Saturday, February 28, 2009

Isteri YB.Amirudin adakan pertemuan dengan Ibu Tunggal




tarikh : 28 Februari 2009
Tempat : Pusat Khidmat ADUN, balai Penghulu Mukim Batu

Skim MUE Fasa ke 2






Seramai 14 penerima sumbangan Skim MUE fasa ke 2 di DUN Batu Caves. Sumbangan disampaikan oleh YB.Amirudin Shari. Turut hadir ADO Gombak Encik Sahimin, Ustaz Hasbullah, Encik N.Gopalan, Pengarah DUN Batu Caves Encik Saharudin Hj Abu Bakar, Ketua Kampung Nakhoda Ustaz Zakaria, ahli-ahli parti dan penduduk setempat.

Program Sumbangan Skim MUE fasa ke 2 DUN Batu Caves





Friday, February 20, 2009

Berita Negeri

SPRM perlu profesional, jangan double standards dalam laksana tanggungjawab - Peguam MB Selangor
Muhammad Arif Ismail

Sat | Feb 21, 09 | 10:46:39 am MYT
SHAH ALAM, 21 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui peguam beliau, Sankara N Nair mengesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak profesional dalam isu kereta dan lembu. Iklan

"Sebagai peguam kepada Menteri Besar Selangor, saya sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Ahmad Said Hamdan.

"Kononnya telah mendapat bukti-bukti yang sahih berhubungan dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam isu pembelian kereta dan lembu," kata beliau dalam satu sidang media di Bangunan Sultan Abdul Salahuddin Abdul Aziz Shah (SASAA), tingkat 20 media petang semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei.

Menurut beliau, sudah menjadi amalan SPRM yang selama ini tidak mendedahkan pada umum hasil siasatan yang dijalankannya.

Bagaimanapun katanya, badan itu kini telah lari dari matlamat asal penubuhannya untuk mencegah rasuah serta mengamalkan sikap 'double-standards'.

Beliau juga mempersoalkan kenapa Ketuanya, Dato' Ahmad Said Hamdan tidak membuat perkara yang sama apabila siasatan terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Tindakan SPRM itu harus dipandang berat kerana anak guamnya merupakan seorang ahli politik pembangkang, ditonjolkan imej agar kelihatan bersalah dimata rakyat sebelum dibicarakan di mahkamah," tegasnya.

Sementara itu, Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata, beliau dinasihatkan tidak boleh membuat sebarang komen dan kenyataan hanya boleh dibuat melalui peguamnya, S N Nair.

Dalam sidang media yang sama, Teresa Kok berkata kenyataan yang dibuat oleh Ketua SPRM itu berbaur politik dan 'double-standards'.

"Apa yang berlaku di sini mempunyai kaitan dengan keadaan yang berlaku di Perak, menunjukkan sokongan terhadap BN menurun akibat perbuatan mereka sendiri.

"Tindakan terhadap Abdul Khalid itu juga dilihat ada kaitan dengan pendedahan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam, mengenai taktik yang digunakan oleh BN untuk memujuk wakil rakyat Pakatan supaya bertukar parti," katanya.

Dalam pada itu, Ronnie Liu ketika ditemui menyifatkan kenyataan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Ahmad Said Hamdan sebagai sampah.

"Kerana sebagai ketua beliau sudah diberitahu oleh pegawai bahawa kereta peribadi Lexus yang digunakan oleh MB itu telah digunakan sebagai kenderaan rasmi. Segala kos penyelengaraan kenderaan itu sudah mendapat keizinan dari Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Arif Abd. Rahman," katanya. - mns_

Kempen Prihatin Mata Pusat Khidmat ADUN Batu Caves






Terkini : jam 3.21 ptg.
Sejak dari pagi lagi, bertali arus warga Batu Caves datang bagi mendapatkan pemeriksaan mata secara percuma. Harga untuk bingkai pun mendapat harga istimewa. Kempen secara kerjasama dengan syarikat Vista Wave Management mendapat sambutan diluar jangkaan. Sekarang jam baru 3.25 ptg sambutan masyarakat semakin ramai.

Berita Negeri

Isu MB Selangor, pelik Pengerusi SPRM seolah-olah dahului Peguam Negara
WAN NORDIN WAN YAACOB
Sat | Feb 21, 09 | 1:07:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - PAS Selangor terperanjat apabila membaca kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato' Seri Ahmad Said Hamdan bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibarhim. Iklan

Dalam kenyataan tersebut Pengerusi SPRM menjelaskan bahawa pihaknya telah pun menyerahkan kertas siasatan terhadap Khalid kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir.

"Mengapakah hasil kertas siasatan yang belum pun disemak dan diluluskan pendakwaan oleh pihak Pejabat Peguam Negara didedahkan kepada pengetahuan umum?," katanya.

Walaupun mungkin ianya kes berprofil tinggi namun kewajaran untuk pendakwaan belum pun diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara tetapi hasil kenyataan SPRM ini Khalid seolah telah digambarkan sebagai penjenayah, tegas beliau.

