Sunday, November 23, 2008

Suara Azmin Ali - Ahli Parlimen Gombak


Minyak Turun, Harga Barang Keperluan Masih Mahal..

Penurunan harga minyak secara berperingkat tidak memberi kesan positif kepada ekonomi negara kerana harga barang tetap kekal tinggi ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional beberapa bulan lalu. Walaupun penurunan secara berperingkat telah dilakukan yang kini sudah masuk kali kelima seperti yang diumumkan baru-baru ini tidak menyebabkan sebarang perubahan terhadap barang keperluan pengguna.

Walaupun kerajaan menggandakan usaha termasuk mendesak pembekal menurunkan harga, namun langkah tersebut tidak memberi sebarang impak dan dilihat sudah tidak boleh dikawal lagi.

Kerajaan boleh mengadakan pelbagai kempen dan memujuk penjual menurunkan harga barangan, namun adakah sola perlaksanaan dan penguatkuasaan berada dalam tahap efektif walaupun kerajaan membelanjakan begitu banyak untuk tujuan berkenaan.

Oleh sebab itu, kami Pakatan Rakyat menyarankan kepada kerajaan agar mengkaji dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan dan dasar bagi mengelakkan perkara sebigini tidak berulang lagi.

Azmin Ali.

Kongres Nasional KeAdilan 2008


Saya agak sibuk membuat persiapan Kongres Nasional KeAdilan 2008 yang dijadualkan berlangsung pada 28 - 30 Nov di Stadium Malawati Shah Alam. Sebagai tuan rumah , saya selaku Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor, amat sibuk membuat persiapan hingga kadang kala bermesyuarat hingga jauh malam. Saya mohon kemaafan jika seminggu dua ini saya jarang berada di kawasan. Namun saya percaya pegawai-pegawai saya dapat menjalankan tugas saya sementara ketiadaan saya. Rakyat Batu Caves yang ingin turut serta menghadiri kongres, sila berhubung dengan pejabat saya. Bas dan makan, minum disediakan secara percuma pada 29 nov ini. Selamat Bersidang Perwakilan semua.

Perbahasan YB.Amirudin di Sidang DUN Selangor



TUAN SPEAKER : Batu Caves.

Y.B. TUAN AMIRUDIN BIN SHARI : Terima kasih Speaker. Saya mengucapkan terima kasih kepada Speaker yang teah memberikan ruang untuk saya berbahas dalam dasar ataupun usul hala tuju perancangan pembangunan negeri Selangor tahun 2025. Tuan Speaker, ahli kerajaan dan ahli dewan yang saya kasihi sekalian. Pertamanya apabila melihat satu perancangan jangka panjang kita harus sedar ada beberapa perkara yang harus diteliti kepada pembuat dasar tersebut, dasar jangka panjang dipanggil 10 tahun ataupun 5 tahun sebelum ini jangka sederhana dan jangka pendek ini merupakan satu tradjsi yang bermula di negara Eropah kalau boleh disebut sebagai Rusia ataupun Soviet Union selepas mereka mengalami masalah ekonomi. Namun begitu sebagai sebuah masyarakat yang majmuk dan sebagai sebuah masyarakat yang terdiri daripada perbagai bentuk ruang yang tidak boleh menyeragamkan manusia kita harus sedar bahawa dasar jangka panjang ini harus diikuti dengan dasar-dasar jangka pendek. Kalau kita lihat, pengalaman Malaysia kita mengeluarkan dasar jangka panjang negara, Rancangan Malaysia Ke-2, Rancangan Malaysia ke-3 sampai Rancangan Malaysia Ke-9, kita lihat ada beberapa sasaran yang tersasar. Sebagai contoh dasar ekonomi baru yang mensasarkan 30% pemilikan ekuiti orang Melayu hanya mensasarkan sekitar 18% selepas melebihi daripada tahun 1950 yang telah disasarkan melalui Dasar Ekonomi Baru tersebut. Justeru saya menyeru kepada pihak pembuat dasar ini ataupun kepada kerajaan negeri agar dasar jangka panjang ini harus diikuti pelan-pelan jangka pendek 3 tahun atau 5 tahun begitu untuk memastikan perancangan-perancangan yang diaturkan 5 dasar, 7 dasar ataupun 7 teras yang disebutkan oleh EXCO yang berkenaan ini menepati dan mencapai kepada sasaran yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, kita lihat kepada pertumbuhan penduduk yang kita lihat mendadak naik khususnya di Negeri Selangor. Pada tahun 1991 dalam pembentangan dalam buku yang telah diedarkan ini kita lihat penduduk di sekitar negeri Selangor sekitar 2.41 juta selepas itu pada tahun 2010 satu pertumbuhan yang cukup hebat 4 juta lebih penduduk telah dikenal atau dikesan pasti di negeri Selangor. Dan sekarang dalam tempoh 8 tahun kita telah mempunyai penduduk sekitar 5.1 juta malahan dalam rancangan jangka panjang ini kalau dilihat kepada unjuran yang telah dibukakan bahawa penduduk yang akan hadir ataupun yang akan wujud di negeri Selangor ini adalah sekitar 7.3 juta pada tahun 2020. Kalau lihat kepadaperkembangan-perkembangan daripada 2.4 juta kepada 4 juta lebih kemudian masuk pada 5 juta dan unjuran 7.3 juta itu harus dinilai semula apakah mungkin dengan kemakmuran ekonomi di negeri Selangor dengan pertumbuhan dan peluang politik dan ekonomi yang lebih luas dan peluang sosial yang akan dibuka dengan dasar kerajaan terbuka kerajaan negeri ini akan menarik orang-orang luar daripada negeri Selangor akan hadir termasuk pekerja-pekerja asing yang mungkin kita nilaikan. Dengan pertambahan penduduk seperi ini, segala perancangan yang telah disusunkan Rancangan Perumahan baik, Perancangan rumah ibadat, masjid, kuil dan sebagainya itu sudah pasti memerlukan satu pertambahan yang kadangkala boleh menyebabkan kita terlari dan terkeluar daripada sasaran yang telah dibentangkan ataupun sasaran yang telah diberikan. Justeru saya menyeru kepada pihak EXCO dan kerajaan negeri, pentadbir eksekutif kerajaan negeri supaya mempunyai pelan jangka pendek untuk mencapai 17 tahun daripada tempoh 2008 sehingga 2025 ini melihat dari tahun ke tahun melihat selepas 3 tahun dan melihat selepas 5 tahun untuk memastikan kita tidak terkeluar daripada landasan yang telah ditetapkan ataupun yang telah disasarkan.
Tuan Speaker, Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,
Kita mensasarkan satu pembangunan yang holistik, Meru menyebutkan sebagai pembangunan yang syumul dengan syarah yang agak panjang terutama dalam berkaitan dalam usul ataupun dalam, dalam konteks pembangunan Islam. Dan sudah pasti saya menyokong cadangan ini, satu pembangunan yang holistik yang merangkumi pembangunan fizikal dan pembangunan mental dan juga pembangunan rohaniah dan juga pembangunan intelektual. Justeru saya melihat beberapa aspek harus ditekankan dalam konteks pembangunan sosial. Semalam kita menyebutkan ataupun Batu Caves telah menyebutkan tentang kepentingan untuk mewujudkan budaya ataupun sebuah perkembangan dan pusat kebudayaan di Negeri Selangor. Justeru saya melihat kepada kertas yang telah dibentangkan. Wujudnya usaha untuk mewujudkan Selangor sebagai sebuah kawasan multi fokus maknanya pembangunan fizikal, pembangunan industri dan pembangunan kawasan-kawasan tertentu itu tidak tertumpu di satu kawasan sahaja yang disebut Shah Alam, Petaling Jaya dan kawasan Subang Jaya yang cukup padat dan sendat dengan penduduk dan akhirnya boleh menyebabkan masalah-masalah sosial yang lain. Justeru fokus ini juga harus dikembangkan daripada unsur kebudayaan ataupun unsur sosial. Pembangunan sukan sebagai contoh, pembangunan pusat kebudayaan sebagai contoh, pembangunan pusat-pusat Hub Pendidikan sebagaimana yang dicita-citakan oleh Bangi. Bangi ada, tidur ke apa ? (Dewan Gelak)

Tuan Speaker, Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,

Sebab itu usaha ini harus difokuskan terhadap sumber-sumber yang sedia ada. Bangi menyebut adanya Kolej Darul Hikmah, Universiti Kebangsaan Malaysia, KUIM yang dulu dituk....KUIS dan sebagainya ini harus dilingkungi oleh satu suasana yang baru dan suasana yang saya cadangkan ini kepada Exco terlibat, Exco Pendidikan supaya meletakkan suntikan-suntikan yang agak berbeda daripada universiti-universiti tempatan. Kita lihat hasil daripada universiti-universiti tempatan menghasilkan sebahagian besarnya daripada mereka adalah mereka-mereka yang hanya bersedia untuk bekerja tapi tidak bersedia untuk mencari dan mencipta ruang pekerjaan. Bermakna ada masalah pemikiran kreatif, ada masalah pemikiran yang ada menyerapi di kalangan mahasiswa-mahasiswi dan sudah pasti kepada mahasiwsa-mahasiswi tempatan ia melibatkan kepada akta universiti dan kolej universiti. Walaupun UNISEL,KUiS, INSPEN dan sebagainya nanti apabila terlibat sebagai sebuah universiti yang masih lagi tertakluk di bawah universiti ataupun kementerian pengajian tinggi, kita tidak seharusnya duduk diam dan menyalahkan begitu sahaja, harus ada suntikan-suntikan semangat yang diberikan termasuk memperkaya persatuan-persatuan pelajar, memberi ruang kepada mereka untuk menyelusur dan menjelajah kepada ruang-ruang tertentu yang sudah pasti boleh mencambahkan pemikiran kreatif dan seterusnya mampu melahirkan satu perkembangan yang lebih holistik dan perkembangan yang sangat baik untuk pelajar dan mahasiswa-mahasisiwi di universiti.

Tuan Speaker, Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,
Oleh itu saya rasa, untuk langkah pertama apa salahnya kita jemput pelajar UNISEL untuk hadir ke dewan untuk belajar sedikit bagaimana perbahasan ini berlangsung untuk faham bagaimana kita tadbir. Ini bukan sebab maksud politik kita tak nak doctrine mereka sebagaimana Latihan Biro Tatanegara yang pernah di duduki oleh Exco di sana.

Tuan Speaker, Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,
Sebab itu apabila kita sebutkan tentang perancangan fizikal ataupun perancangan sosial ini, kita seharusnya juga melihat kepada pertumbuhan sukan yang merupakan Selangor merupakan sebuah negeri yang diiktiraf dengan pembangunan sukannya begitu matang dan pembangunan sukannya yang begitu ke depan berbanding dengan negeri-negeri lain. Malahan kalau boleh saya sebutkan mengikut daripada data yang kita perolehi perancangan sukan di Negeri Selangor ini turut diikuti dan di.. seminit lagi.. diikuti oleh Majlis Sukan Negara. Justeru kita yang sudah mempunyal satu lokasi sukan yang tersendiri di Seksyen 13, harus dimajukan. Sukan bukan hanya kepada lokasi-lokasi infrastruktur-inftastruktur seperti stadium dan sebagainya tapi harus melibatkan industri-industri sukan yang lain. Pusat-pusat beli-belah sukan, pusat-pusat pertumbuhan sukan, akademi-akademi sukan harus dilihat dan dijanakan di tempat-tempat tersebut, justeru dapat memberikan ruang kepada atlet-atlet muda dan atlet-atlet yang telah matang berlatih di Negeri Selangor dan insya-Allah kita meneruskan kuasa kita sebagai kuasa sukan di Negeri Selangor.

Tuan Speaker, Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,
Oleh itu saya juga menyeru agak sektor pelancongan ini dimajukan khususnya Batu Caves mempunyai interest ataupun kepentingan yang cukup besar kalau dilihat kepada kertas yang telah dibentangkan dengan quarts terpanjang di dunia ataupun di Malaysia ataupun di Asia yang ada di kawasan Batu Caves. Dengan jaringan dan pelan Batu Caves yang sangat baik dan sangat menarik khususnya untuk extreme game malahan telah diakui di peringkat dunia di antara jaringan-jaringan yang terbaik ataupun tempat pendakian bukit yang terbaik yang ada di dunia dan kita harus menjadikan ruangan-ruangan ini sebagai sal ah satu tarikan dunia dan menjadikan bahawa kegiatan sukan ini bukan sahaja sebagai kegiatan riadah bukan sahaja kegiatan kebanggaan sebaliknya membawa kepada satu aspek ekonomi yang disebut sebagai pelancongan sukan dan kegiatan sukan sebagai sebuah industri. Saya mohon menyokong usul ini, Tuan Speaker. Terima kasih.

TUAN SPEAKER : Sekincan.

Tuesday, November 18, 2008

Program Deepavali Putri Laksamana






Saya berkesempatan menghadiri Majlis Deepavali di Putri Laksamana pada 15 Nov yang lalu. Programa meriah dengan kehadiran pelbagai kaum. Inilah keunikan yang ada dalam parti KeAdilan. Masing-masing menghormati agama, hak dan adat masing-masing. Program seumpama ini harus di teruskan pada masa-masa akan datang.

Lagi Gambar kempen Daftar





Berita Dari Negeri

Selangor Kaji Cadangan Tubuh Sekolah Agama Vokasional

SHAH ALAM, 17 November – Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan menubuhkan sekolah agama vokasional di negeri ini pada masa depan.


Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan cuba mengatur perkara itu dengan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan majikan swasta.

“Saya rasa sudah tiba masanya kita menggabungkan konsep pengajian agama dan peningkatan kemahiran kerana saya dapati permintaan untuk mereka yang mempunyai keupayaan kemahiran adalah tinggi,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas dengan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Selangor di Stadium Malawati pagi tadi.

Hadir sama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Menurut Abdul Khalid peluang melanjutkan pelajaran di sekolah seumpama itu boleh digunakan ramai pelajar yang mungkin tidak berupaya atau tidak mahu meneruskan pengajian ilmiah mereka, sebaliknya memilih bidang kemahiran sebagai kerjaya.

Abdul Khalid berkata selain peruntukan daripada kerajaan negeri, beliau berharap kerajaan persekutuan akan turut sama menghulur dana bagi penubuhan sekolah berkenaan.

“Ini baik untuk negara dalam melahirkan lebih ramai pekerja muda yang berkemahiran tinggi,” katanya.

Beliau berharap blue print mengenai cadangan itu dapat disediakan dalam tempoh enam bulan.

Sementara itu ketika menjawab pertanyaan media berhubung kehadiran Dato’ Seri Anwar menyampaikan ucap tama pada majlis itu, Abdul Khalid berkata beliau yang menjemput bekas Menteri Pendidikan itu yang berpengalaman dalam mengasaskan beberapa usaha awal mendidik golongan belia. ­– NOOR ALLIA KASSIM

Hebahan: Program Kerajaan Negeri

Kenyataan Media

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN BERSEPADU (HBPB) PERINGKAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR


SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu peringkat Negeri Selangor pada 18 November 2008 (Selasa) mulai jam 9.30 pagi hingga 5 petang bertempat di ruang legar Kompleks PKNS, Shah Alam.

Program ini diadakan pada setiap tahun bagi memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat, mengemukakan aduan dan pertanyaan, serta mendapatkan khidmat kaunseling dan perbincangan secara terus kepada jabatan atau agensi yang berkaitan.

Pendekatan ini merupakan salah satu usaha pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui penglibatan jabatan dan agensi kerajaan turun padang untuk menyebarkan maklumat terkini serta membantu orang ramai dalam menyelesaikan masalah.

Terdapat 28 buah jabatan dan agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pejabat Pilihan raya Selangor, Jabatan Imigresen, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan sebagainya.

Bagi orang ramai yang memerlukan maklumat berhubung Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor, seperti Skim Mesra Usia Emas, hadiah anak masuk universiti, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Ibu Tunggal dan sebagainya, mereka boleh mendaftar serta mendapatkan khidmat tersebut di kaunter booth jabatan atau agensi yang terlibat.

Selain itu, soalan kuiz serta pameran juga ada disediakan oleh beberapa jabatan dan agensi bagi menceriakan pengunjung yang hadir dalam program ini.

Berikut adalah info ringkas Program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.



BIL JABATAN / AGENSI PROGRAM / AKTIVITI
1 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia)

- Semakan data maklumat peminjam / permohonan

pinjaman pelajaran

- Hadiah anak masuk universiti

2 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

(Unit Perancang Ekonomi Negeri – UPEN)
- Pendaftaran ibu tunggal

- Semakan status pelaburan ASB/ASW

- Promosi produk IKS

- Promosi produk pelancongan

- Promosi perladangan, pertanian & perikanan.

3. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
- Pendaftaran TAWAS
- Promosi TAWAS
- Khidmat pelanggan



4. Rantaian Mesra Sdn Bhd
- Promosi Skim Mesra Usia Emas

5. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
- Khidmat pelanggan / bantuan
- Pendaftaran OKU
- Pendaftaran pusat penjagaan
- Semakan bayaran bantuan

6. Pejabat Pilihan raya Selangor
- Pendaftaran baru
- Pendaftaran tukar alamat
- Semakan daftar pemilih
- Aduan
- Kuiz

7. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor
- Khidmat nasihat
- Penerangan
- Pameran
- Tayangan video dan kuiz

8. Jabatan Pengangkutan Jalan
- Pameran
- Kuiz

9. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
- Pameran
- Promosi Program Qua-Qua
- Tayangan video
- Kuiz

10. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
- Pertanyaan
- Risalah dan pameran
- Kuiz

11. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
- Jualan Borang SPP01

12. Jabatan Imigresen Malaysia
- Pameran
- Aduan

13. Jabatan Alam Sekitar Selangor
- Pameran

14. Jabatan Pertanian Negeri Selangor
- Aduan
- Edaran kit Bumi Hijau

15. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
- Khidmat nasihat
- Pameran
- Pamplet

16. Pejabat Tanah dan Galian Selangor
- Khidmat pelanggan

17. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
- Info Hutan lipur dan Taman Negeri Selangor
- Kuiz

18. Perbendaharaan Negeri Selangor
- Pengenalan dan pameran

19. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
- Tayangan video
- Pameran

20. Badan Pencegah Rasuah (BPR)
- Aduan
- Risalah & tayangan video
- Kuiz / silang kata

21. Pusat Pelaburan Selangor (SSIC) Bhd
- Penerangan
- Perbincangan

22. Lembaga Muzium Selangor
- Pameran
- Aduan / maklum balas
- Kuiz

23. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor
- Rancangan pembangunan
- Program pembangunan mampan
- Rancangan fizikal Negara
- E- Rancang

24. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
- Kempen keahlian

25. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
(PKPS)
- Informasi dan aktiviti PKPS

26. Biro Bantuan Guaman Selangor

- Promosi Biro Bantuan Guaman
- Nasihat guaman

27. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
- Khidmat pelanggan

28. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Bahagian

Korporat/ Urusetia)

- Aduan
- Urusetia Program Hari Bertemu Pelanggan

Bersepadu

Disediakan Oleh :

Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor

Kempen Daftar Warga emas, ibu tunggal, Tawas






Program anjuran Pejabat ADUN Batu Caves pada 9hb Nov yang lalu. Dihadiri dan dirasmikan oleh YB.Amirudin Shari. Dihadiri 1,000 masyarakat sekitar DUN Batu Caves untuk mendaftar. Program amat berjaya sekali.

Sunday, November 2, 2008

Kempen Pendaftaran Usia Warga Emas dan Ibu Tunggal

Pusat Khidmat Rakyat damn Jawatankuasa Pengurusan DUN Batu Caves akan menganjurkan kempen pendaftaran warga emas dan ibu tunggal pada 9hb nov hingga 16 nov 2008. Ia bertujuan untuk mendaftar seramai mungkin warga emas dan ibu tunggal di Batu Caves untuk memperolehi faedah yang di beri oleh kerajaan negeri. Saya mengalu-alukan kehadiran semua warga emas dan juga waris serta ibu-ibu tunggal.

Jangan lupa bawa kad pengenalan penama dan juga waris untuk tujuan pendaftaran nanti.

Tarikh : 9hb Nov 2008
Masa : 9.30 pagi - 12.30 t.hari
Tempat : Balai Penghulu Mukim batu
Jalan Sungai Tua

Aktiviti Lasak Di Gua Damai





Semalam sempat saya bersama-sama menjayakan aktiviti lasak di Gua Damai, Kg Melayu Wira Damai. Program yang dianjurkan oleh Belia 4B dan Wira Adventures berjaya menarik penyertaan peserta dalam dan luar negara. Ini sesuatu yang baik dan saya selaku Timbalan Pengerusi majlis Sukan Negeri Selangor akan mengusulkan kepada kerajaan negeri supaya pihak Majlis Sukan Negeri Selangor juga turut sama diajak menggiatkan aktiviti sukan lasak ini. Sukan seperti Rock climbing, wall climbing dan sebagainya mempunyai potensi yang cukup baik di Selangor sebagai satu cara menggalakkan pelancongan.

Program Perasmian Kompleks JKKK Kg Baru Batu Caves




Replika DSAI di turunkan akhirnya




Pada ahad 2 nov, pihak kita telahpun menurunkan replika DSAI yang mencetuskan kontroversi di kalangan puak-puak UMNO/BN. Walaupun permit hanya akan berakhir pada 4 nov tetapi kita ambil keputusan untuk menurunkannya awal kerana 4 nov waktu kerja. Bukan bermakna kita tewas dengan desakan UMNO/BN tetapi kita merasakan matlamat kita telah tercapai iaitu untuk tujuan pernghargaan kepada masyarakat DUN Batu Caves sempena Hari Raya dan Deepavali.

Tahniah saya ucapakan kepada mereka yang terbabit atas usaha dan penat lelah mereka dan juga tahniah kerana kita tak mudah melatah akan karenah dan sikap kebudak-budakkan UMNO/BN dan mufti Perlis . UMNO/BN tak pernah belajar dari kesilapan walaupun mengalami tsunami 8 mac 2008.