Wednesday, December 17, 2008

Dari akhbar Sinar Harian


Menghadiri majlis Kahwin beramai-ramai masyarakat orang asli di Masjid Amaniah


Sumbangan Mesra Usia Emas di Kg Nakhoda

Friday, December 12, 2008

Daulat Tuanku

Ekspo Selangor Ria 13 Dis - 21 Dis

Berita Dari Negeri

Kerajaan Selangor anjur forum terbuka untuk penduduk Bukit Antarabangsa
Muhammad Arif Ismail

Thu | Dec 11, 08 | 11:43:26 am MYT
SHAH ALAM, 11 Dis (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk mengadakan satu forum terbuka bagi penduduk Bukit Antarabangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Sabtu lalu. Iklan

"Forum ini akan diadakan pada awal bulan Januari atau selepas 17 Januari ini," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, semalam.

"Forum ini akan melibatkan penduduk di kawasan perumahan, para profesional dalam pembinaan dan pembangunan cerun bukit, NGO dan badan kerajaan yang terlibat.

"Antara perkara yang akan dibincangkan ialah bagaimana cara untuk mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh.

"Oleh itu, mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini telah menjemput seorang jurutera profesional untuk memberi khidmat nasihat dalam pengurusan dan pembangunan cerun bukit," kata Abdul Khalid.

Dalam pada itu, beliau juga ditanya adakah kerajaan negeri sekarang tidak boleh membatalkan sebarang projek cerun yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu.

"Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan projek pembangunan di cerun-cerun bukit, cuma kerajaan negeri hanya mampu untuk memantau dengan teliti sesuatu projek pembangunan di cerun supaya tidak timbul sebarang masalah" jawab beliau. _

Tabung Mesra Usia Emas (MUE)






Alhamdullillah, MUE telah berjalan dengan baik setakat ini. Di DUN Batu Caves beberapa keluarga telah mula menikmati hasil dari MUE ini. Saya telah berpeluang menyampaikan sendiri wang Sumbangan Kerajaan Negeri melalui MUE ini pada minggu lepas. Antaranya dari keluarga Allahyarham Encik Mahmud Jonet di Kg Nakhoda, Keluarga Allahyarhamah Selema Sulong di Kg Laksamana, Mendiang James Moir di Jalan 8e Selayang Baru, Keluarga Mendiang Lim di Jinjang dan Keluarga Mendiang Sivaratnam di Taman Sri Selayang. Semua keluarga tersebut mendapat RM1000 sebagai pendahuluan dari RM2500 dari tabung MUE.