Wednesday, March 11, 2009

Daulat Tuanku

"Demokrasi bermakna bahawa rakyat yang menentukan hala tuju mereka sendiri. Pandangan rakyat adalah yang terbaik sebagai mengukur sejauh mana kejayaan pentadbiran sesuatu negeri , yang di dukungi oleh perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh negeri,” Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

Kos Tambang Udara Khir RM300,000

SHAH ALAM: Kos tambang perjalanan udara bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ke luar negara dari September 2001 hingga Januari tahun lepas berjumlah RM349,134 yang melibatkan 21 perjalanan.

Antara destinasi luar negara yang dikunjungi oleh beliau ialah London, Bangkok, Beijing, Los Angeles, Dubai, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata statistik itu berdasarkan rekod waran perjalanan udara yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar.

Bagaimanapun jelas beliau, jumlah kos seperti penginapan, makanan dan minuman serta lain-lain kos yang berkaitan masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar, katanya menjawab soalan Mohamad Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Azmin bertanyakan jumlah kos perjalanan Menteri Besar ke luar negara yang ditanggung oleh kerajaan negeri bermula dari tahun 2000 hingga sekarang dan siapakah ejen yang menguruskan hal perjalanan Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, ejen yang terlibat bagi menguruskan perjalanan udara Khir ialah Green Adventure Holidays Sdn Bhd manakala ejen-ejen lain yang terlibat masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar.

Semasa menjawab soalan tambahan Mohamd Azmin sama ada terdapat hubungan kekeluargaan antara Dr Mohamad Khir dengan Green Adventure, beliau berkata pihaknya tiada bukti untuk mengaitkan bekas Menteri Besar itu dengan syarikat ejen perjalanan itu.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri telah membuat satu keputusan melantik syarikat pelancongan Tourism Selangor Sdn. Bhd untuk menguruskan perjalanan bagi pihak kerajaan negeri.

Bagaimanapun bagi mengelakkan amalan monopoli dalam hal ini, kerajaan negeri juga mengalualukan ejen-ejen perjalanan lain untuk turut serta.

Namun, Abdul Khalid berkata:"Tapi setakat ini kita dapati kebanyakan Exco lebih berminat untuk membeli tiket secara dalam talian terutama syarikat penerbangan AirAsia kerana kos yang tinggi jika melalui ejen." Mstar.

Program Mesra Rakyat Bersama YB.Azmin Ali

Alhamdulillah, semalam 11 Mac berlangsung majlis Mesra Rakyat YB.Azmin Ali dan YB.Amirudin Shari bersama pimpinan masyarakat DUN Batu Caves sempena 1 tahun pentadbiran PR di Selangor. Majlis berlangsung meriah dengan semua pimpinan diperingkat JKKK, Ahli Majlis dan JKP, pimpinan masjid dan surau, pengerusi kuil, Pengurusan DUN, pimpinan PKR dan PAS hadir memeriahkan majlis tersebut. Hampir 500 tetamu hadir . (gambar akan menyusul ).

Program tersebut diatur bertujuan selain untuk tujuan ramah mesra juga untuk menerangkan dasar-dasar baru kerajaan PR Selangor dan perlembangan terkini politik di Selangor.

Elaun pengerusi JKKK Selangor akan dinaikkan

Muhammad Arif Ismail
Tue | Mar 10, 09 | 3:36:34 pm MYT

SHAH ALAM, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan membuat kajian bagi cadangan untuk menaikkan elaun pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di negeri ini. Iklan

"Kerajaan Negeri juga menimbang semula untuk menaikkan jumlah elaun yang diberikan kepada ahli JKKK di seluruh Selangor," katanya.

Menurut beliau, perkara ini akan diputuskan oleh mesyuarat kerajaan negeri yang diadakan setiap hari rabu dan dijangka akan diumumkan dalam minggu depan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung pada hari ini.

"Sebelum ini, kadar elaun pengerusi JKKK sejak beberapa tahun lalu ialah RM450 sebulan," beliau berkata demikian selepas Majlis perjumpaan khas Menteri Besar bersama ahli-ahli JKKK seluruh Selangor sempena sambutan satu tahun pemerintahan Pakatan Rakyat pada 8 Mac lalu.

Hadir sama dalam majlis itu semua Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor.

Dalam majlis yang dihadiri lebih kurang seramai 6,000 ahli JKKK dari 386 buah kampung di Selangor turut mengumumkan perlantikan 40 ketua kampung dari kalangan kaum india bagi penduduk kampung majoriti masyarakat itu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid juga menambah, pada tahun ini 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES) telah memasuki fasa kedua dengan memberi tumpuan kepada beberapa penambahbaikan kepada program kebajikan.

"Dalam fasa kedua MES, kakitangan kerajaan negeri bakal mendapat kemudahan cuti tambahan.

Kerajaan negeri juga bercadang untuk membantu golongan usahawan dan golongan belia berasaskan kebolehan dan kemampuan masing untuk memperbaiki taraf hidup," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama tambahan cuti bagi kakitang kerajaan telah dikuatkuasakan pada satu Januari lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail.

"Kita telah mengumumkan kemudahan cuti tambahan sebanyak 90 hari iaitu tambahan 30 hari dari 60 hari sebelum ini bagi kakitangan kerajaan wanita yang bersalin melahirkan anak," katanya. - azm_

Sunday, March 8, 2009

Sambutan Maulidur Rasul

PERNYATAAN SOKONGAN PADU ADUN ADUN


Kami, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) menyatakan sokongan padu kami kepada YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Negeri Selangor.

Kami yakin bahawa kenyataan SPRM untuk mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah bersifat politik dan pendakwaan terpilih (selective prosecution) untuk mencemarkan nama baik YAB Dato’ Menteri Besar. Berdasarkan fakta yang terkandung dalam saman fitnah oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Dato’ Seri Khir Toyo, adalah jelas menunjukkan bahawa tuduhan-tuduhan yang cuba dikenakan adalah tidak berasas sama sekali.

Tambahan pula, kuasa pendakwaan adalah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara. SPRM tidak berhak untuk membuat kenyataan terbuka berhubung satu penyiasatan sebelum keputusan muktamad dibuat oleh Jabatan Peguam Negara. Justeru itu, jelas bahawa kenyataan SPRM adalah di luar peraturan biasa dan boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan SPRM untuk mempengaruhi budibicara Peguam Negara yang bertanggungjawab bertindak secara bebas dan adil. Kami menuntut supaya SPRM akan melaksanakan tugas secara bertanggungjawab, bebas dan telus.

Kami juga melihat ini adalah usaha jahat yang terancang oleh UMNO dan Barisan Nasional untuk menggugat pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor dengan memperalatkan institusi-institusi seperti SPRM dan Jabatan Peguam Negara. Kami percaya kepimpinan Pakatan Rakyat akan terus menjadi sasaran serangan fitnah UMNO dan Barisan Nasional dalam beberapa bulan yang akan datang.

Kami akan mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran perlembagaan dan mendokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus memimpin Negeri Selangor. Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selama hampir setahun telah mempertahankan agenda dan program kebajikan dan kepedulian rakyat dengan prinsip Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) demi kesejahteraan rakyat. Prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran dan pembangunan ekonomi Negeri Selangor juga mencatatkan tahap yang cukup cemerlang dalam tempoh satu tahun semenjak Mac 2008.

Kami yakin rakyat tetap akan memberikan mandat kepada YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim untuk memimpin dan menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

21 Febuari 2009.

Ketuanan Rakyat

Tuesday, March 3, 2009

SMUE


Tarikh : 28 Feb 2009
tempat : Dewan JKKK Kg Nakhoda

Khir Toyo Tidak Faham Undang-Undang Cukai
Dilulus terbit pada Wednesday, March 04 @ 08:23:38 MYT oleh alghaib

Oleh faizafansuri

"
Dalam kemelesetan ekonomi Kerajaan Negeri Selangor sedang menjalankan satu proses penilaian terhadap semua anak syarikat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan prestasi syarikat.

Dalam proses berkenaan, satu kumpulan penasihat yang dilantik oleh Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorprated, MBI) mendapati syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad telah gagal memasukkan faedah bukan wang (benefits in kind) di dalam Borang EA yang telah dikembalikan pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun-tahun yang lepas.

Antara “benefits in kind” yang tidak dimasukkan dalam Borang EA adalah faedah kereta Harrier dan pemandu yang telah diberikan kepada bekas Menteri Besar Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang juga bekas pengerusi PNSB. Namun, Khir Toyo berkata kepada Berita Harian pada 27 Feb 2009: “Ia adalah prosedur standard. Jika saya membayar cukai kereta ia akan menjadi bayaran berganda kepada LHDN kerana syarikat juga membayarnya”.

Kenyataannya menunjukkan betapa ceteknya pemahaman bekas Menteri Besar itu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan anak syarikat. Semalam, sewaktu wakil PNSB bertemu dengan pihak LHDN, badan kutipan cukai itu berkata segala “benefits in kind” mestilah dimasukkan dalam borang EA dan tiada pengecualian boleh diberi tanpa mengira kedudukan dan pangkat dalam syarikat tersebut.

Apakah Khir Toyo tahu makna “benefits in kind”? Jika tidak, ianya amatlah memalukan sebagai seorang bekas Menteri Besar yang telah mengetuai Kerajaan Negeri selama dua penggal. Ataupun beliau hanya mahu mengelak dari dipertanggungjawabkan atas kesalahan ini? Walaubagaimanapun Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan meneruskan proses penilaian terhadap anak-anak syarikat lain demi menjalankan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.


NIK NAZMI NIK AHMAD
Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar

Monday, March 2, 2009

20 rasuah khir toyo


ADUN Sg. Panjang yang juga merupakan ketua pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang dilihat semakin mengarut itu didesak supaya MELETAK JAWATAN SERTA MERTA ekoran terdapat 20 salah laku Khir semasa memegang jawatan MB selangor.
Berikut adalah butiran kes Khir :

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.


15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco."