Tuesday, January 20, 2009

Program Motivasi Pelajar Lepasan UPSR dan Ibubapa DUN Batu Caves




Telah diadakan pada 29 Disember 2008 lalu. Dihadiri oleh seramai hampir 200 pelajar dan ibubapa pelajar. Anjuran Pejabat ADUN Batu Caves mendapat kerjasama PEPIAS UIA. Juga di beri motivasi oleh Pakar Motivasi dari UniKL Ustaz Farhan.Ini sebagai satu persiapan pelajar lepasan UPSR menghadapi alam sekolah menengah.

Sunday, January 18, 2009

Skim Warga Usia Emas






Alhamdullillah, sehingga kini 16 keluarga telahpun menerima sumbangan Skim Warga Usia Emas di DUN Batu Caves. Tetapi menghadapi sedikit masalah di peringkat pejabat Daerah yang menghadapi masalah teknikal. Walaubagaimanapun difahamkan oleh pihak Rangtaian Mesra Sdn. yang mengendalikkan skim warga Emas , skim ini akan kembali lancar selewat-lewatnya bulan feb atau mac depan.

Berita Negeri

Toyota Camry Dibeli Atas Faktor Kos

KUALA SELANGOR, 11 Januari – Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa pembelian 15 buah kereta Toyota Camry untuk kegunaan rasmi kerajaan negeri dibuat berdasarkan sebut harga bukannya menerusi tender terbuka.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah pun meneliti semua sebut harga daripada beberapa buah syarikat kenderaan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Selepas meneliti semua sebut harga syarikat kenderaan terbabit, kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk membeli Toyota Camry atas faktor kos dan penyenggaraan,”ujarnya yang melihat melihat penggunaan Toyota Camry lebih stabil dan praktikal disebabkan harganya telah ditetapkan kerajaan persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Gotong- Royong Serentak Negeri Selangor di Taman Sentosa, Bestari Jaya di sini, pagi tadi.

Mengulas mengenai 15 kereta itu, Abdul Khalid berkata ianya akan diserahkan secara berperingkat-peringkat bagi kegunaan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan tiga pegawai tinggi kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Menurut beliau, Proton Perdana V6 Eksekutif yang digunakan sebelum ini akan dijual menerusi sistem tender terbuka.

Sementara itu, Abdul Khalid hari ini hadir merasmikan Majlis Gotong- Royong Serentak Negeri Selangor yang diadakan buat pertama kali di seluruh Selangor.

Beliau berkata antara objektif utama gotong royong tersebut adalah untuk menjadikan seluruh negeri ini lebih bersih dan indah selain bebas daripada pelbagai penyakit.

“Kita hendak ingatkan kebersihan itu hanya akan berlaku jika kita anggap kebersihan itu satu amalan bukan hanya setahun sekali kita bersihkan tapi setiap masa.

“Oleh sebab itu salah satu daripada usaha yang kita lakukan ialah galakkan ahli majlis di setiap daerah yang sudah kita tempatkan di kawasan-kawasan mereka untuk menolong, memantau dan bekerjasama dengan penduduk dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah kebersihan yang lain selain masalah yang dihadapi masyarakat setempat,” katanya yang turut berharap program itu akan dilakukan daripada semasa ke semasa selepas ini. – MURIZA ABDUL HAMID

Wednesday, December 17, 2008

Dari akhbar Sinar Harian


Menghadiri majlis Kahwin beramai-ramai masyarakat orang asli di Masjid Amaniah


Sumbangan Mesra Usia Emas di Kg Nakhoda

Friday, December 12, 2008

Daulat Tuanku

Ekspo Selangor Ria 13 Dis - 21 Dis

Berita Dari Negeri

Kerajaan Selangor anjur forum terbuka untuk penduduk Bukit Antarabangsa
Muhammad Arif Ismail

Thu | Dec 11, 08 | 11:43:26 am MYT
SHAH ALAM, 11 Dis (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk mengadakan satu forum terbuka bagi penduduk Bukit Antarabangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Sabtu lalu. Iklan

"Forum ini akan diadakan pada awal bulan Januari atau selepas 17 Januari ini," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, semalam.

"Forum ini akan melibatkan penduduk di kawasan perumahan, para profesional dalam pembinaan dan pembangunan cerun bukit, NGO dan badan kerajaan yang terlibat.

"Antara perkara yang akan dibincangkan ialah bagaimana cara untuk mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh.

"Oleh itu, mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini telah menjemput seorang jurutera profesional untuk memberi khidmat nasihat dalam pengurusan dan pembangunan cerun bukit," kata Abdul Khalid.

Dalam pada itu, beliau juga ditanya adakah kerajaan negeri sekarang tidak boleh membatalkan sebarang projek cerun yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu.

"Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan projek pembangunan di cerun-cerun bukit, cuma kerajaan negeri hanya mampu untuk memantau dengan teliti sesuatu projek pembangunan di cerun supaya tidak timbul sebarang masalah" jawab beliau. _