Wednesday, October 29, 2008

Replika DSAI


Pihak Pengurusan DUN Batu Caves tidak bercadang untuk menambahkan lagi tempoh masa yang berakhir pada 4 nov. Mereka yang terbabit akan diminta agar dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MPS mengikut permit berakhir pada 4 nov sahaja. "Kita masih beranggapan bahawa ianya bukan untuk pemujaan tetapi sekadar untuk penghormatan " jelas Pengarah DUN Batu Caves Saharudin Hj Abu Bakar ketika dihubungi.

Sidang DUN Berakhir


Alhamdullillah sidang DUN berjaya dilaksanakan selama 7 hari bermula pada 20 oktober - 24 oktober dan disambung selepas Deepavali pada 28 dan 29 okt. Saya akan kembali ke kawasan Batu Caves bagi membantu rakyat di DUN Batu Caves selepas banyak perkara yang saya ke sidang DUN kali ini. Sila lihat soalan-soalan yang saya kemukakan sebelum ini.

Sidang berakhir pada jam 4.35 ptg tadi selepas penggulungan oleh YAB.Menteri Besar. Tapi di kerusi-kerusi ADUN BN awal-awal dan kosong. Itulah mentaliti ADUN BN.

Monday, October 27, 2008

Jamuan Hari Raya Taman Selayang

Tarikh : 26 Oktober 2008
Anjuran : Persatuan Penduduk Taman Selayang



Jangan ‘buang’ perhormatan kepada ‘Datuk’ - YB Batu Caves

oleh Syukree Hussain

“Pemberian anugerah atau takhta daripada sultan atau yang dipertua negeri yang membawa gelaran Datuk secara terlalu rambang mengakibatkan, akan hilang perhormatan kepada mereka yang memiliki gelaran tersebut,” tegas Adun Batu Caves, Amirudin Shari mengulas tindakan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood terkenal Shahrul Khan.

Katanya yang juga merupakan Exco AMK, sebenarnya seseorang tokoh yang berjasa telah dihormati oleh kalayak ramai, dan penganugerahan gelaran Datuk hanyalah untuk memperkuatkan lagi perkara tersebut.

Namun, jelas Amirudin, keadaan sudah terbalik dimana seseorang yang tidak berjasa atau popular melobi melalui politik untuk mendapatkan anugerah Datuk bagi membolehkan mereka menjadi terkenal.

“Dipercayai ada sesetengah golongan yang sanggup membayar sejumlah wang untuk memperolehi anugerah Datuk. Ini berlaku kerana dengan mempunyai gelaran Datuk mereka mudah untuk memperolehi kontrak atau tender kerajaan dalam sesuatu perniagaan,” ujarnya dalam nada yang kecewa.

Amirudin yang ditemui oleh Suara Keadilan Online ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, bersetuju 100% dengan desakan KeADILan supaya kriteria tentu perlua diwujudkan untuk bidang seni, perlancong, politik dan sebagainya bagi menilai kelayakan seseorang untuk dianugerahkan gelaran Datuk.

Berita DUN Selangor

Dun Selangor: Pusat perlu bantu pertanian di negeri Pakatan Rakyat

Fri | Oct 24, 08 | 6:44:51 pm MYT

SHAH ALAM, 24 Okt (Hrkh) - Sektor pertanian menyumbangkan 3.8 peratus KDNK Negeri Selangor pada tahun 2000 dan menurun 2.3 dalam tahun 2006 menyebabkan 44,800 keluarga mendaftar dengan Jabatan Pertanian sebagai petani di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Dalam jawapannya Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari, menjelaskan kawasan itu dicatatkan Lembaga Zakat Selangor sebagai kawasan yang tinggi kadar kemiskinannya.

Menurut beliau dalam istilah Islam miskin maknanya pendapatan sehari cukup untuk makan sehari manakala fakir pula pendapatan sehari tidak cukup untuk makan sehari.

Katanya, untuk hidup di negeri Selangor ini kalau dengan gaji RM710 sebulan mereka boleh ada rumah tetapi tidak boleh makan atau mereka boleh makan tetapi tidak boleh mempunyai rumah.

"Sebab itu kita perlu realisitik seandainya kita perlukan RM50 sehari untuk satu keluarga lima orang," jelasnya menjawab soalan Yap Ke Wah (Sungai Pelek).

Beliau berkata, itulah pendapatan paras kemiskinan disasarkan ialah RM1,500 dan kerajaan berani membuat tindakan itu dengan usahakan program pertanian serta usahawan yang akan meningkatkan pendapatan.

Menurut beliau, untuk majukan sektor pertanian ia memerlukan belanja yang sangat besar iaitu RM15 juta yang diperuntukkan untuk pertanian oleh kerajaan negeri Selangor dan pastinya tidak mencukupi.

Beliau menyanjung pendekatan Kerajaan Pusat yang memanggil exco pertanian untuk kali pertamanya seluruh negara bagi membincangkan secara terbuka bahawa kita kena majukan pertanian.

Ini kerana katanya, kerajaan Pusat sedar untuk bertani kerajaan perlukan tanah dan kebetulan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mengeluarkan padi ialah Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor.

Jika kerajaan Pusat tidak menolong pertanian negeri Pakatan Rakyat kerajaan mereka akan menghentikan pengeluaran padi, katanya.

"Oleh sebab pendekatan kerajaan Pusat ini sanggup untuk bekerjasama maka sektor pertanian ini perlu dipertingkatkan," katanya.

Malangnya tambah beliau peruntukan RM160 juta yang dijanjikan itu untuk memajukan sektor pertanian masih belum ditunaikan. - lanh _

PBT perbanyakkan 'Council Home' atasi masalah setinggan


Berita dari Dun Selangor: SHAH ALAM, 24 Okt (Hrkh) - Operasi perobohan penempatan setinggan hanya akan diteruskan selepas perbincangan bersama setinggan oleh setiap wakil rakyat bagi mengelak berlaku salah faham serta untuk memastkan operasi berjalan lancar. Iklan

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Bandar dan Setinggan, Iskandar Abd Samad menegaskan, dalam usaha menyelesaikan masalah setinggan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di bawah peruntukan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

Menurut beliau, ia tidak lagi menggunakan peruntukan di bawah Akta Darurat 1969 bagi membolehkan tempoh notis yang dikeluarkan kepada setinggan mencukupi untuk membolehkan mereka membuat persiapan berpindah.

Katanya, kaedah perpindahan akan dilakukan secara berhemah tanpa melibatkan kekerasan bagi mengelak timbul salah faham di kalangan penduduk terlibat selain memudahkan kerja-kerja perpindahan.

"Cara BN dan Pakatan Rakyat memindahkan penduduk setinggan keluar dari penempatan mereka amat berlainan," katanya ketika sesi penggulungan, sidang Dun lalu.

Selain itu beliau menerangkan, kerajaan Negeri sedang mengkaji mekanisma khusus untuk membantu mana-mana setinggan yang gagal mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah kos rendah.

Dalam masalah itu beliau mencadangkan supaya PBT memperbanyakkan unit 'Council Home' di kawasan masing-masing bagi membantu keluarga setinggan untuk layak membeli rumah.

"Pada masa ini kerajaan Negeri masih mengekalkan dasar yang diamalkan oleh BN iaitu rumah kos rendah untuk setinggan RM35,000 seunit di mana subsidi RM7,000 akan ditanggung oleh tuan tanah atau PBT," jelasnya.

Beliau berkata, satu jawatankuasa khas iaitu jawatankuasa Peneroka Bandar dan Perbandaraan dianggotai ahli NGO bagi mengadakan rundingan dengan para peneroka untuk memudahkan dan mempercepatkan persetujuan.

Merujuk kes peneroka Bandar Bukit Botak yang telah dibangkitkan dua kali dalam sidang Dun, katanya kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menzalimi sesiapa tetapi penyelesaian terbaik akan diusahakan.

Berhubung projek tergendala beliau berkata, di Kuala Selangor terdapat dua projek yang sudah dihantar notis untuk dirampas tanah di atas kesalahan tidak membayar cukai tanah dan melanggar syarat guna tanah.

Tindakan itu untuk memberi amaran kepada pemaju lain dan memberi ruang kepada pihak yang berminat untuk meneruskan projek tersebut, tegas beliau.

Dalam penggulungan itu, beliau setuju dengan cadangan Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang) supaya PKNS menjadi peneraju utama dalam pembinaan rumah kos rendah dan sederhana.

"Sebagai kerajaan yang prihatin, kami mengakui bahawa reka bentuk rumahkos rendah sekarang adalah ketinggalan zaman, sama ada dari segi reka bentuk itu sendiri atau keluasannya," katanya.

Bagi mengatasi masalah tersebut, sejumlah peruntukan telah diberikan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk mengkaji semula reka bentuk yang sedia ada dan menghasilkan satu reka bentuk yang lebih relevan dan lebih selesa kepada rakyat, katanya. - lanh _

Terima Kasih Skuad dan Unit Amal Batu Caves

Rumah Terbuka ADUN Batu Caves





Rumah Terbuka ADUN Batu Caves





Thursday, October 23, 2008

Selamat Menyambut Deepavali


Saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut ugama hindu di DUN Batu Caves khasnya.

Sidang DUN Selangor 20 - 24 oktober


Salam. Kini saya sedang sibuk bersidang di DUN Selangor dari 20 - 24 oktober. Antara soalan yang saya kemukakan di DUN Selangor :

Soalan Yang Berhormat Tuan Amirudin Shari
Adun Batu Caves Untuk Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor
20-22 Ogos 2007


1. Tajuk:Kereta Rasmi Kerajaan Negeri

Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar

Kos senggaraan tinggi kereta Proton Perdana V6 Executive yang digunakan anggota pentadbiran di beberapa negeri telah menimbulkan kontroversi.

a) Bilakah pembelian terakhir kereta Proton Perdana V6 Executive untuk
setiap anggota pentadbiran negeri Selangor?

b) Setakat ini, berapakah kos senggaraan setiap kereta tersebut?

c) Adakah kerajaan bercadang menukar kepada kereta yang lebih
menjimatkan dari segi penggunaan bahan bakar dan kos senggaraan?

2. Tajuk : Perlombongan Pasir Haram

Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar atau Y.B Exco

Dilaporkan terdapat tapak-tapak perlombongan pasir haram di Selangor.

a) Berapakah pendapatan yang sepatutnya diperoleh kerajaan negeri
daripada aktiviti perlombongan pasir ini?

b) Apakah rasional kerajaan negeri memilik punya system pengeluaran pasir ini

c) Apakah langkah penguatkuasaan yang dicadangkan oleh pihak kerajaan negeri

3. Tajuk : Pelaburan di Selangor

Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar atau Y.B Exco:

Dilaporkan bahawa bulan lalu telah diadakan lawatan ke Dubai bagi
tujuan menarik pelaburan

a) Apakah susulan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri selepas lawatan itu?

b) Berapakah nilai pelaburan yang dijangka akan dibawa masuk ke negeri
Selangor hasil daripada lawatan itu?

4. Tajuk: Kontrak-kontrak kerajaan tempatan

Minta YB Exco menjelaskan

a) Berapakah nilai kontrak-kontrak kerajaan tempatan yang telah dikenalpasti berat sebelah dan merugikan kerajaan?

b) Apakah mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan untuk memastikan tidak berlaku lagi kes pemberian kontrak berat sebelah?