Tuesday, July 28, 2009

Adun dakwa salah guna dibuat BN

SHAH ALAM: Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, antara tujuh wakil rakyat Pakatan Rakyat yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan wang peruntukan kerajaan negeri, semalam mendedahkan penyelewengan wang didakwa dilakukan ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram itu mendakwa, bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Gurney, Ulu Yam Baru, Selangor, Lee Hing Huat, yang dilantik BN melesapkan wang tunai berjumlah RM90,000 pada 2005.

Yong mendakwa, Lee yang mewakili MCA ketika itu menyalahguna kuasa dengan memindahkan sejumlah wang itu daripada akaun JKKK Kampung Gurney ke akaun peribadinya pada 23 September 2005.

JOM TURUN RAMAI-RAMAI 1 OGOS

Monday, July 27, 2009

YB.Amirudin di venue SUKSES





Kursus Kek dan Roti DUN Batu Caves






Seramai 40 pesera wanita dari DUN Batu Caves telah menyertai kursus pembuatan kek dan roti anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Caves dan Bakeri Ria Academy . Kursus ditaja sepenuhnya oleh Pejabat ADUN Batu Caves ini memberi pendedahan kepada mereka bagaimana boleh menjana pendapatan melalui ilmu pembuatan kek dan roti ini.

Thursday, July 9, 2009

Sultan: Usah Guna Kedudukan YB Untuk Kepentingan Peribadi


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengingatkan wakil rakyat supaya tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi yang boleh menghancurkan kesejahteraan rakyat dan negeri Selangor.

Titah baginda, wakil rakyat tidak boleh mengunakan kepentingan peribadi sehingga hilang pemikiran yang waras dan timbul perasaan tamak haloba.

"Sukacita beta pada hari yang bersejarah ini mengingatkan kepada ahli-ahli yang berhormat bahawa Negara Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan Berparlimen semenjak Negara mencapai kemerdekaan. Sistem ini telah termaktub…
di dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda.

Titah baginda, institusi Raja mempunyai kuasa dan peranan yang amat penting dalam mempertahankan kedaulatan, kebesaran dan kemulian Raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan juga melindungi kepentingan kaum-kaum lain.

Asas kepada kewujudan peruntukan yang penting ini adalah hasil dari permuafakatan yang dicapai antara pemimpin tiga kaum terbesar di Negara ini iaitu Melayu, Cina dan India, atas perkenan Raja-raja Melayu.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Santapan Di Raja sempena Sambutan 50 Tahun Dewan Negeri Selangor.

Titahnya lagi, Sistem Raja Berperlembagaan dan Berparlimen juga meletakkan Raja sebagai salah satu Institusi penting di dalam Parlimen dan di Dewan Undangan sesebuah negeri.

"Oleh itu, anggapan sesetengah pihak bahawa Raja adalah sekadar lambang istiadat dan upacara rasmi semata-mata, tanpa sebarang kuasa adalah satu tafsiran yang salah dan perlu dikikis serta diperbetulkan dengan segera," baginda bertitah.

Sultan Selangor melahirkan rasa kesal terhadap beberapa kejadian buruk sejak kebelakangan ini yang memperlihatkan ada di kalangan Ahli-ahli yang berhormat menunjukkan sikap kurang sopan dan tidak beradap kepada Institusi Raja dan kemuliaan Dewan Negeri.

Keadaan itu, titah Baginda boleh mencetuskan keadaan kelam kabut, dan mencerminkan betapa rendahnya moral Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dalam pada itu, Baginda turut mengingatkan wakil rakyat supaya menjaga perilaku, kesopanan dan etika pemakaian seperti yang telah ditetapkan dan akur kepada segala peraturan mesyuarat dewan.
"Sikap biadap, tidak sopan dan tuduh menuduh dengan perkataan yang kesat hingga menimbulkan perbalahan yang merugikan tanpa asas yang kukuh seharusnya dihindari pada setiap masa,"

"Hentikanlah segala politik yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Sudah sampai masanya semua pihak, terutama Ahli-ahli Yang Berhormat menumpukan perhatian memperjuangkan hak rakyat dan nasib mereka yang memerlukan bantuan dan khidmat dari Ahli-ahli yang Berhormat sekalian," baginda bertitah.

Pengeluaran padi diletakkan dalam pakej rangsangan ekonomi

Muhammad Arif Ismail
Thu | Jul 09, 09 | 1:33:08 pm MYT

SHAH ALAM, 9 Julai (Hrkh) - Bagi menjamin kesejahteraan hidup para petani, kerajaan Selangor meletakkan sektor pengeluaran padi dalam pakej rangsangan ekonomi negeri. Iklan

Demikian jawapan dari Ahli Dewan Negeri (Adun) Ijok yang juga merupakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab pertanyaan dari Adun Kuala Kubu baru, Wong Koon Mun.

Beliau menegaskan bahawa semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memasukkan penanaman padi ke dalam pakej rangsangan ekonomi negeri ialah untuk mempertingkatkan usaha pengeluaran padi.

"Kita merasakan ini penting dan hasilnya yang memuaskan. Kita berharap semua Adun tidak kira dari mana parti agar dapat menolong mereka supaya peningkatan padi itu akan memberi pulangan pendapatan yang lebih.

