Sunday, November 23, 2008

Perbahasan YB.Amirudin di Sidang DUN Selangor



TUAN SPEAKER : Batu Caves.

Y.B. TUAN AMIRUDIN BIN SHARI : Terima kasih Speaker. Saya mengucapkan terima kasih kepada Speaker yang teah memberikan ruang untuk saya berbahas dalam dasar ataupun usul hala tuju perancangan pembangunan negeri Selangor tahun 2025. Tuan Speaker, ahli kerajaan dan ahli dewan yang saya kasihi sekalian. Pertamanya apabila melihat satu perancangan jangka panjang kita harus sedar ada beberapa perkara yang harus diteliti kepada pembuat dasar tersebut, dasar jangka panjang dipanggil 10 tahun ataupun 5 tahun sebelum ini jangka sederhana dan jangka pendek ini merupakan satu tradjsi yang bermula di negara Eropah kalau boleh disebut sebagai Rusia ataupun Soviet Union selepas mereka mengalami masalah ekonomi. Namun begitu sebagai sebuah masyarakat yang majmuk dan sebagai sebuah masyarakat yang terdiri daripada perbagai bentuk ruang yang tidak boleh menyeragamkan manusia kita harus sedar bahawa dasar jangka panjang ini harus diikuti dengan dasar-dasar jangka pendek. Kalau kita lihat, pengalaman Malaysia kita mengeluarkan dasar jangka panjang negara, Rancangan Malaysia Ke-2, Rancangan Malaysia ke-3 sampai Rancangan Malaysia Ke-9, kita lihat ada beberapa sasaran yang tersasar. Sebagai contoh dasar ekonomi baru yang mensasarkan 30% pemilikan ekuiti orang Melayu hanya mensasarkan sekitar 18% selepas melebihi daripada tahun 1950 yang telah disasarkan melalui Dasar Ekonomi Baru tersebut. Justeru saya menyeru kepada pihak pembuat dasar ini ataupun kepada kerajaan negeri agar dasar jangka panjang ini harus diikuti pelan-pelan jangka pendek 3 tahun atau 5 tahun begitu untuk memastikan perancangan-perancangan yang diaturkan 5 dasar, 7 dasar ataupun 7 teras yang disebutkan oleh EXCO yang berkenaan ini menepati dan mencapai kepada sasaran yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, kita lihat kepada pertumbuhan penduduk yang kita lihat mendadak naik khususnya di Negeri Selangor. Pada tahun 1991 dalam pembentangan dalam buku yang telah diedarkan ini kita lihat penduduk di sekitar negeri Selangor sekitar 2.41 juta selepas itu pada tahun 2010 satu pertumbuhan yang cukup hebat 4 juta lebih penduduk telah dikenal atau dikesan pasti di negeri Selangor. Dan sekarang dalam tempoh 8 tahun kita telah mempunyai penduduk sekitar 5.1 juta malahan dalam rancangan jangka panjang ini kalau dilihat kepada unjuran yang telah dibukakan bahawa penduduk yang akan hadir ataupun yang akan wujud di negeri Selangor ini adalah sekitar 7.3 juta pada tahun 2020. Kalau lihat kepadaperkembangan-perkembangan daripada 2.4 juta kepada 4 juta lebih kemudian masuk pada 5 juta dan unjuran 7.3 juta itu harus dinilai semula apakah mungkin dengan kemakmuran ekonomi di negeri Selangor dengan pertumbuhan dan peluang politik dan ekonomi yang lebih luas dan peluang sosial yang akan dibuka dengan dasar kerajaan terbuka kerajaan negeri ini akan menarik orang-orang luar daripada negeri Selangor akan hadir termasuk pekerja-pekerja asing yang mungkin kita nilaikan. Dengan pertambahan penduduk seperi ini, segala perancangan yang telah disusunkan Rancangan Perumahan baik, Perancangan rumah ibadat, masjid, kuil dan sebagainya itu sudah pasti memerlukan satu pertambahan yang kadangkala boleh menyebabkan kita terlari dan terkeluar daripada sasaran yang telah dibentangkan ataupun sasaran yang telah diberikan. Justeru saya menyeru kepada pihak EXCO dan kerajaan negeri, pentadbir eksekutif kerajaan negeri supaya mempunyai pelan jangka pendek untuk mencapai 17 tahun daripada tempoh 2008 sehingga 2025 ini melihat dari tahun ke tahun melihat selepas 3 tahun dan melihat selepas 5 tahun untuk memastikan kita tidak terkeluar daripada landasan yang telah ditetapkan ataupun yang telah disasarkan.
Tuan Speaker, Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,
Kita mensasarkan satu pembangunan yang holistik, Meru menyebutkan sebagai pembangunan yang syumul dengan syarah yang agak panjang terutama dalam berkaitan dalam usul ataupun dalam, dalam konteks pembangunan Islam. Dan sudah pasti saya menyokong cadangan ini, satu pembangunan yang holistik yang merangkumi pembangunan fizikal dan pembangunan mental dan juga pembangunan rohaniah dan juga pembangunan intelektual. Justeru saya melihat beberapa aspek harus ditekankan dalam konteks pembangunan sosial. Semalam kita menyebutkan ataupun Batu Caves telah menyebutkan tentang kepentingan untuk mewujudkan budaya ataupun sebuah perkembangan dan pusat kebudayaan di Negeri Selangor. Justeru saya melihat kepada kertas yang telah dibentangkan. Wujudnya usaha untuk mewujudkan Selangor sebagai sebuah kawasan multi fokus maknanya pembangunan fizikal, pembangunan industri dan pembangunan kawasan-kawasan tertentu itu tidak tertumpu di satu kawasan sahaja yang disebut Shah Alam, Petaling Jaya dan kawasan Subang Jaya yang cukup padat dan sendat dengan penduduk dan akhirnya boleh menyebabkan masalah-masalah sosial yang lain. Justeru fokus ini juga harus dikembangkan daripada unsur kebudayaan ataupun unsur sosial. Pembangunan sukan sebagai contoh, pembangunan pusat kebudayaan sebagai contoh, pembangunan pusat-pusat Hub Pendidikan sebagaimana yang dicita-citakan oleh Bangi. Bangi ada, tidur ke apa ? (Dewan Gelak)

Tuan Speaker, Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,

Sebab itu usaha ini harus difokuskan terhadap sumber-sumber yang sedia ada. Bangi menyebut adanya Kolej Darul Hikmah, Universiti Kebangsaan Malaysia, KUIM yang dulu dituk....KUIS dan sebagainya ini harus dilingkungi oleh satu suasana yang baru dan suasana yang saya cadangkan ini kepada Exco terlibat, Exco Pendidikan supaya meletakkan suntikan-suntikan yang agak berbeda daripada universiti-universiti tempatan. Kita lihat hasil daripada universiti-universiti tempatan menghasilkan sebahagian besarnya daripada mereka adalah mereka-mereka yang hanya bersedia untuk bekerja tapi tidak bersedia untuk mencari dan mencipta ruang pekerjaan. Bermakna ada masalah pemikiran kreatif, ada masalah pemikiran yang ada menyerapi di kalangan mahasiswa-mahasiswi dan sudah pasti kepada mahasiwsa-mahasiswi tempatan ia melibatkan kepada akta universiti dan kolej universiti. Walaupun UNISEL,KUiS, INSPEN dan sebagainya nanti apabila terlibat sebagai sebuah universiti yang masih lagi tertakluk di bawah universiti ataupun kementerian pengajian tinggi, kita tidak seharusnya duduk diam dan menyalahkan begitu sahaja, harus ada suntikan-suntikan semangat yang diberikan termasuk memperkaya persatuan-persatuan pelajar, memberi ruang kepada mereka untuk menyelusur dan menjelajah kepada ruang-ruang tertentu yang sudah pasti boleh mencambahkan pemikiran kreatif dan seterusnya mampu melahirkan satu perkembangan yang lebih holistik dan perkembangan yang sangat baik untuk pelajar dan mahasiswa-mahasisiwi di universiti.

Tuan Speaker, Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,
Oleh itu saya rasa, untuk langkah pertama apa salahnya kita jemput pelajar UNISEL untuk hadir ke dewan untuk belajar sedikit bagaimana perbahasan ini berlangsung untuk faham bagaimana kita tadbir. Ini bukan sebab maksud politik kita tak nak doctrine mereka sebagaimana Latihan Biro Tatanegara yang pernah di duduki oleh Exco di sana.

Tuan Speaker, Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,
Sebab itu apabila kita sebutkan tentang perancangan fizikal ataupun perancangan sosial ini, kita seharusnya juga melihat kepada pertumbuhan sukan yang merupakan Selangor merupakan sebuah negeri yang diiktiraf dengan pembangunan sukannya begitu matang dan pembangunan sukannya yang begitu ke depan berbanding dengan negeri-negeri lain. Malahan kalau boleh saya sebutkan mengikut daripada data yang kita perolehi perancangan sukan di Negeri Selangor ini turut diikuti dan di.. seminit lagi.. diikuti oleh Majlis Sukan Negara. Justeru kita yang sudah mempunyal satu lokasi sukan yang tersendiri di Seksyen 13, harus dimajukan. Sukan bukan hanya kepada lokasi-lokasi infrastruktur-inftastruktur seperti stadium dan sebagainya tapi harus melibatkan industri-industri sukan yang lain. Pusat-pusat beli-belah sukan, pusat-pusat pertumbuhan sukan, akademi-akademi sukan harus dilihat dan dijanakan di tempat-tempat tersebut, justeru dapat memberikan ruang kepada atlet-atlet muda dan atlet-atlet yang telah matang berlatih di Negeri Selangor dan insya-Allah kita meneruskan kuasa kita sebagai kuasa sukan di Negeri Selangor.

Tuan Speaker, Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,
Oleh itu saya juga menyeru agak sektor pelancongan ini dimajukan khususnya Batu Caves mempunyai interest ataupun kepentingan yang cukup besar kalau dilihat kepada kertas yang telah dibentangkan dengan quarts terpanjang di dunia ataupun di Malaysia ataupun di Asia yang ada di kawasan Batu Caves. Dengan jaringan dan pelan Batu Caves yang sangat baik dan sangat menarik khususnya untuk extreme game malahan telah diakui di peringkat dunia di antara jaringan-jaringan yang terbaik ataupun tempat pendakian bukit yang terbaik yang ada di dunia dan kita harus menjadikan ruangan-ruangan ini sebagai sal ah satu tarikan dunia dan menjadikan bahawa kegiatan sukan ini bukan sahaja sebagai kegiatan riadah bukan sahaja kegiatan kebanggaan sebaliknya membawa kepada satu aspek ekonomi yang disebut sebagai pelancongan sukan dan kegiatan sukan sebagai sebuah industri. Saya mohon menyokong usul ini, Tuan Speaker. Terima kasih.

TUAN SPEAKER : Sekincan.

No comments: