Sunday, August 2, 2009

Ironi BN - YB.Amirudin Shari

Maka segenap jentera BN melaung kebanggaan 100 hari Najib dengan 11 pengumumannya. Dikuti dengan serangan jahat dan fitnah berterusan kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Mereka tambah mendada dengan kekalahan 65 undi (tak setara mana dengan wang yang terbang) ditangan Pas dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai.

Belum sempat pun mereka menambah serangan tiba-tiba akibat kerakusan arahan kabur mereka pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin, suadara Teoh jatuh dari bangunan. Mendiang meninggal dunia dalam jeda beberapa jam sahaja sebelum mendaftarkan perkahwinannya.

Mereka berputar – putar kembali dengan menuduh Pakatan Rakyat bermain politik dengan kematian Teoh.

Sejak Mac 2008 BN yang kehilangan undi majoriti di semenanjung menjadi tidak keruan. Satu persatu tindakan mereka gagal memperbaiki pandangan rakyat bahawa Umno-BN sebuah parti korup dan penuh kesombongan. Disaat mereka sekarang cuba-cuba kembali merakyat, ankara durjana disemai dalam permaianan politik mereka dalam berhadapan Pakatan Rakyat.

Beberapa minggu selepas pilihanraya, mereka telah cuba menawar-nawar wakil pakatan untuk kerajaan campuran dan rasuah wang ringgit. Bukan sedikit laporan telah dibuat namun SPRM masih kabur atau buat tidak tahu laporan berkenaan.

Sehingga lah kes Perak menjadi batu asas mereka, untuk mengganggu dan merampas negeri yang dimenanggi Pakatan dari undi majoriti rakyat. SPRM nampaknya setelah diperkasakan ternyata sangat berkesan menakutkan, membuli dan paling kurang mencarik imej pimpinan Pakatan.

Dalam pada itu mereka melakon-lakon watak inklusif dan prihatin rakyat seperti menghapuskan PSSMI beberapa tahun lagi dan lolongan baru Najib 1 Malaysia. Namun lolongan dan lakon tetap lakonan kerana dibelakang mereka terus meniup api perkauman dan kebejatan lama mereka. Amalan rasuah yang ingin dibenteras masih terus dalam kamus tetap pemilihan Umno disamping tindakan melarikan peruntukan tetap negeri Pakatan kepada satu pejabat pembangunan persekutuan.

Kini di Selangor mereka mencuba lagi selepas kes Lembu korban. Dan kematian Teoh menjadi saksi bagaimana hilangnya pertimbangan kemanusian dan kewarasan. Khir Toyo dan beberapa juaknya menyebut kematian Teoh telah di jadikan alasan Pakatan Rakyat menutup penyelewengan. Malahan ketua penerangan Umno Selangor sering berkata dalam kutipan media bahawa kerajaan negeri tiada berbuat apa-apa sepanjang pemerintahan Pakatan.

Namun kalau kita merenung kembali fakta demi fakta setakat ini, ternyata begitu melucukan. Pembelian bendera lebih rosak dalam kacamata Umno berbanding perbelanjaan terburu-buru sebahagian besar dari 500 ribu peruntukan negeri 2008 oleh setiap Adun BN.

Centang peranang ini akan berterusan bagi kapal yang kian karam ini. Disaat melolong 1 Malaysia, api perkauman disimbah kepada awam oleh pimpinan BN dan agensi milik mereka. Disaat memghujah keperluan pencapaian, bumbung stadium berumur setahun runtuh, disaat rakyat didahulukan 4,6 billion lesap dalam dasar perlaksanaan PSSMI, disaat cuba tunjuk pimpinan pakatan seleweng, ketua pemuda Umno dipilih dari yang paling banyak memberi wang kepada perwakilan.

Dan disaat mendabik dada melakukan sesuatu membenteras rasuah, Sdr Teoh mati kerana bendera Malaysia.

No comments: