Monday, September 28, 2009

Khalid: Selcat tidak akan dirombak


Sep 29, 09 10:06am

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tiada rombakan prosedur atau keanggotaan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) buat masa ini.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam perbincangan tertutup hampir dua jam antara Menteri Besar, Barisan exco negeri, termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim; para pegawai daerah, yang dipertua pihak berkuasa tempatan, wakil rakyat di Shah Alam malam tadi.

"Kita mendapat kesefahaman bahawa isu ini boleh diselesaikan antara kita dan mengambil langkah-langkah yang perlu diperbetulkan, yang lain untuk terus dikendalikan secara terbuka dan mempunyai akauntabiliti".

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata mesyuarat itu mengambil kira beberapa teguran dan cadangan supaya membolehkan komunikasi teratur antara pihak-pihak yang mengendalikan SELCAT dengan pegawai-pegawai kerajaan, lapor Bernama.

Menteri Besar berkata siasatan SELCAT tetap diadakan secara terbuka seperti yang diamalkan sebelum ini dan para pegawai kerajaan boleh dipanggil untuk memberi keterangan jika perlu.

Tidak ada (rombakan Selcat) sebaliknya ia akan diteruskan seperti yang diputuskan dalam sidang Dewan sebelum ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup itu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS).

Sebelum ini, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dilaporkan telah menegur perjalanan siasatan SELCAT yang dikatakan memalu dan mengaibkan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dipanggil memberi keterangan.

Kaedah soal siasat itu digunapakai semasa pendengaran awam mengenai siasatan penggunaan peruntukan bagi setiap anggota dewan undangan negeri Selangor sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

Malah, Dr Hasan turut mencadangkan supaya keanggotaan SELCAT dirombak bagi meningkatkan integritinya.

Abdul Khalid berkata, sebarang perubahan terhadap SELCAT perlu dibincangkan dan dibahaskan pada sidang Dewan Negeri, jika perlu.

Beliau berkata sebarang perbincangan mengenai SELCAT tidak perlu dibincangkan dengan pihak luar.

Dr Hasan ketika ditemui berkata beliau menerima keputusan mesyuarat malam ini, tetapi enggan mengulas lanjut.

Kerajaan Negeri Berusaha Pindah Kawasan Ternakan Ulu Yam ke Hulu Selangor

Kerajaan negeri telah mengenalpasti kawasan seluas 200 ekar di daerah Hulu Selangor untuk menempatkan semula ternakan Persatuan Penternak Ruminan Selangor yang terjejas Rabu lalu.

Ini diumumkan oleh Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

“Dan pihak Daerah Hulu Selangor telah mengenalpasti kawasan di Hulu Selangor dan saya minta supaya disegerakan dan ini jangka panjang. Jangka panjang kita akan letakkan, pindahkan penternak-penternak yang bermasalah ke tempat yang lebih sesuai,"katanya.

Yaakob menyifatkan tindakan kira-kira 80 ahli persatuan berkenaan membawa lebih 20 ekor lembu dan kambing untuk mendesak kerajaan negeri membantu mereka sebagai tidak tepat.

Beliau berkata bantuan telah diberikan dengan pantas apabila ternakan persatuan itu terperangkap dalam banjir kilat selepas empangan di Ulu Yam pecah.

Difahamkan, empangan berkenaan pecah disebabkan pelanggaran sampah yang tertimbun hampir 100 meter tinggi di kawasan pelupusan sampah Sungai Kertas, Ulu Yam, bersebelahan empangan itu.

Puluhan ekor kambing dan lembu lemas manakala sebilangan lagi diselamatkan oleh anggota bomba, Rela, dan Jabatan Pertahanan Awam.

“Hari kedua dah ada, buktinya semua bantuan kecemasan, lembu-lembu cedera, rawatan telah diberi hari kedua dan makanan pun dihantar. Maknanya pihak jabatan haiwan walaupun beraya tapi ada juga yang turun. Dan dah dua kali hantar makanan dan esok hantar lagi untuk PKC, tak cukup.

“Saya maklumkan pada hari kedua lagi Jabatan Veterinar Selangor telah pergi ke tempat tersebut untuk bantuan kecemasan dimana lembu-lembu yang cedera telah diberi rawatan dan lembu-lembu bermasalah diberi bantuan”,katanya.

Menurut beliau, pada hari berikutnya Jabatan Veterinar telah menghantar rumput kering untuk makanan dan yang kemudiannya ditambah dengan makanan dedak.

Yaakob berkata, kerajaan negeri juga telah mengenalpasti dua penternak yang mengalami kerugian teruk dalam kejadian itu dan akan membantu mereka membina kandang sementara sebelum dipindahkan ke kawasan baru.

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran Dari Pengurusan DUN Batu Caves


Bagi pihak seluruh Jawatankuasa Pengurusan DUN Batu Caves, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran kepada Ketua-Ketua Kampung & JKKK, Nazir-nazir masjid & Pengerusi Surau-surau, Ahli-ahli Majlis MPS & JKP, Pengerusi2 Persatuan Penduduk, Pengerak2 Belia Tempatan (PeBT) , pendokong dan Penyokong PR dan seluruh warga Batu Caves. Maaf zahir & Batin.

Shaharudin Hj Abu Bakar
Pengarah DUN Batu Caves

Thursday, September 17, 2009

Tahniah TS Khalid, bonus raya kepada pemain Selangor


PARA pemain skuad Liga Super Selangor pasti tersenyum puas menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini apabila menerima duit raya RM15,000 setiap seorang.

Petang semalam, mereka telah menerima durian runtuh berupa wang tunai berjumlah RM456,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor di atas kejayaan menjuarai Liga Super musim ini.

Kejayaan tersebut sememangnya cukup manis kerana Selangor tidak pernah menjulang trofi Liga Super sejak ia diperkenalkan pada musim 2004.

Ganjaran tersebut telah disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada para pemain dan pegawai pasukan Selangor pada majlis berbuka puasa di kediaman rasminya di Shah Alam.

"Kerajaan negeri telah berbesar hati untuk memberikan ganjaran berjumlah RM456,000 di atas kejayaan pasukan Selangor menjuarai Liga Super musim ini.

"Saya harap para pemain semua terus bersemangat dan mula memberi fokus untuk Selangor menjuarai pula saingan Piala Malaysia musim ini," kata Khalid yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Wednesday, September 16, 2009

Khatam Quran Peringkat DUN Batu Caves







YB.Azmin dan YB.Amirudin turut serta dalam khatam Quran sampaikan Pengerusi Surau Al-Jananah Taman Jasa Utama, Hj Bajuri menyatakan ini merupakan satu rekod dan boleh dimasukkan dalam Buku Guinness World of Record. Kata beliau lagi, selama ini dalam program begini anjuran UMNO/BN, wakil rakyat nya hanya duduk didepan sebagai penonton sahaja. Inilah kata beliau, kepimpinan melalui teladan. Amacam ? ADUN2 BN ada berani ka?

Tuesday, September 15, 2009

UMNO Sakit Otak:YB Amiruddin Shaari


Dari TV Antara

Barisan Nasional yang semakin terdesak untuk merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat mula menggunakan taktik-taktik kotornya dengan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari menafikan khabar angin ini dan melihat ia direka semata-mata untuk mengelirukan penyokong PKR .

Katanya propaganda berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan kononnya kerajaan negeri semakin lemah.

“Ini semua kenyataan orang sakit otak dan kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengelirukan penyokong dan menimbulkan rasa syak kepada kalangan sahabat-sahabat dalam Pakatan. Sepanjang beberapa hari yang lepas SMS mengatakan saya hilang, saya katakan saya sibuk dengan program-program di Batu Caves.

“Saya nafikan benda-benda seperti itu kerana tiada sebab saya hendak hilang dan tiada sebab saya hendak lari,” katanya ketika di hubungi TV Antara.

Beliau turut menafikan M. Muthiah dan Lee Kim Sin hilang kerana kedua-duanya hadir bersama semua ADUN dalam pertemuan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai taklimat peruntukan DUN dan pembinan kuil Seksyen 23.

Amirudin turut menyatakan keyakinan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih tetap dengan perjuangan mereka dan tidak akan lompat parti melainkan pihak lawan menggunakan taktik jahat.

“Ini semua propaganda-propaganda yang dibuat untuk menunjukkan kerajaan Negeri Selangor lemah, tidak berupaya dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.

“Tapi bukan bererti kita tidak berjaga-jaga, kita tetap berjaga-jaga serangan musuh dan sebagainya dan kita tak mahu apa yang terjadi di Perak berulang kembali dengan taktik jahat dan sebagainya. Tapi kita yakin semua ADUN tetap dengan keputusan kecuali mereka main taktik jahat dan kotor,” katanya.

Sementara itu ADUN Bukit Melawati M. Muthiah menyifatkan khabar angin mengatakan beliau akan lompat parti adalah satu kenyataan bodoh dan beliau tetap dengan pendirian bersama PKR.

Menurutnya beliau yakin hasrat Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kerana parti berkenaan gemar memainkan isu perkauman.

“Bukan saya itu perkara bodoh, mereka kata sahaja dan membuat huru hara. Mereka kata akan ambil alih Selangor tapi saya rasa mereka langsung tidak boleh ambil. Yang mereka kacau dan timbulkan beberapa isu antaranya isu perkauman yang hendak dimulakan ini semua taktik politik kotor Umno.

“Saya bukannya hendak keluar dari parti ini saya dari MIC masuk ke dalam parti ini saya telah hapuskan semua dari memori saya. Saya tidak mahu sampai saya mati pun saya tidak mahu masuk campur dengan mereka,” katanya.

ADUN Kajang Lee Kim Sin yang menafikan khabar angin berkenaan meminta rakyat Selangor dan penyokong Pakatan Rakyat tidak percaya dengan taktik kotor Umno Barisan Nasional kerana Kerajaan Negeri Selangor masih utuh.

“Tidak pernah ada orang berjumpa dengan saya semua ini khabar angin. Semalam kami ada mesyuarat negeri semua ada.

“Percaya kepada kerajaan negeri Selangor bahawa memang stabil memang tak ada seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN dan semua ADUN berdiri teguh bersama Tan Sri (Abdul Khalid Ibrahim),”katanya.

Kim Sin turut menafikan dakwaan khabar angin berkenaan kononnya beliau akan lompat parti kerana beliau tidak lagi percaya dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah, saya 100 peratus. Sejak reformasi lagi kita telah bersama dan kita akan teruskan reformasi sampai seluruh di reformkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan serangan balas terhadap tindakan rakus Umno Barisan Nasional yang secara terang terangan menyatakan hasrat untuk merampas kembali negeri Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata Pakatan akan mematahkan setiap serangan terdesak Umno Barisan Nasional yang ghairah memanipulasikan agensi kerajaan dalam usaha menjarah keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi pendirian kita akan mempertahankan dan akan menyerang balas sekuat mungkin terhadap apa percubaan ganas untuk merampok dan merampas Selangor.

“Kita bermesyuarat panjang bersama Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tentang cara meneruskan usaha baik mereka, cara kita menghadapi serangan ganas UMNO- Barisan Nasional mempergunakan jentera kerajaan untuk mempersulitkan kerja Selangor,” katanya pada sidang medianya