Friday, July 9, 2010

Friday, July 2, 2010

BN salah guna agensi cuba tumbang k'jaan S'gor'
Joseph Sipalan
Jul 2, 10
7:38pm
Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam “bermotifkan politik”.

"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini.

Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.

Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno.

Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut.

Tuesday, June 22, 2010

Sekitar Banjir Di Kg Laksamana

Tarikh      : 21 Jun 2010
Jam         : 3 - 6 ptg
Kejadian :  Banjir Kilat
Lokasi    :  Jalan 6/2, 6/3, 6/4





Remaja Batu Caves ke SUKMA Melaka

2 pasukan yang berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Bolasepak Piala YB.Amirudin Shari, Adun Batu Caves telah dibawa menyaksikan perlawanan Akhir Bolasepak SUKMA Melaka antara Selangor dan Terengganu di Stadium Hang Tuah, Melaka. Walaupun Selangor tewas dalam pertandingan akhir tersebut, namun remaja ini berpuas hati kerana dapat menyaksikan secara langsung pertandingan ini.






Pertukaran di pejabat MB Selangor
Jun 23, 10 12:20pm
Pejabat Menteri Besar Selangor membuat pertukar berikutan perletakan jawatan setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim - Nik Nazmi Nik Ahmad, berkuatkuasa 1 Julai ini.

Nik Nazmi (kanan, berbaju putih) adalah antara perwakilan paling muda apabila dipilih sebagai calon untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri Seri Setia pada pilihan raya umum 2008 ketika hanya berusia 26.

Adalah dipercayai beliau akan diberikan jawatan dalam PKR.

Tempat Nik Nazmi akan digantikan oleh Faekah Husin, setiausaha politik kepada presiden PKR.

Peguam lulusan Universiti Malaya ini berkhidmat kepada Datuk Seri Wan Azizah sejak 2003 dan masih menyandang jawatan berkenaan sehingga tempatnya diganti.

Belia
u mula menyertai PKR pada 1999, selain terlibat menubuhkan PKR Cabang Kuala Langat dan memikul jawatan Ketua Wanita PKR Selangor sehingga kini.

Pelantikan itu diumumkan Khalid semasa majlis bersama media di Shah Alam, semalam.

Beliau juga mengumumkan bahawa Badrul Amin Baharon akan dinamakan sebagai ketua penerangan baru kerajaan negeri.

Sementara itu, Nik Nazmi dalam ucapannya menafikan wujudnya pergeseran antara beliau dan Khalid.

“Saya menganggap beliau seperti bapa saya sendiri,” katanya.