Tuesday, June 22, 2010

Sekitar Banjir Di Kg Laksamana

Tarikh      : 21 Jun 2010
Jam         : 3 - 6 ptg
Kejadian :  Banjir Kilat
Lokasi    :  Jalan 6/2, 6/3, 6/4





Remaja Batu Caves ke SUKMA Melaka

2 pasukan yang berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Bolasepak Piala YB.Amirudin Shari, Adun Batu Caves telah dibawa menyaksikan perlawanan Akhir Bolasepak SUKMA Melaka antara Selangor dan Terengganu di Stadium Hang Tuah, Melaka. Walaupun Selangor tewas dalam pertandingan akhir tersebut, namun remaja ini berpuas hati kerana dapat menyaksikan secara langsung pertandingan ini.






Pertukaran di pejabat MB Selangor
Jun 23, 10 12:20pm
Pejabat Menteri Besar Selangor membuat pertukar berikutan perletakan jawatan setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim - Nik Nazmi Nik Ahmad, berkuatkuasa 1 Julai ini.

Nik Nazmi (kanan, berbaju putih) adalah antara perwakilan paling muda apabila dipilih sebagai calon untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri Seri Setia pada pilihan raya umum 2008 ketika hanya berusia 26.

Adalah dipercayai beliau akan diberikan jawatan dalam PKR.

Tempat Nik Nazmi akan digantikan oleh Faekah Husin, setiausaha politik kepada presiden PKR.

Peguam lulusan Universiti Malaya ini berkhidmat kepada Datuk Seri Wan Azizah sejak 2003 dan masih menyandang jawatan berkenaan sehingga tempatnya diganti.

Belia
u mula menyertai PKR pada 1999, selain terlibat menubuhkan PKR Cabang Kuala Langat dan memikul jawatan Ketua Wanita PKR Selangor sehingga kini.

Pelantikan itu diumumkan Khalid semasa majlis bersama media di Shah Alam, semalam.

Beliau juga mengumumkan bahawa Badrul Amin Baharon akan dinamakan sebagai ketua penerangan baru kerajaan negeri.

Sementara itu, Nik Nazmi dalam ucapannya menafikan wujudnya pergeseran antara beliau dan Khalid.

“Saya menganggap beliau seperti bapa saya sendiri,” katanya.

Banjir Kilat di Kg Laksamana - Cabaran & Penyelesaian

 Ahli Majlis MPS Zon 13, Ustaz Hasbullah meredah banjir. Juga menghadapi cacian masyarakat.
 Pengarah DUN Batu Caves, Shaharudin Abu Bakar dan Unit Amal bertungkus lumus membantu penduduk membersih rumah yang teruk dilanda banjir.
 Exco AMK Gombak, Sdr Razali Ghafar dan Sdr Mazeni JB, sibuk membantu penduduk. Syabas.
Satu mesyuarat bersepadu bersama MPS, Pejabat Tanah, JPS, Penghulu, wakil penduduk, Pengarah DUN Batu Caves dan pemaju telah diadakan bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di Kg. Laksamana. MPS perlu lebih serius memberi tindak balas setiap aduan penduduk.

TGHH Presiden PAS Memberi Sumbangan Kepada SRJK (T) Batu Caves



YB.Bersama Penduduk Apartmen Beringin