Sunday, November 23, 2008

Suara Azmin Ali - Ahli Parlimen Gombak


Minyak Turun, Harga Barang Keperluan Masih Mahal..

Penurunan harga minyak secara berperingkat tidak memberi kesan positif kepada ekonomi negara kerana harga barang tetap kekal tinggi ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional beberapa bulan lalu. Walaupun penurunan secara berperingkat telah dilakukan yang kini sudah masuk kali kelima seperti yang diumumkan baru-baru ini tidak menyebabkan sebarang perubahan terhadap barang keperluan pengguna.

Walaupun kerajaan menggandakan usaha termasuk mendesak pembekal menurunkan harga, namun langkah tersebut tidak memberi sebarang impak dan dilihat sudah tidak boleh dikawal lagi.

Kerajaan boleh mengadakan pelbagai kempen dan memujuk penjual menurunkan harga barangan, namun adakah sola perlaksanaan dan penguatkuasaan berada dalam tahap efektif walaupun kerajaan membelanjakan begitu banyak untuk tujuan berkenaan.

Oleh sebab itu, kami Pakatan Rakyat menyarankan kepada kerajaan agar mengkaji dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan dan dasar bagi mengelakkan perkara sebigini tidak berulang lagi.

Azmin Ali.

No comments: