Sunday, November 2, 2008

Replika DSAI di turunkan akhirnya




Pada ahad 2 nov, pihak kita telahpun menurunkan replika DSAI yang mencetuskan kontroversi di kalangan puak-puak UMNO/BN. Walaupun permit hanya akan berakhir pada 4 nov tetapi kita ambil keputusan untuk menurunkannya awal kerana 4 nov waktu kerja. Bukan bermakna kita tewas dengan desakan UMNO/BN tetapi kita merasakan matlamat kita telah tercapai iaitu untuk tujuan pernghargaan kepada masyarakat DUN Batu Caves sempena Hari Raya dan Deepavali.

Tahniah saya ucapakan kepada mereka yang terbabit atas usaha dan penat lelah mereka dan juga tahniah kerana kita tak mudah melatah akan karenah dan sikap kebudak-budakkan UMNO/BN dan mufti Perlis . UMNO/BN tak pernah belajar dari kesilapan walaupun mengalami tsunami 8 mac 2008.

6 comments:

hamdy said...

salam,

>>akan karenah dan sikap kebudak-budakkan UMNO/BN dan mufti Perlis

kalau u kata mufti perlis tu kebudak budakan, then memang le u jenis kurang ajar. So YB muda, ingat ingat sikit diri. Bukan semua penyokong PR bersetuju dgn tindakan bodoh mendirikan replika anwar itu walaupun ramai yg menyokong anwar. Patut patutlah kalaupun taksub pada anwar.

Now, u boleh argue dari segi hukum kerana memang dlam bab ni ada khilafnya, tapi dari segi politik samada u terlalu bijak atau terlalu bodoh. Mungkin kerana terlalu nak lambung anwar, penyokong PR tiba tiba menerima unnecesarry criticism.

Pandang pandang laa belakang sedikit.

deMahdali said...

Salam...

Apa beza YB PKR ne dgn YB2 UMNO ye? Mcm same je. Tak de langsung nak hormat kat institusi agama.

Mohd Shahril said...

Rileksla bro.. mufti perlis tu bukan la baguih sangat. die cume gila glamer je. cume menyentuh isu yg hangat2 je. sememangnya saya menyokong yg mufti perlis tu prangai cam budak tadika.. bagi komen tanpa usul periksa pasal replika nih.. cehh memalukan agame je.

mohd razali said...

lek la wei.. aku rasa korang tak paham apa yg y.b cuba katakan.. dari apa yang aku paham aku dapati ayat "kebudak budakkan " tu bukan dituju pada mufti tu.. tapi umno... baca la balik.. n pahamkan berul betul sebelum bagi komen

Perokok Soleh said...

salam....
pakcik,kang sy kata xsetuju ngan pakcik..
pakcik kata saya UMNO..
atau budak mentah..adess
xkisahlah apa pangkat pokcik..
yg penting bila mati kita serupa..
pokcik jadi mayat yg biasa..
dan kalo sy sempat hafaz quran sy akan jadi mayat xreput,insyaallah..
huhuhu.....~~~
pokcik,biar kalah pada UMNO dalam bab nie sebab memang pkr yg salah..
dan salah tetap salah..
xpayah la kerasa kepala k,
nak cerita pasal khilaf dll..
pacik blaja usul fiqh?
kalo xblaja senyap k..
mufti tue berckp sebb dia blaja..
pokcik oh pokcik..
pemimpin bukan dipandang pada kemengnnya dipilihanraya tetapi dipandang pada....(sambung sendiri)

ps:saya bdk masih blajar.
jangan la tarik scholarship sy k..
huhuhu..nanti kalo mati ALLAH akan tnya pokcik,
ingat tue...

papai pokcik yg berjaya menjadi pemimpin yg bakal disoal ALLAH diakhirat kelak...

-mohd razali..
aku rasa ko yg xbaca betul2x kot..
baca elok2x..
jangan bicara tentang perjuangan kalo takut pada risiko...!!!

-mohd shahril,
bagus la..
ckp pasal mufti tue,
dia tue da hafaz quran..ko??
wlau dia wahabi,dia masih ada pegngn agama dan ilmu agama..
kater orng dia yg lebih bodoh...
so,respect sikit..
xguna respect pada pemimpin kalo ulama dihina..dapat???

pentingkan perkara yg lebih penting dari perkara yg xpenting..

tokasid said...

Salam buat YB Amirudin:

1- Dalam hal 'mendewa-dewa'kan pemimpin bagi saya PKR dan UMNO sama saja tiada bezanya melainkan pemimpin yang di dewa-dewakan berbeza. Kalau di Batu Caves PKR menaikkan replika DSAI, UMNO/BN pula menaikkan segala signboard dan iklan di serata pelusuk negara dgn wajah2 pemimpin mereka baik di highway ataupun mana2 kota dan bandar. Jadi dari segi ini adalah tidak wajar UMNO memprotes isu ini. Itu dari segi politiknya.

2- Mufti Perlis mempersoalkan isu ini dari sudut Islam. Sebagai insan yang di beri kelebihan ilmu oleh ALLAh, komen beliau adalah konsisten sama seperti bangkangan beliau terhadap Tugu Negara. Beliau telah menjalankan tugas beliau dengan memberi nasihat dan pandangan.Dari segi amanah ilmu tanggungjawab beliau sudah di tunaikan. Bagi uylama yang mengetahui tetapi tidak 'berani' bersuara, itu adalah antara mereka dengan ALLAH nanti(jika mereka tidak amanah dgn ilmu mereka).
Jadi saya rasa adalah tidak wajar YB melabelkan mufti Perlis sebagai kebudak-budakan kerana menegur perbuatan ahli parti YB, sedangkan beliau jugak mengkritik UMNO/BN,PAS dan beberapa institiusi 'ugama' milik kerajaan BN.

Ada juga tukang komen yang mengomen ktanya mufti gila glamour dsbnya. Adakah anda mengenali Dr MAZA secara peribadi utk mengatakan demikian?Pernah anda berbual dengan beliau?Pernah anda mengikuti kuliah2 beliau utk membuat konklusi begitu? Jika tidak tolong berhati-hati kerana itu fitnah namanya. Jangan hanya kerana pandangan seseorang tidak selari dengan hasrat kita,kita fitnah orang yg memberi nasihat ugama kepada kita.

Ada yang kata mufti Perlis itu Wahabi. Apa itu Wahabi yang di maksudkan? Adakah kerana mahu menghidupkan sunnah2 dgn dalil2 soheh mesti di gelar wahabi?

3-YB Amirudin: harus kita ingat, walaupun sebagai wakil rakyat, YB adalah Muslim first and YB later. YB boleh membangkang komen2 politik atau sosial tetapi berhati-hati dgn nasihat2 agama yang di berikan walau tidak selari dengan hasrat peribadi atau hasrat politik kita.