Sunday, October 30, 2011

Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2011

1. Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga 2011 (Julai hingga September), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menerima sebanyak 264,404 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 52,215 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR.


2. Selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2011 akan dipamerkan mulai 27 Oktober hingga 2 November 2011 di 987 tempat pameran di seluruh Negara seperti berikut:
2.1 Pejabat Pilihan Raya Negeri - 15 tempat
2.2 Pejabat Pos Berkomputer - 477 tempat
2.3 Kompleks/Pejabat Kerajaan - 87 tempat
2.4 Pejabat Daerah/Pejabat Tanah - 140 tempat
2.5 Majlis Daerah/Perbandaran - 48 tempat
2.6 Dewan Serbaguna/ Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan - 190 tempat
2.7 Lain-lain tempat - 31 tempat

Thursday, October 27, 2011

Program Ziarah Warga emas YB.Amirudin Shari




JOM SHOPPING DUN BATU CAVES

Seramai 60 warga emas DUN Batu Caves telah dibawa menyertai program Jom Shopping pada 21 Oktober yang lalu di Giant Batu Caves. YB.Amirudin telah turut meraikan warga emas dalam program tersebut. Setakat ini, 4 siri program Jom Shopping telah dilaksanakan melibatkan seramai hampir 300 warga emas.




Tuesday, October 25, 2011

SEKITAR LAWATAN ANAK-ANAK MUDA PERMATANG PAUH KE BATU CAVES

Pada 21-23 oktober yang lalu, seramai 70 orang anak-anak muda dari Permatang Pauh berkunjung ke Batu Caves bertemu dengan YB.Amirudin Shari sebagai satu tanda jalinan persahabatan. Mereka diketuai oleh sdr .Anuar, AJK AMK Permatang Pauh> beberapa aktiviti telah berjaya diadakan, antaranya program gotong royong di Kg.Sg.Kertas, Bolasepak persahabatan 4 penjuru dan  taklimat PeBT di MPS.




Monday, October 24, 2011

SUMBANGAN DEEPAVALI 2011 DUN BATU CAVES

SERAMAI HAMPIR 600 PENERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI DUN BATU CAVES BAGI TAHUN 2011. INI TERMASUK SUMBANGAN DARI PIHAK YB. DR.XAVIER JAYAKUMAR, YB.AMIRUDIN SHARI, PEKAWANIS DAN PROGRAM JOM SHOPPING. BANTUAN DISAMPAIKAN DI SELAYANG MAKMUR, KG.LAKSAMANA DAN FLET PUTRI LAKSAMANA





GELANGGANG FUTSAL


Sebanyak 4 gelanggang Futsal sedang dalam pembinaan di Dun Batu Caves bagi memenuhi keperluan 
anak-anak muda. Ini semua adalah hasil dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Ianya mendahului apa yang dinyatakan oleh Najib dalam belanjawan 2012 yang lalu.


Kg.Laksamana

Kg.Sungai Tua Tanah Gantian

Kg.Mahkota


Kg.Laksamana

Kg.Nakhoda

Kg.Sg.Tua Tanah Gantian

SELAMAT HARI DEEPAVALI