Dua Exco dan Seorang Adun Anggotai Lembaga Pengarah PKNS
Wednesday, 04 February 2009 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 4 Februari- Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pelantikan tiga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang baru.
Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang juga Ahli Parlimen Gombak dilantik untuk menerajui anak syarikat kerajaan negeri itu.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah membuat keputusan untuk melantik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abd Samad dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan MMKN di sini, petang tadi.
Menurutnya, kerajaan negeri yakin dan percaya pelantikan ketiga-tiga mereka dapat membantu membawa PKNS mencapai matlamat asal dalam memberi fokus kepada perniagaan pembangunan hartanah di samping meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat serta memacu PKNS ke tahap lebih tinggi.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menjemput semua warga Selangor untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat negeri yang akan diadakan di kawasan lapang sebelah pusat membeli belah Sunway Pyramid, Sabtu ini.
Menurut Ronnie, pelbagai persembahan menarik disediakan sepanjang program itu berlangsung.
“Program ini bermula jam 5.00 petang dan akan berakhir pada jam 10.00 malam,” katanya.-MURIZA ABDUL HAMID
Friday, February 6, 2009
Wednesday, February 4, 2009
Selangor Mahu Lahirkan Tenaga Kerja Mahir Berpengetahuan
SHAH ALAM, 31 Januari - Selangor berhasrat melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan berpengetahuan yang dapat menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.
Justeru, kerajaan negeri sudah mengorak langkah dengan memfokuskan usaha melahirkan modal insan yang berkemahiran, mampu berfikir serta bertindak lebih kreatif dan inovatif.
Demikian dinyatakan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapannya pada Majlis Konvokesyen kali ke-13 Inpens International College (Inpens) hari ini.
Menurutnya, kewujudan pusat latihan kemahiran seperti Inpens yang dimiliki kerajaan negeri boleh mempercepat usaha mencapai hasrat berkenaan.
“Pusat-pusat pendidikan kemahiran seperti Inpens ini bukan sahaja mampu melahirkan pekerja mahir dan berpengetahuan, tetapi turut membantu mengatasi masalah keciciran pelajar dalam pendidikan,” katanya.
Seramai 458 graduan Inpens menerima diploma dan sijil masing-masing daripada Abdul Khalid pada majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pagi tadi.
Daripada jumlah itu seramai 87 orang menerima diploma dan sijil akademik sementara 371 lagi menerima sijil kemahiran.
Beberapa pelajar cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum turut mendapat penghargaan menerusi enam anugerah yang disediakan iaitu Anugerah Khas Menteri Besar, Anugerah Yayasan Selangor, Anugerah Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Anugerah Cemerlang Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Anugerah Industri Automatif dan Anugerah Presiden.
Anugerah tertinggi pelajar iaitu Anugerah Khas Menteri Besar diterima graduan Diploma Mekatronik, Ridhwan Ishak dan pemegang Sijil Juruteknik Sistem Komputer, Zakri Zainal. - NOOR ALLIA KASSIM

Friday, January 30, 2009
Al-Fatihah
Banjir Kilat
Banjir kilat yang sering melanda Kg laksamana selama ini dijangka akan dapat diselesaikan sedikit masa lagi. Kelulusan telah diperolehi dari MPS bagi memperbesarkan longkang yang tidak dapat menampung air yang banyak. Ahli Majlis MPS bagi Zon 13, Ustaz Hasbullah telah mengesahkan perkara tersebut. Jalan Laksamana 2,4, 6 dan 10 yang kerap banjir akan dapat terlibat dalam pembesaran longkang.

Sekitar Penyerahan Wang Saguhati Setinggan Komersil Projek Keretapi Elektrik Sentul - Batu Caves
Masalah setinggan komersil yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi elektrik dari Sentul ke Batu Caves telah berjaya diselesaikan . Masalah yang berlarutan agak sekian lama sejak di zaman BN lagi telah diselesaikan dengan pemberian saguhati kepada 8 peniaga terbabit. Wang saguhati ini hasil dari persetujuan 3 pihak iaitu syarikat YTL, pejabat ADUN Batu Caves dan MPS. Ini semata-mata bagi membolehkan projek yang tertangguh agak lama dapat dijalankan dengan lancar. Projek ini dijangka siap mei 2009 namun disebabkan 8 peniaga ini, ianya terlewat tersasar dari matlamat asal.
Alhamdullillah akhirnya berjaya diselesaikan dengan cara baik dan berhikmah. Terima kasih kepada peniaga yang akur juga dengan keputusan semua pihak.
Wednesday, January 28, 2009
Klinik Solat Remaja DUN Batu Caves
Monday, January 26, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)