Selangor adalah sangat keji. Barisan Nasional perlu sedar dan fikir, nak tawan negeri Selangor dengan cara apa..demokratik atau dengan apa kos. Sehingga sekarang BN masih belum jawab dengan kes-kes sekarang seperti kes Kugan, PKFZ, Teoh Beng Hock, isu-isu utama yang rakyat yang rakyat nak jawapan Najib nak tawan Selangor dengan apa asas.

Mereka selalu kata DAP anti Islam, ini adalah tuduhan yang tidak berasas, kami ada hubungan baik dengan wakil-wakil dari surau dan masjid, beri peruntukan kepada semua kaum, jadi lihat BN sudah takde isu yang dimainkan, jadi hanya boleh mainkan isu perkauman,".

Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz pula menyifatkan tindakan Perdana Menteri untuk merampas semula Selangor itu hanya bermimpi di siang hari. Beliau berkata, "Saya rasa Najib ni bermimpi di siang harilah, sebab keddukan politik di negeri Selangor ini jauh berbeza dengan Perak dan sebagainya sebab majority kita agak besar berbanding di Perak. Sekurang-kurangnya dia kena ambik 9 kerusi baru boleh menukar kerajaan di peringkat negeri Selangor,".

(sumber TVS)

Program Terdekat YB.Amirudin Shari

15 Ogos - Motivasi Pelajar UPSR & PMR DUN Batu Caves - Kg. Nakhoda
- Perasmian Kem Pembangunan Remaja Mukim Batu - Masjid Sg. Tua
- Kem Smart Solat - Masjid Kg. Nakhoda
- Program Tahlil & Doa Selamat Ramadan - Pangsapuri Kenanga
- Karnival Hari Keluarga Masjid Al-Amaniah - Masjid Al-Amaniah

16 Ogos - Dialog Bersepadu Parlimen Gombak bersama MPS, PTD - Desa Batu Caves
- Hari Keluarga Persatuan Penduduk Flet SunwayMas - SunwayMas
- Majlis Hi-Tea PAS Gombak - Markas Tarbiyah PAS Melewar
- Program Merdeka Don Vick - Kg. Laksamana

17 Ogos - Pelancaran Ihya Ramadhan & Forum Perdana - Masjid Al-Amaniah

Lagi gambar menarik Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Caves



Lagi gambar perasmian PKM





Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Caves






Berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 400 orang tetamu. Majlis disempurnakan oleh YB.Azmin Ali. Yang menariknya ramai penyokong dari keturunan india hadir walaupun pada masa yang sama Najib datang ke kuil Batu Caves.Juga hadir YB.Gan Pei Nei, ADUN Rawang yang turut berucap . Inilah sebenarnya 1Malaysia dalam PKR.

Kursus Keusahawanan DUN Batu Caves



40 orang sertai Kursus Keusahawanan DUN Batu Caves pada 1 ogos yang lalu.

Tiket bola sumbangan YB.Amirudin



YB.Amirudin sumbang 500 tiket bola perlawanan Pasukan Selangor dan Persib Indonesia kepada golongan belia di DUN Batu Caves. Selangor menang perlawanan tersebut 2-0. Tahniah.

Monday, August 10, 2009

Kenyataan Media AMK

Kenyataan Media
10 Ogos 2009

Umno-BN Pengkhianat Rakyat Malaysia

Angkatan Muda Keadilan (AMK) beranggapan selama lebih 30 tahun, Barisan Nasional (BN) yang dikepalai Umno telah merosak dan menghancurkan sistem kenegaraan Malaysia yang telah menyebabkan masyarakat dicorak menjadi kebingunggan.

Institusi penting Negara seperti Mahkamah, Parlimen dan Pentadbiran Negara telah digodam dengan kerakusan dan nafsu politik tidak bertamadun BN. Mahkamah yang merupakan paksi keadilan Negara disalah guna dalam beberapa kes untuk kepentingan politik dan kelangsungan kuasa BN.

Kes video Linggam, yang telah didedahkan oleh Pakatan Rakyat sejak dua tahun lepas telah menunjukkan bagaiman hodoh dan rosaknya sistem kehakiman Negara. Natijahnya keadilan yang sewajarnya menjadi hak kepada sekalian rakyat begitu mudah dipermainkan apatah lagi jika ia melibatkan mereka yang mampu mempengaruhi dan membayar sebahagian hakim yang khianat dengan tanggungjawab mereka.

Manakala Parlimen yang sewajarnya digunakan untuk wakil-wakil rakyat berdebat untuk kepentingan rakyat hanya menjadi pengangguk kepada keputusan eksekutif.

Gejala rasuah yang membarah dalam pentadbiran BN telah menjadikan berbillion wang Negara di rompak dengan menyelindungkanya atas nama komisyen, duit kopi dan politik wang.

Tambah kritikal dengan konsep perkongsian BN yang penuh dengan prasangka dan prejudis perkauman antara satu sama parti komponen dan telah dilaungkan setiap kali ada masalah besar yang gagal diselesaikan oleh BN.

Prejudis perkauman yang disemai telah menyebabkan rakyat dipandu untuk memilih secara emosional dan gagal membeza antara kebaikan dan kejahatan.

Paling terkini apabila jelas rakyat mahukan undang-undang zalim ISA dihapuskan, sekonyong-konyong isu perkauman ditiup dan mula menuduh pimpinan pakatan rakyat sebagai pengkhianat melayu dan agen asing.

Setelah badai dan gelora 8 Mac menampar BN nampaknya mereka bukan mahu berubah sebaliknya terus membakar politik perkauman sempit yang bukan hanya menghancurkan ras-ras tertentu sahaja tetapi memusnahkan citra dan Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat.


Amirudin Shari
Naib Ketua AMK
ADUN Batu Caves

Sunday, August 9, 2009

Kata dulang paku serpih, dulu kata orang sekarang kau pulak lebih-lebih




Masa kita bina replika DSAI dulu di Batu Caves , semua pihak dari BN bising bagai nak rak termasuk lah mantan Mufti Perlis Dr.Asri. Sekarang kita mohon apa pulak fatwa membina replika Najib di Kuil Batu Caves. Mana puak2 BN/UMNO yang mulut bising ari tu.

Sila lihat petikan kutukan puak-puak UMNO /BN dulu :- ( dipetik dari sumber blog Kedahlanie )

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves di sini dianggap sebagai suatu pembaziran.

Replika setinggi 12.2 meter itu difahamkan, dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan para penyokong Anwar.

Komen 1

Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, wang replika itu sepatutnya disalurkan kepada golongan rakyat miskin yang lebih memerlukannya di negara ini.

Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya Anwar serta penyokongnya melaksanakan projek-projek bermanfaat untuk rakyat.

''Dalam kegawatan ekonomi kini, saya menyeru wang dimanfaat sepenuh pada tempatnya dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Komen 2

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Bernama berkata, pembinaan replika gergasi gambar penasihat PKR itu di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewa-dewakan pemimpinnya.

Beliau berkata, adalah lebih baik wang bagi membina replika itu digunakan untuk membantu rakyat miskin.

Komen 3

Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang melihat daripada perspektif Islam pula berkata, pembinaan replika gergasi gambar tersebut adalah tidak diizinkan di sisi agama.

Menurutnya, bagaimanapun tindakan itu merupakan usaha taksub yang mungkin dilakukan oleh penyokong parti tersebut yang bukan beragama Islam.

''Mereka tidak tahu hukum dalam undang-undang Islam. Jadi, saya berharap pemimpin Islam dalam PKR dapat menasihatkan penyokong mereka agar tidak membina replika sedemikian.

''Jika telah dibina, seelok-eloknya ditiadakan,'' katanya.

Komen 4

Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, tindakan parti PKR mendewa-dewakan Anwar itu jelas bercanggah dengan budaya rakyat tempatan.

Katanya, budaya masyarakat di negara ini sepatutnya memberi penghormatan kepada pemimpin secara sederhana.

''Adakah apabila negeri tertentu ditawan pembangkang, kerajaan tempatan turut memberi kelonggaran dalam membenarkan poster gergasi yang tidak mematuhi piawaian dibina?'' soalnya.

Komen 5

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan rasional replika gergasi Anwar dibina sedangkan masih terdapat rakyat miskin yang lebih memerlukan bantuan.

Malah, katanya, terdapat lebih banyak tokoh negara yang lebih layak dipamerkan dalam replika raksasa seumpama itu seperti bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

''Hakikatnya replika gergasi gambar itu sebenarnya lebih sesuai untuk memperingati jasa tokoh atau pemimpin yang meninggal dunia,'' katanya.

Tambahnya, beliau tidak percaya Anwar tidak mengetahui mengenai pembuatan replika gergasi gambar beliau.

sumber:- silembik's

Friday, August 7, 2009

Bolasepak Persahabatan Pemuda PR - 8 Ogos

Oleh: parc_arm

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan perlawanan persahabatan bolasepak Pemuda PR pada hari Sabtu ini, 8 Ogos 2009 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada jam 5 petang.

Perlawanan persahabatan ini akan melibatkan pimpinan pemuda bagi ketiga- tiga parti komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan DAP Socialist Youth (DAPSY). Diantara pimpinan pemuda PR yang dijangka hadir termasuklah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Pengerusi DAPSY, Loke Siew Fook.

DPPP menjemput seluruh rakyat Malaysia termasuk pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sama-sama hadir memeriahkan perlawanan persahabatan ini serta melihat aksi-aksi menarik pemimpin-pemimpin pemuda PR menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing dalam sukan bolasepak.