PAS Selangor kesal dengan perkembangan ini dan memandang ianya sebagai sebahagian dari rangkaian usaha untuk menyerang dan memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat setelah "politk pintu belakang" digunakan untuk merampas kuasa kerajaan PR di Perak, ujarnya.

PAS Selangor bersimpati dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Khalid selaku MB Selangor, katanya.

Beliau juga menambah, poihaknya mengharapkan agar proses undang-undang yang adil dan saksama akan diberikan kepada beliau dan malah yakin yang dakwaan terhadap MB ini tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

PAS Selangor akan terus berpegang teguh kepada falsahfah bersih, maju dan berkebajikan yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat khasnya kerajaan Selangor kini dan yakin bahawa komitmen semua pihak dalam hal ini akan memastikan Selangor terus selamat dan sejahtera dengan sokongan dan dokongan penuh rakyat jelata./wannor

YB.Amirudin di Surau Al-Ehsan


Dalam kesibukan masa beliau, YB.Amirudin sempat bersembahyang berjemaah di Surau Al-Ehsan Kg Baru Batu Caves. Beliau turut membaca yasin dan bertahlil bersama jemaah. Pada siang tadi, beliau sempat bersembahyang jumaat di Masjid Sg Tua bersama YB.Azmin Ali.

"Banyak tima kasih YB"- Paruwathy


"Saya ingin cakap, manyak tima kasih sama YB.Amirudin sebab kerana dia saya dapat bantuan JKM. Saya sudah lama mintak sejak wakil rakyat BN tapi tarak dapat. Bila YB. Amirudin kasi sokongan baru saya dapat. Manyak tima kasih. Siapa saya kalau YB.tarak kasi saya".

Demikian luahan hati seorang ibu tunggal berbangsa india Auntie Paruwathy yang melahirkan rasa terima kasih kepada YB. Amirudin atas bantuan beliau mendapatkan bantuan JKM. Auntie Paruwathy antara sekian banyak insan yang telah mendapat sokongan dan bantuan Yb.Amirudin .

Monday, February 16, 2009



Beberapa bulan yang lalu jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dilaporkan sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM 26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008.

Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

Menurut YB Haniza Talha, salah seorang Exco kerajaan Selangor, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac tahun 2008.

Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.

Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini.

Dalam persidangan pertama dewan itu Mei 2008, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta di atas) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.

Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya.

Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.

Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Tuesday, February 10, 2009

SMA 2008 : Bilangan Calon Cemerlang Meningkat

SHAH ALAM, 5 Februari - Keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama(SMA) tahun 2008 di negeri ini menunjukkan peningkatan dalam bilangan dan peratusan calon yang cemerlang.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato’ Mohammed Khusrin Munawi ketika mengumumkan keputusan itu berkata, pada tahun 2007, seramai 196 calon atau 9.6 peratus telah memperoleh keputusan cemerlang (mumtaz).

“Pada tahun 2008, bilangan dan peratusan calon cemerlang telah meningkat kepada 262 orang atau 10.7 peratus,” kata beliau kepada pemberita semasa mengumumkan keputusan SMA 2008 di Bilik Kuliah, Pusat Pembangunan Keluarga Islam, Jais,di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam, Jais, Amir Danuri.

Menurut beliau, keputusan keseluruhan peperiksaan SMA juga menunjukkan peningkatan dari segi peratusan iaitu sebanyak 2.4 peratus.

“Peratusan tahun 2008 telah memperlihatkan peningkatan kepada 82.5 peratus berbanding tahun 2007 sebanyak 80.1 peratus,” katanya yang turut mengumumkan Sekolah Agama Menengah Bestari, USJ 5, Subang Jaya sebagai sekolah terbaik dari segi keseluruhan SMA di negeri ini.

Sementara itu, Aliyah Ahmad Bahari, dari Sekolah Agama Menengah Bestari, USJ 5, Subang Jaya dan Muhammad Ihsan Khalib Jaafar dari SAMT Hisamuddin Jalan Kota Raja Klang terpilih sebagai pelajar cemerlang bagi tahun 2008.- MURIZA ABDUL HAMID

Skim MUE






Skim Mesra Usia Emas diteruskan di DUN Batu Caves. Seramai 7 keluarga lagi menerima skim ini menjadikan setakat ini telah 22 keluarga warga emas yang meninggal dunia menikmati skim ini.

Program Kursus Kecemerlangan Pengurusan Inskeps






YB.Amirudin dijemput menjadi salah seorang ahli panel di kursus yang dinyatakan. Kursus di adakan di Ampang Pecah manakala peserta terdiri dari pelajar Unisel dan Kuis. Ini diadakan sebagai pendedahan kepada polisi dan agenda PR.

YB.Amirudin melawat NGO memberi makanan percuma kepada 100,000 penganut hindu sempena Thaipusam





YB. Amirudin di Perayaan Thaipusam






Sumbangan air percuma PR sempena Thaipusam. 50,000 gelas air dan 10,000 air mineral disumbangkan kepada penganut hindu. Anjuran Pejabat YB.Amirudin dan Pejabat YB.Dr. Xavier, Exco Negeri Selangor. Turut hadir YB.William Leong, YB.Manikavasagam dan YB. Elizabeth Wong. Buah-buahan juga turut disumbangkan.