"Kita jangan harap hal ini berlaku di Sekinchan sahaja malah peningkatan padi dapat ditingkatkan di semua tempat dalam daerah Sabak Bernam," katanya. - mns_

Friday, July 3, 2009

Sumbangan kepada keluarga miskin


YB.Amirudin Ziarah Keluarga Kematian Suami

K'jaan S'gor perjelas skim usia emas

Jul 3, 09 6:59pm

Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan parti pembangkang yang menurutnya cuba mengelirukan masyarakat umum berhubung Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Ia ekoran setiausaha dakwaan MCA Sungai Besar yang dilaporkan mendakwa tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalihkan wang sumbangan di bawah SMUE kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai penyelewengan kuasa.

"Kenyataan anggota parti pembangkang itu memperlihatkan beliau tidak langsung menyemak fakta sebelum membuat sebarang tuduhan.

"Ini kerana sesiapa yang lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 dan sedang menetap di Selangor atau Kuala Lumpur adalah layak mendaftar sebagai ahli SMUE," kata kenyataan sekretariat kerajaan Selangor hari ini.

Menurutnya, syarat kelayakan lain yang membolehkan seseorang warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai ahli SMUE ialah lahir dan sedang menetap di Selangor, atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.

"Skim ini merupakan satu skim khairat kematian bagi membantu keluarga Warga Emas yang layak dan berdaftar, yang meninggal dunia.

Ketepi perbezaan politik

"Maka adalah tidak wajar untuk memberi sumbangan RM1,000 sebaik selepas tarikh pendaftaran sepertimana dicadangkan oleh anggota MCA itu bagi tujuan perbelanjaan atau pelancongan.

"Berhubung kes 1,000 borang permohonan ditolak sepertimana dilaporkan dalam media, pihak urusetia yang mengendalikan skim ini - Rantaian Mesra Sdn. Bhd - mengesahkan ia tidak wujud kerana urusetia tidak berhak menolak permohonan tetapi hanya memproses borang permohonan yang dihantar dari Pusat Khidmat DUN," kata kenyataan tersebut.

Menurutnya, mereka yang layak, akan didaftarkan terus dan borang yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada Pusat Khidmat DUN untuk melengkapkannya.

"Skim ini disasarkan kepada semua yang layak dan berdaftar tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan kedudukan sosial.

"Oleh itu, kerajaan negeri berharap parti pembangkang mengetepikan perbezaan politik dan tidak melakukan tuduhan yang tidak berasas, sebaliknya membantu menjayakan program ini demi kebaikan dan kebajikan seluruh warga Selangor.

"Bagi mereka yang mempunyai masalah dari segi pendaftaran, sila hubungi terus pihak urusetia, Rantaian Mesra Sdn. Bhd. di talian 03-55103468 atau 03-55103472 ," katanya.

Pesta Buku Selangor 2009 bakal dapat sambutan - Exco

Muhammad Arif Ismail
Fri | Jul 03, 09 | 3:22:38 pm MYT

SHAH ALAM, 3 Julai (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menegaskan Sambutan Pesta Buku Negeri Selangor mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penduduk negeri ini khasnya. Iklan

Menurutnya, pesta buku ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

"Sambutan begitu mengalakkan dari rakyat Selangor telah ditunjukkan sejak tahun 2006 dengan seramai 50,000 orang dan pada 2007, 93,000 orang dan 2008 seramai 262,370 orang.

"Makna tiga kali ganda lebih ramai daripada 2007 dan kita sasarkan pengunjung pada tahun ini yang bakal menghadiri Pesta ini di antara seramai 350,000 hingga 400,000 orang dengan 55 penerbit dari seluruh negara.

"Jumlah gerai juga akan meningkat, saya difahamkan tadi semua gerai tersebut telah habis ditempah. Pada tahun ini pihak penganjur telah membuka sebanyak 106 buah gerai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Selangor 2009 yang diadakan di Hotel Grand Bluewave, dekat sini semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Pengarah PPAS, Mastura Muhamad dan Pengurus Besar PTS yang juga merangkap Pengerusi Publisiti Pesta ini, Fauzul Naim Ishak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang itu berkata, pada tahun 2008, hanya 82 buah gerai sahaja dibuka.

"Kita harapkan penganjuran pesta pada tahun ini dapat menarik seramai mungkin pengunjung dan kita minta seluruh rakyat Selangor khasnya kalau boleh seluruh Malaysia bersama-sama memeriahkan pesta ini," katanya.

Tambah beliau yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah PPAS, pesta tersebut akan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, mulai 24 Julai hingga 3 Ogos dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Pengarah PPAS, Mastura Muhamad berkata, dalam pesta buku ini juga kita akan adakan pelbagai aktiviti yang akan menarik ramai pengunjung ke pesta ini.

Aktivti tersebut katanya ialah baca cerpen bersama Kavyan, aktiviti bersama PEKOMIK/PEKATUN, Dialog Sasterawan Negara dan persembahan boneka kelip-kelip.

"Kemungkinan kita akan jemput karakter Upin dan Ipin untuk memeriahkan pesta ini. Dalam pesta ini juga kami akan memperkenal maskot baru PPAS," ujar beliau. - mns_