Thursday, September 3, 2009

Beberapa Keistimewaan MB Selangor


1. Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyangka suatu hari beliau akan menjadi Yang Berhormat dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor. Mungkin beliau tidak pernah terfikir akan hal ini. Tetapi hari ini itulah kenyataannya, dan beliau merupakan MB yang popular dalam Pakatan Rakyat.

2. Beliau sebenarnya sudah sekian lama menjadi orang korporat dengan memimpin PNB yang bertanggungjawab ke atas amanah saham-amanah saham yang ditaja oleh kerajaan. Namun kemudian beliau meninggalkan PNB dan menjadi tokoh pula dalam Guthrie.

3. CEO Terbaik 1997 anugerah Majalah Business Times ini dilahirkan pada 1946 Di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram Kuala Selangor. Beliau belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Beliau memperoleh ijazah BA Hons dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

4. Pembabitannya dalam politik bermula dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan menjawat jawatan Bendahari PKR serta Ketua Perhubungan PKR Selangor. Buat pertamakalinya beliau menyertai Pilihan Raya Kecil Ijok pada April 2007, tetspi tewas. Percubaan seterusnya pada PRU ke 12 dan beliau menang di Ijok atas tiket PKR dan Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Akhirnya dengan persetujuan anggota Pakatan Rakyat beliau dicalonkan menjadi MB Selangor dan pihak Istana memperkenankannya.

5. Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi MB Selangor hingga sekarang. Beliau ditohmah membelakangkan orang Melayu pada pelantikan pemangkuan Madam Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar PKNS. Dengan hujah dan alasan yang kuat, akhirnya tohmahan itu dapat ditepisnya dan isu itu selesai dengan tamatnya pemangkuan Madam Low.

6.Tidak selesai dengan isu PKNS, beliau dituduh pula menggunakan wang kerajaan untuk membiayai lembu korban di Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Namun Tan sri Khalid dapat menangkis serangan puak-puak UMNO-BN dengan menyatakan memang ada peruntukan sedemikian dan Menteri Besar terdahulu pun pernah menggunakannya. Akhirnya isu itu tenggelam begitu sahaja.

7. Selanjutnya beliau dituduh pula menggunakan wang kerajaan untuk membaikpulih kereta peribadi. Bila beliau menjelaskan memang ada peruntukan sedemikian, serangan UMNO-BN itu dapat ditenggelamkannya.

8.Isu terbaru adalah kepala lembu yang diletakkan di hadapan pejabat SUK Selangor sebagai protes pemindahan tapak kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Difahamkan isu ini sebenarnya didalangi oleh UMNO-BN dalam cubaan untuk mencetuskan isu perkauman di Selangor seterusnya merampas kembali Negeri Terkaya itu dari Pakatan Rakyat. Namun sehingga kini UMNO-BN gagal berbuat demikian apabila Tan Sri Khalid bijak menanganinya dan ia tidak menjadi isu besar yang membawa padah.

9. Selain itu, banyak usaha-usaha dilakukan oleh beliau untuk meningkatkan kepercayaan rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat, seperti memberi subsidi air bagi 20 meterpadu yang pertama secara percuma, imbuhan wang kepada pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA, imbuhan kepada ibu-ibu yang bersalin dan berbagai-bagai kemudahan sebagai keprihatinan beliau kepada rakyat Selangor.

10. Apa yang dihadapi dan dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim menarik perhatian, kerana semua persoalan dapat ditanganinya di samping menjadikan beliau antara MB Pakatan Rakyat yang mempunyai kedudukan yang istimewa dan tersendiri dalam kelasnya. Mudah-mudahan beliau akan terus tetap teguh bertahan walaupun diserang bertubi-tubi oleh UMNO-BN yang memang teringinkan kembali Negeri Selangor ini.

Dan memang ironis bila kita teringat MB terdahulu menghadiahkan sebatang penyapu kepada seorang Yang DiPertua Majlis Perbandaran, kini Tuhan telah membalasnya di dunia lagi dengan terlepasnya Selangor ke tangan Pakatan Rakyat, dan terbukanya banyak pekungnya sendiri di samping cubaan yang gagal untuk setiapkali memporakperandakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Untuk itu, tahniah diucapkan kepada MB Selangor, semoga Yang Berhormat akan tetap terus tabah menghadapi cabaran demi cabaran.

Doa Tok Guru -

“YA ALLAH ENGKAU HANCURKANLAH MEREKA YANG MEMBUAT FITNAH KERANA PERBUATANNYA INI BOLEH MEMUDARATKAN UGAMA MU DAN NEGARA INI DAN ENGKAU SELAMATKANLAH HAMBAMU YANG BENAR DARI MENJADI MANGSA FITNAH"
Tok Guru -

No comments: