Pertukaran di pejabat MB Selangor | ||
|
Pejabat Menteri Besar Selangor membuat pertukar berikutan perletakan jawatan setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim - Nik Nazmi Nik Ahmad, berkuatkuasa 1 Julai ini. Adalah dipercayai beliau akan diberikan jawatan dalam PKR. Tempat Nik Nazmi akan digantikan oleh Faekah Husin, setiausaha politik kepada presiden PKR. Peguam lulusan Universiti Malaya ini berkhidmat kepada Datuk Seri Wan Azizah sejak 2003 dan masih menyandang jawatan berkenaan sehingga tempatnya diganti. Belia Pelantikan itu diumumkan Khalid semasa majlis bersama media di Shah Alam, semalam. Beliau juga mengumumkan bahawa Badrul Amin Baharon akan dinamakan sebagai ketua penerangan baru kerajaan negeri. Sementara itu, Nik Nazmi dalam ucapannya menafikan wujudnya pergeseran antara beliau dan Khalid. “Saya menganggap beliau seperti bapa saya sendiri,” katanya. |
No comments:
Post a Comment