Monday, October 27, 2008

Berita DUN Selangor

Dun Selangor: Pusat perlu bantu pertanian di negeri Pakatan Rakyat

Fri | Oct 24, 08 | 6:44:51 pm MYT

SHAH ALAM, 24 Okt (Hrkh) - Sektor pertanian menyumbangkan 3.8 peratus KDNK Negeri Selangor pada tahun 2000 dan menurun 2.3 dalam tahun 2006 menyebabkan 44,800 keluarga mendaftar dengan Jabatan Pertanian sebagai petani di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Dalam jawapannya Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari, menjelaskan kawasan itu dicatatkan Lembaga Zakat Selangor sebagai kawasan yang tinggi kadar kemiskinannya.

Menurut beliau dalam istilah Islam miskin maknanya pendapatan sehari cukup untuk makan sehari manakala fakir pula pendapatan sehari tidak cukup untuk makan sehari.

Katanya, untuk hidup di negeri Selangor ini kalau dengan gaji RM710 sebulan mereka boleh ada rumah tetapi tidak boleh makan atau mereka boleh makan tetapi tidak boleh mempunyai rumah.

"Sebab itu kita perlu realisitik seandainya kita perlukan RM50 sehari untuk satu keluarga lima orang," jelasnya menjawab soalan Yap Ke Wah (Sungai Pelek).

Beliau berkata, itulah pendapatan paras kemiskinan disasarkan ialah RM1,500 dan kerajaan berani membuat tindakan itu dengan usahakan program pertanian serta usahawan yang akan meningkatkan pendapatan.

Menurut beliau, untuk majukan sektor pertanian ia memerlukan belanja yang sangat besar iaitu RM15 juta yang diperuntukkan untuk pertanian oleh kerajaan negeri Selangor dan pastinya tidak mencukupi.

Beliau menyanjung pendekatan Kerajaan Pusat yang memanggil exco pertanian untuk kali pertamanya seluruh negara bagi membincangkan secara terbuka bahawa kita kena majukan pertanian.

Ini kerana katanya, kerajaan Pusat sedar untuk bertani kerajaan perlukan tanah dan kebetulan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mengeluarkan padi ialah Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor.

Jika kerajaan Pusat tidak menolong pertanian negeri Pakatan Rakyat kerajaan mereka akan menghentikan pengeluaran padi, katanya.

"Oleh sebab pendekatan kerajaan Pusat ini sanggup untuk bekerjasama maka sektor pertanian ini perlu dipertingkatkan," katanya.

Malangnya tambah beliau peruntukan RM160 juta yang dijanjikan itu untuk memajukan sektor pertanian masih belum ditunaikan. - lanh _

No comments: