Monday, November 9, 2009

MESYUARAT J/KUASA BENCANA ALAM DAERAH GOMBAK






Pada 8 nov, jam 10 pagi YB.Amirudin telah mengadakan mesyuarat tergempar J/Kuasa Bencana daerah Gombak di Pejabat Daerah Gombak khusus untuk menyelesaikan bencana banjir kilat yang menyerang Batu Caves. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pen.Pegawai Daerah Gombak Encik Ahmad Zaharin Mohd Saad yang turut di hadiri oleh Polis, Bomba, JKM, JPS, MPS, Ahli Majlis MPS, Pengurusan DUN dan RELA. Masing-masing pihak telah memberi taklimat tentang keadaan terkini. Banjir kilat telah menyebabkan jambatan Kg.Laksamana rosak turut , ditutup mengakibatkan hubungan antara kg.laksamana dan wira damai terputus hubungan. manakala di Taman Jasa Utama berlaku tanah runtuh yang amat membahayakan penduduk di Taman Jasa Utama.

No comments: