Friday, August 7, 2009

Bolasepak Persahabatan Pemuda PR - 8 Ogos

Oleh: parc_arm

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan perlawanan persahabatan bolasepak Pemuda PR pada hari Sabtu ini, 8 Ogos 2009 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada jam 5 petang.

Perlawanan persahabatan ini akan melibatkan pimpinan pemuda bagi ketiga- tiga parti komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan DAP Socialist Youth (DAPSY). Diantara pimpinan pemuda PR yang dijangka hadir termasuklah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Pengerusi DAPSY, Loke Siew Fook.

DPPP menjemput seluruh rakyat Malaysia termasuk pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sama-sama hadir memeriahkan perlawanan persahabatan ini serta melihat aksi-aksi menarik pemimpin-pemimpin pemuda PR menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing dalam sukan bolasepak.

DPPP juga mengalu-alukan kehadiran petugas media untuk membuat liputan didalam perlawanan persahabatan ini yang dijangka sepak mulanya pada jam 5.15 petang.

Mohd Sany Hamzan
Pengarah
Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Sukan (DACS)
Dewan Pemuda PAS Pusat

"

No comments: