Monday, August 22, 2011

Qiamullail Perdana Bersama Ustaz Zamri Mari Mengaji

Program Qiamullail Perdana Bersama Ustaz Zamri Mari Mengaji TV9 anjuran Pejabat YB.Amirudin Shari telah berlangsung di Masjid Al-Amaniah pada 22 ramadhan dan Masjid Jamiatus Solahiah Sg.Tua pada 23 ramadhan. Turut menyertai program ini ialah YB.azmin Ali dan YB.Amirudin bersama2 sekitar 200 jamaah masjid. Di Masjid Sg.Tua Ustaz Zamri turut menyampaikan tazkirah selepas solat subuh. Jamuan bersahur turut disediakan.

Masjid Jamek Al-Amaniah
22 Ramadhan 1432H



Saturday, August 20, 2011

Program Semarak Ramadhan/Ihya Ramadhan YB.Amirudin Shari


1. Ziarah Masjid dan Surau – Menziarahi Masjid dan Surau sekitar Batu Caves,   merupakan program lumrah YB Amirudin pada bulan Ramadhan untuk lebih mesra dan mendekati masyarakat
Tarikh : Dari 6 Ogos/ Ramadhan sehingga 24 Ogos / Ramadhan
2 Mari Berbuka Bersama Saudara Kita– YB Amirudin bersama pimpinan setempat meluang masa menziarahi rumah terpilih untuk berbuka bersama dengan tujuan meringankan beban mereka yang memerlukan
Kampung Nakhoda – 7 Ogos / Ramadhan
Kampung Selayang Baru – 14 Ogos / Ramadhan
Kampung Baru – 16 Ogos / Ramadhan
Kampung Sg Tua – 18 Ogos / Ramadhan
Kampung Wira Damai – 19 Ogos / Ramadhan
Kampung Laksamana – 23 Ogos / Ramadhan
Kampung Sg Kertas – 24 Ogos / Ramadhan

Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Eidul Fitri YB.Azmin Ali & YB.Amirudin Shari

Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Eidul Fitri YB.Azmin Ali , AP Gombak dan YB.Amirudin Shari, Adun Batu Caves akan diadakan mengikut ketentuan seperti Berikut :-

Tarikh   :   21 Ogos 2011
Masa    :    5 Petang
Tempat :   Masjid Jamek Kg.Nakhoda, Batu Caves

Semua pihak dialu-alukan turut serta memeriahkan lagi program ini. Majlis akan di ikuti dengan iftar bersama penerima-penerima sumbangan.

JOM SHOPPING 1 & 2 PERINGKAT DUN BATU CAVES

Sekitar 80 warga emas di DUN Batu Caves telah dibawa menyertai Program Jom Shopping di Giant Batu Caves pada 15 & 19 ogos yang lalu. Rata-rata mereka telah menyatakan kesyukuran dan kegembiraan diatas inisitif kerajaan PR Negeri Selangor mebawa mereka membeli belah bagi menghargai warga emas.




Ziarah Pasar Ramadhan Selayang Baru & Kg.Nakhoda




Sekitar Program Ihya Ramadhan YB.Amirudin Shari ( 2 )

Iftar di Surau An-Nur Taman Jasa, Solat Isyak & tarawikh di Masjid At-Taqwa Selayang Baru dan Tazkirah Bersama Ustaz Zamri Mari Mengaji di Masjid Kg.Nakhoda.




Sekitar Program Ihya Ramadhan YB.Amirudin Shari 7 Ramadhan - 20 Ramadhan 1432H


Berbuka puasa bersama keluarga berpendapatan rendah di Kg.Nakhoda, Kg. Selayang Baru, Kampung Baru dan Kampung Sungai Tua.Turut menjayakan program ini ialah Wanita dan AMK Cabang Gombak yang turut menyumbang barangan dapur dan hamper. YB.Amirudin turut ditemani oleh isteri beliau Puan Masdiana dan anak-anak.