Monday, August 30, 2010


MB S'gor: Langat 2 hanya lepas selesai stuktur air
Ogos 31, 10 12:19pm
Kerajaan Selangor hanya akan meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) selepas perbincangan penstrukturan semula industri air dengan pemegang konsesi swasta dan agensi persekutuan diselesaikan dengan baik.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak pernah membantah projek Langat 2, tetapi mempertikaikan mengapa kerajaan pusat memberi keutamaan terhadap projek tersebut.

"Kita menerima Projek Langat 2, tetapi ia tidak perlu dibuat dengan terburu-buru. Sekarang kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu penstrukturan semula indusri perkhidmatan air di Selangor.

"Kita menegaskan sekali lagi bahawa perlu memberi keutamaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air berbanding projek Langat 2," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan mendakwa Khalid memberi persetujuannya pada mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-5 di Putrajaya, semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata, beliau hairan bagaimana Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa Selangor telah memberikan izin untuk projek rawatan air Langat 2 itu.

Justeru, menteri besar juga menggesa agar Muhyiddin menahan diri daripada membuat sesuatu andaian pada masa depan.

"Kita akan meneruskan rundingan untuk menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air yang buntu sejak tahun lalu. 

"Kita mahukan perjanjian lebih baik, perkhidmatan lebih baik dan harga lebih baik untuk rakyat - itulah matlamat kami," kata Khalid.

Bos SYABAS berdendam dengan MB S'gor'

Ogos 30, 10 6:29pm
Kongsi 14
Exco kerajaan Selangor Teresa Kok membidas presiden Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail kerana mendakwa negeri itu telah meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.

Dalam satu kenyataan yang keras hari ini, beliau berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.

Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.

Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.

Sabtu lalu, Rozali dilaporkan berkata, Selangor tidak pernah memberi ruang kepada dewan tersebut untuk membincangkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan pembangunan ekonomi mereka di Selangor.

Bagaimanapun, kata Teresa, dewan tersebut pernah dijemput menghadiri majlis dialog bajet tahunan negeri pada 26-27 Julai, tetapi mereka tidak muncul.

Penyampaian Sumbangan Kasih Eidul Fitri DUN Batu Caves

Seramai lebih 200 masyarakat dari DUN Batu Caves telah menerima sumbangan hari raya dari YB.Amirudin Shari pada 27 ogos lalu bertempat di Surau An-Nasihin, Kg.Sg.Kertas. Penerima adalah terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin, warga emas  dan OKU. Moga-moga dengan sumbangan ini akan mengurangkan sedikit bebanan mereka bagi menyambut Hari Raya nanti.






Penyampaian SMUE Daerah Gombak & Majlis Berbuka Puasa

Berlangsung Majlis Penyampaian SMUE Fasa ke 2 dan Majlis Berbuka Puasa pada 21 ogos bertempat di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Adun Batu Caves YB.Amirudin Shari. Hampir 200 orang hadir . Mereka yang bukan islam juga turut bersama-sama menunggu waktu berbuka puasa dan berbuka puasa bersama-sama mereka yang beragama islam.  Inilah semangat yang ditanamkan oleh Pakatan Rakyat.







Program agihan Bubur Lambuk YB.Amirudin Shari & AMK Gombak





Friday, August 13, 2010

Program Turun Padang YB.Azmin Ali ke Batu Caves







Gotong Royong Perkuburan Sg.Tua, Batu Caves

YB.Amirudin turun bergotong royong bersama penduduk membersihkan tanah perkuburan Sg.Tua Bharu, Batu Caves pada 8 ogos yang lalu.





Piala Menteri Besar

YB.Amirudin Shari turun menyaksi dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Bolasepak Piala Menteri Besar pada 7 ogos yang lalu di Stadium MPS, Selayang. Pasukan Pemuda Baru Batu Caves menewaskan pasukan Indian Settlement Batu Caves dalam sepakan penalti 4-1.





Forum Perdana & Pelancaran Program Ihya Ramadan DUN Batu Caves

Ahli Panel Ustaz Mohd Nizam Kamaruzaman, Ustaz Syamsul Firdaus dan Moderator Ustaz Radzi ( Bekas Vokalis Kumpulan Rock Melissa ). Tajuk Forum : Ramadan Madrasah Nafsu dan Hati.







Sempena Pelancaran Ihya Ramadan Adun Batu Caves, YB.Amirudin telah menyerahkan sumbangan kepada 4 buah masjid dan 19 buah surau sekitar DUN Batu Caves untuk tujuan aktiviti masjid dan surau sepanjang ramadan 1431. Setiap masjid menerima RM1,500 , manakala surau antara RM500 - RM1, 000 setiap surau.

Artis Rock Kapak di Karnival Rakyat Batu Caves






Antara artis Rock kapak yang terlibat ialah Afee U-Topia, Yazid Sejati, Ustaz Radzi bekas vokalis Melissa , Blank Gamma dan beberapa teman lain yang turut serta. Syabas.

Karnival Rakyat DUN Batu Caves 2010 ( 3 )