Friday, January 30, 2009

Al-Fatihah




YB.Amirudin Shari sempat menziarahi keluarga allahyarham adik Muhammad Danial Hakimi yang meninggal dunia pada 29 januari akibat denggi berdarah di Kg Laksamana. Semoga roh allahyarham di cucuri rahmat. Amin.

Banjir Kilat

Banjir kilat yang sering melanda Kg laksamana selama ini dijangka akan dapat diselesaikan sedikit masa lagi. Kelulusan telah diperolehi dari MPS bagi memperbesarkan longkang yang tidak dapat menampung air yang banyak. Ahli Majlis MPS bagi Zon 13, Ustaz Hasbullah telah mengesahkan perkara tersebut. Jalan Laksamana 2,4, 6 dan 10 yang kerap banjir akan dapat terlibat dalam pembesaran longkang.





Sekitar Penyerahan Wang Saguhati Setinggan Komersil Projek Keretapi Elektrik Sentul - Batu Caves






Masalah setinggan komersil yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi elektrik dari Sentul ke Batu Caves telah berjaya diselesaikan . Masalah yang berlarutan agak sekian lama sejak di zaman BN lagi telah diselesaikan dengan pemberian saguhati kepada 8 peniaga terbabit. Wang saguhati ini hasil dari persetujuan 3 pihak iaitu syarikat YTL, pejabat ADUN Batu Caves dan MPS. Ini semata-mata bagi membolehkan projek yang tertangguh agak lama dapat dijalankan dengan lancar. Projek ini dijangka siap mei 2009 namun disebabkan 8 peniaga ini, ianya terlewat tersasar dari matlamat asal.

Alhamdullillah akhirnya berjaya diselesaikan dengan cara baik dan berhikmah. Terima kasih kepada peniaga yang akur juga dengan keputusan semua pihak.

Wednesday, January 28, 2009

Klinik Solat Remaja DUN Batu Caves







Anjuran : JKP Zon 8 dan Pejabat ADUN Batu Caves
Tarikh : 24-25 Januari 2009
Tempat : Masjid An-Nur, Kg Melayu Wira Damai

Sunday, January 25, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA



Date: : 26/1/2009 (Isnin)
Time : 1.00 pm – 3.00pm
Venue : Dewan Persatuan Hokkien Klang

Friday, January 23, 2009

Rakyat Selangor Yang Kehilangan Pekerjaan Boleh Mohon Bantuan Zakat

SHAH ALAM, 19 Januari - Rakyat Selangor khususnya yang sudah berkeluarga yang kehilangan pekerjaan mahupun terjejas pendapatan akibat krisis ekonomi ketika ini boleh memohon bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Demikian dinyatakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu sidang media mengenai hal ehwal zakat di Bangunan Sultan Idris Shah tengah hari tadi.

Menurut beliau, Mais melalui LZS akan memperuntukkan wang zakat bagi membantu meringankan beban mereka yang menghadapi masalah kewangan yang mendesak.

“Bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat diberhentikan, LZS sedia menghulurkan bantuan agar kehidupan mereka dan anak-anak tidak terjejas,” katanya.

Mohamad Adzib berkata LZS akan membuat penilaian kelayakan mereka yang boleh diberi bantuan berdasarkan beberapa kategori asnaf.

“Ramai yang mungkin memerlukan ratusan ringgit untuk membiayai persekolahan anak-anak dan mereka boleh dipertimbangkan berdasarkan asnaf fisabilillah,” katanya.

Beliau berharap ketua-ketua masyarakat akan dapat menghebahkan bantuan yang disediakan LZS itu agar dapat membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan. – NOOR ALLIA KASSIM

SELAMAT TAHUN BARU CINA DARIPADA YB.AMIRUDIN SHARI, ADUN BATU CAVES

Gambar sekitar penyerahan sumbangan TBC





Sumbangan Tahun Baru Cina

Semalam 23 Januari Yb Amirudin sempat bersama-sama masyarakat cina dalam majlis penyampaian Sumbangan tahun Baru Cina. 20 keluarga menerima bantuan hamper dan limau mandarin . Malah YB. Amirudin sempat mengunjungi rumah-rumah kaum cina bagi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina di Kg Laksamana. Ramai yang teruja dengan kehadiran beliau kerana tidak sangka seorang Wakil Rakyat akan datang mengunjungi mereka semata-mata untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina.





Wednesday, January 21, 2009

Malam Siraman Kasih



YB.Amirudin Sharisempat menghadiri Malam Konsert Amal dan Kutipan Dana Rumah Siraman Kasih anjuran Kumpulan Ikhwan pada 19 Januari 2009 di Bandar Baru Selayang. Makan Malam ini bertujuan untuk mengutip dana Rumah Siraman Kasih.

Tuesday, January 20, 2009

Papan Tanda Pakatan Rakyat di DUN Batu Caves

Program Bubur Asyura







Isteri YB.Amirudin Shari, Puan Masdiana Mohamed telah menghadiri program bubur Asyura anjuran wanita DUN Batu Caves di bawah Puan Rahmah Siteh pada 11 januari 2009 yang lalu.

Gotong Royong Serentak Seluruh Selangor






Gotong Royong serentak di seluruh Selangor pada 10 januari 2009. YB.Amirudin menghadiri program tersebut di beberapa lokasi seperti di Sri Batu Caves, Wira Damai dan Sg. Kertas.
Ahli Majlis Perlu Jadi Pemantau Integriti PBT - Abdul Khalid
Tuesday, 20 January 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 20 Januari - Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu berperanan sebagai pemantau terhadap integriti dan akauntabiliti institusi itu.

Menurut beliau, ahli majlis boleh mendapatkan pandangan dan maklum balas dari orang ramai mengenai sebarang penyelewengan oleh mana-mana anggota majlis.

“Betapa pentingnya ahli majlis memahami peranan dan tanggungjawab tersedia serta tidak melampaui batas-batas yang ditetapkan.

“Ahli majlis perlu mempunyai sikap-sikap diplomasi, kompromi, persefahaman dan permuafakatan dalam pelaksanaan pentadbiran serta pengurusan dengan majlis,” katanya pada majlis perjumpaan khas dengan ahli majlis PBT bagi penggal 2008/2009 di Dewan Jubli Perak dekat sini petang tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Abdul Khalid berkata semua ahli majlis seharusnya bekerjasama sebagai satu pasukan tanpa mengira latar belakang dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

Tambahnya, ahli-ahli majlis yang dilantik daripada pelbagai komponen, termasuk golongan profesional, orang kurang upaya (OKU), ahli badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik, seharusnya menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Beliau berkata walaupun tempoh pelantikan mereka hanya satu tahun, mereka boleh dipertimbangkan semula untuk menyambung perkhidmatan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.

“Tujuan penetapan tempoh ini dibuat adalah untuk memberi peluang kepada calon-calon lain supaya dapat menyumbang tenaga dan memperkembangkan idea-idea baru kepada PBT,” katanya.

Abdul Khalid berkata kelancaran tugas PBT sebagai institusi yang paling dekat dengan rakyat bergantung kepada peranan dan komitmen ahli majlisnya.

“Justeru, setiap ahli majlis perlu menyampaikan perkhidmatan dengan cekap, telus dan berintegriti, bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi demi kepentingan rakyat,” katanya. - NOOR ALLIA KASSIM

Ulangtahun Tokong Cina Di Batu Caves