Sunday, May 31, 2009

Pusat Khidmat Masyarakat YB.Amirudin Shari akan berpindah

Mulai 1 Jun 2009, Pusat Khidmat YB.Amirudin Shari akan berpindah ke pejabat baru iaitu di :-

13-A-1, Taman Amaniah Mulia,
Jalan Amaniah Mulia 3,68100 Batu Caves
( Bersebelahan Kg. Baru Batu Caves )

Tel /Fax : 03-61875950

Walaubagaimana pun , YB.Amirudin akan tetap mengadakan khidmat mesra rakyat di Balai Penghulu pada setiap hari jumaat setiap minggu dari jam 11 pagi - 3.30 ptg.

Sumbangan mangsa banjir di Kag Nakhoda



Ziarah warga emas meninggal dan sumbangan SMUE



Thursday, May 28, 2009

Kaji Semula Denda RM20

Thursday, 21 May 2009 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 20 Mei - Kerajaan Selangor dijangka mengkaji semula purata denda RM20 yang dikenakan kepada pemilik rumah yang gagal menjelaskan cukai pintu mengikut tempoh yang ditetapkan.

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu semasa sidang media selepas mesyuarat Exco petang tadi.

“Kita akan bermesyuarat hujung bulan ini bagi mengenal pasti kaedah yang lebih praktikal dan boleh diterima semua pihak,” katanya langkah itu dibuat berikutan bantahan daripada orang ramai.

Sebelum ini, kerajaan negeri menetapkan kadar itu (RM20), sebagai mematuhi keputusan mahkamah pada tahun lepas yang menetapkan bahawa denda lewat bayar cukai pintu tidak boleh dikira berdasarkan peratusan.

Dalam pada itu, beliau berkata satu perjumpaan bakal diadakan dengan pengusaha minuman keras dan badan bukan kerajaan (NGO) di Bangunan Annex, petang esok.

Menurutnya, perjumpaan itu bagi mendapatkan pandangan pihak terbabit dan menetapkan beberapa garis panduan yang bersesuaian untuk dipatuhi dalam mengawal penjualan minuman keras secara berleluasa khususnya kepada yang beragama Islam di negeri ini.

“Perjumpaan ini akan turut disertai Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya. - MURIZA ABDUL HAMID

Kerajaan Negeri Selangor Membidas Tindakan PEWARIS

Thursday, 28 May 2009 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 28 Mei - Tindakan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) menyelar Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai “menyokong budaya perhimpunan haram” dalam Utusan Malaysia (28 Mei 2009, mukasurat 13) hari ini memperlihatkan badan bukan kerajaan itu kurang memahami prinsip asas sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.

Tan Sri Abdul Khalid dalam sidang media Isnin lalu menyatakan rasa kesal atas tindakan keras polis yang melampau terhadap perhimpunan aman kebelakangan ini.

Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan secara aman adalah hak asasi setiap warganegara di Malaysia yang termaktub dalam Deklarasi Hak-hak Asasi Sedunia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan merupakan prinsip asas sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi supaya rakyat dapat mengambil bahagian dalam proses pembentukan polisi negara.

Oleh itu adalah tidak wajar bagi Pewaris mentafsirkan pendirian tersebut sebagai percubaan “menghasut dan menggalakkan rakyat untuk menyalahi undang-undang”.

Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang sebagai landasan keadilan sosial, pentadbiran dan pertahanan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Namun undang-undang tidak patut disalahgunakan demi kepentingan politik pihak tertentu sehingga masyarakat awam hilang keyakinan terhadap institusi polis. Undang-undang berhubung dengan perhimpunan orang awam wajar dikaji semula supaya selaras dengan prinsip asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Generasi Baru Pakatan Rakyat


Sewaktu penamaan calon Dun penanti lalu, saya terserempak dengan anak-anak muda yang memakai baju tertulis Generasi Baru Pakatan Rakyat. Syabas saya ucapkan kepada anak-anak muda ini yang berani menyatakan pendirian mereka yang menyokong Pakatan Rakyat. Saya difahamkan mereka ini dari Parlimen Titiwangsa. Syabas.

YB.Amirudin Shari

YB.Amirudin bantu mangsa banjir






YB. Amirudin turut sama membantu mangsa banjir kilat di beberapa kawasan sekitar batu caves antaranya kg. laksamana, kg nakhoda dan sg. kertas. makanan turut dibekalkan kepada mangsa pada malam itu.

Wednesday, May 27, 2009

Kempen SMUE di Flet Kenanga




Tarikh: 17 Mei 2009
Tempat: Flet Kenanga

Lawatan Pusat Khidmat Rakyat DUN Rawang





Pada 20 Mei yang lalu, pusat khidmat masyarakat DUN Rawang bersama YB.Gan Pei Nei telah mengadakan lawatan sambil kerja ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Caves. Turut hadir meraikan rombongan DUN Rawang ialah YB.Amirudin Shari. Dalam pertemuan tersebut , kedua pihak bertukar pandangan untuk memperbaiki khidmat kepada rakyat. Pertemuan tersebut telah mengeratkan lagi kedua-dua hubungan kedua-dua pihak.

Thursday, May 21, 2009

Sukaneka Halwani Taman Jasa Utama






Tarikh : 16 Mei 2009
Tempat : Taman Jasa Utama, Batu Caves
Tetamu : YB.Azmin Ali & YB. Amirudin Shari

Monday, May 18, 2009

Tahniah YB dan isteri

Warga Pengurusan DUN, Pusat Khidmat Masyarakat dan seluruh warga Batu Caves mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamata yang ke 3 kepada YB.Amirudin dan isteri, Puan Masdiana Mohamed. Cahayamata perempuan ini diharapkan akan menjadi sinar kehidupan kepada YB.sekeluarga dan terus bersemangat dalam menjalankan amanah dan tanggugjawab yang diberi.

Thursday, May 7, 2009

Program YB.Amirudin Shari bersama YB.Dr.Xavier Jayakumar






Tarikh : 11 April 2009
Tempat : Dewan Indian Settlement, Batu Caves

Program YB.Amirudin Shari



Majlis Penyerahan Pampasan Setinggan Komersil Projek KTM/YTL oleh Wakil Peribadi YB.Amirudin merangkap Pengarah DUN Batu Caves, Shaharudin Abu Bakar



YB. Amirudin Shari Di Program Maulidur Rasul Peringkat Mukim Batu di Surau An-Nasihin , Kg.Sg.Kertas bersama JKKK Mukim Batu