DPPP juga mengalu-alukan kehadiran petugas media untuk membuat liputan didalam perlawanan persahabatan ini yang dijangka sepak mulanya pada jam 5.15 petang.

Mohd Sany Hamzan
Pengarah
Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Sukan (DACS)
Dewan Pemuda PAS Pusat

"

Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Caves

Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Caves akan diadakan pada :-

Tarikh : 9 Ogos 2009
Masa : 3 petang
Tempat : 13-A-1, Jalan Amaniah 3, Taman Amaniah Mulia,
68100 Batu Caves

Perasmian akan disempurnakan oleh YB.Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak.
Jemput hadir.

Thursday, August 6, 2009

Kebakaran di Plaza Umno




Hampir 8 keluarga terlibat dan ditempatkan di Dewan Orang Ramai Taman Batu Caves. Pengurusan DUN telah menghulurkan bantuan awal dgn menghubungi JKM dan Zakat.

Sunday, August 2, 2009

Ironi BN - YB.Amirudin Shari

Maka segenap jentera BN melaung kebanggaan 100 hari Najib dengan 11 pengumumannya. Dikuti dengan serangan jahat dan fitnah berterusan kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Mereka tambah mendada dengan kekalahan 65 undi (tak setara mana dengan wang yang terbang) ditangan Pas dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai.

Belum sempat pun mereka menambah serangan tiba-tiba akibat kerakusan arahan kabur mereka pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin, suadara Teoh jatuh dari bangunan. Mendiang meninggal dunia dalam jeda beberapa jam sahaja sebelum mendaftarkan perkahwinannya.

Mereka berputar – putar kembali dengan menuduh Pakatan Rakyat bermain politik dengan kematian Teoh.

Sejak Mac 2008 BN yang kehilangan undi majoriti di semenanjung menjadi tidak keruan. Satu persatu tindakan mereka gagal memperbaiki pandangan rakyat bahawa Umno-BN sebuah parti korup dan penuh kesombongan. Disaat mereka sekarang cuba-cuba kembali merakyat, ankara durjana disemai dalam permaianan politik mereka dalam berhadapan Pakatan Rakyat.

Beberapa minggu selepas pilihanraya, mereka telah cuba menawar-nawar wakil pakatan untuk kerajaan campuran dan rasuah wang ringgit. Bukan sedikit laporan telah dibuat namun SPRM masih kabur atau buat tidak tahu laporan berkenaan.

Sehingga lah kes Perak menjadi batu asas mereka, untuk mengganggu dan merampas negeri yang dimenanggi Pakatan dari undi majoriti rakyat. SPRM nampaknya setelah diperkasakan ternyata sangat berkesan menakutkan, membuli dan paling kurang mencarik imej pimpinan Pakatan.

Dalam pada itu mereka melakon-lakon watak inklusif dan prihatin rakyat seperti menghapuskan PSSMI beberapa tahun lagi dan lolongan baru Najib 1 Malaysia. Namun lolongan dan lakon tetap lakonan kerana dibelakang mereka terus meniup api perkauman dan kebejatan lama mereka. Amalan rasuah yang ingin dibenteras masih terus dalam kamus tetap pemilihan Umno disamping tindakan melarikan peruntukan tetap negeri Pakatan kepada satu pejabat pembangunan persekutuan.

Kini di Selangor mereka mencuba lagi selepas kes Lembu korban. Dan kematian Teoh menjadi saksi bagaimana hilangnya pertimbangan kemanusian dan kewarasan. Khir Toyo dan beberapa juaknya menyebut kematian Teoh telah di jadikan alasan Pakatan Rakyat menutup penyelewengan. Malahan ketua penerangan Umno Selangor sering berkata dalam kutipan media bahawa kerajaan negeri tiada berbuat apa-apa sepanjang pemerintahan Pakatan.

Namun kalau kita merenung kembali fakta demi fakta setakat ini, ternyata begitu melucukan. Pembelian bendera lebih rosak dalam kacamata Umno berbanding perbelanjaan terburu-buru sebahagian besar dari 500 ribu peruntukan negeri 2008 oleh setiap Adun BN.

Centang peranang ini akan berterusan bagi kapal yang kian karam ini. Disaat melolong 1 Malaysia, api perkauman disimbah kepada awam oleh pimpinan BN dan agensi milik mereka. Disaat memghujah keperluan pencapaian, bumbung stadium berumur setahun runtuh, disaat rakyat didahulukan 4,6 billion lesap dalam dasar perlaksanaan PSSMI, disaat cuba tunjuk pimpinan pakatan seleweng, ketua pemuda Umno dipilih dari yang paling banyak memberi wang kepada perwakilan.

Dan disaat mendabik dada melakukan sesuatu membenteras rasuah, Sdr Teoh mati kerana bendera Malaysia.